1 September 2021

INTERVENSI SCAFFOLDING MENGENDALIKAN MURID MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI

 


1 Sept...sempena 10 Sept 2021 Hari Sambutan Pencegahan Bunuh Diri saya akan cuba berkongsi secara konsisten mulai hari ini mengenai isu isu mengenai mencegah bunuh diri untuk create awareness kepada orang awam dan sebagai satu sumbangan saya kepada pembaca blog saya

Chuping Valley National Education 2021, saya menyertai pertandingan poster inovasi. Penglibatan sulung saya dalam pertandingan inovasi berbentuk poster sekitar Jun/Julai namun  ditangguh hingga akhirnya membawa ke bulan  pertama bulan Ogos 2021. Saya berkongsi pengalaman mengendalikan intervensi murid yang mencederakan diri ketika stres. Mendapat pengiktirafan pingat perak fresh from oven saya belum menulis mengenai inovasi ini dan belum menerbitkan dalam bentuk penulisan untuk ISBN ketika menyertai pertandingan ini. 


Melalui intervensi yang dijalankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saya dapat

1)   - Mengenal pasti cara –cara yang digunakan oleh murid-murid yang mencederakan diri sendiri ketika stres

2)-Mengenal pasti punca utama murid mencederakan diri sendiri

3)    -Mengenal pasti keberkesanan intervensi untuk murid menangani stres dengan menggunakan kaedah yang positif

 

            

Antara point penting dalam sesi mengendalikan murid yang mencederakan diri sendiri ketika stres

Sesi pertama

1)    Menggunakan instrumen PHQ 9 iaitu Patient Health Questionaire (PHQ 9) (rujuk lampiran) untuk mengukur skala kemurungan murid – murid yang mencederakan diri sendiri

 

2)    Mengenal pasti cara mencederakan diri dan isu utama yang mendorong murid mencederakan diri

         

3)    Mengenal pasti faktor pelindung untuk sokongan psikososial

         

4)    Menjalankan aktiviti Self love : Aktiviti mengenal pasti kelebihan diri dan impian klien

 


Dalam sesi kedua, murid akan diteroka mengenai kaedah self-care yang mereka gunakan. Murid akan dibimbing dengan kepelbagaian kaedah gaya daya tindak yang positif yang sesuai dengan klien. Gaya daya tindak ialah kaedah merujuk kepada pelbagai cara berfikir dan tingkah laku yang digunakan dalam situasi menghadapi tekanan dalaman dan luaran


         Dalam sesi seterusnya, menyemak kembali gaya daya tindak yang digunakan iaitu self care yang membantu. Self care - menguatkan self respect iaitu penghargaan kendiri klien. Skrip –skrip diri yang dapat menyedarkan klien bahawa dirinya berharga, dikasihi dan diisayangi. Simulasi kes kehidupan harian klien yang dapat menghidupkan hari yang dilaluinya

         Saya memanggil intervensi ini sebagai scaffolding kerana jika bersemuka di sekolah, kita boleh berjumpa. Namun keadaan PKP ini menyebabkan bahan -bahan intervensi dan aktiviti secara dalam talian. Maka satu sesi yang berstruktur dan terancang menggunakan bahan -bahan yang sesuai untuk setiap kes bagi membantu murid menjaga diri mereka terutama jika tidak dapat meluahkan kepada sesiapa ketika stres hingga mendorong untuk mencederakan diri sendiri. Keadaan terperuk dirumah juga menyebabkan murid tidak bebas berbual dan memerlukan sokongan dari mesej mesej sokongan. 






Al fatihah...buat arwah Mazni semoga bersama orang-orang yang beriman

 

Telegram Channel