3 hari bertugas di Felda Hot Spring, Sungkai, perak . Dikelilingi dengan kehijauan alam dan bunyi air wahhhh sungguh memberikan ketenangan walaupun kena menjadi pendengar untuk jadual yang full hingga ke malam.
Mendapat surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, saya membayangkan semakan modul yang dibuat oleh guru guru kaunseling. Maklumlah saya sering juga menerima jemputan menjadi panel pakar penilai untuk guru guru praktikal master kaunseling yang ingin mengadakan modul atau soal seldik dalam tesis mereka.
Kali ini rare...sampai sahaja di sana sewaktu taklimat program rupanya kami berenam guru guru cemerlang kaunseling dari enam negeri ini kena menjadi pakar penilai untuk kesahan kandungan bagi pensyarah pensyarah universiti yang merupakan profesor dan prof madya dan Dr dan pegawai kaunseling kementerian.
Panel penilai semakan modul untuk Projek Unicef-KPM- MoFa Denmark & PERKAMA International.
Maka setiap kali modul dibentangkan kami perlu bersedia dengan mata dan pendengaran yang tajam dan memebrikan maklum balas mengenai setiap modul yang dibentangkan
Menarik kan...modul yang sangat berguna dengan 14 modul yang lengkap sebagai alat bantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah di Malaysia. Malahan slaid dan aktiviti juga disertakan bersama dalam modul ini.
Salam Ramadhan buat semua :)
Lapan tahun hi hi semula
2 comments
Tahniah...
terima kasih :)