https://www.facebook.com/PerkamaInternational/videos/194220392849195/ link webinar kami
Menerima jemputan dari perkama untuk slot perkongsian keibubapaan dengan tajuk . Intipati perkongsian saya mengenai kehidupan di bandar., Cikgu Zurina persekitaran kampung manakala Cikgu Dhamirah tentang pendalaman Sabah/Sarwak . Dan setiap isu yang dikupas kami akan dirumuskan oleh pakar akademik iaitu Prof Ainol.
Program win win untuk saya juga mengenali intervensi yang dijalankan oleh rakan rakan lain. Program ini dirakam dalam aplikasi Zoom dan link facebook live ke PERKAMA . Semoga memberi satu contoh yang beri idea kepada orang lain.
1) Apa
yang kerap menjadi punca murid tidak dapat menyertai PdPR?
Apakah cabaran di pihak murid dan ibu bapa yang menghalang
PdPR boleh dijalankan dengan berkesan?
Saya akan bercakap mengenai situasi masalah di bandar,
sekolah menengah harian biasa dan persekitaran miskin bandar yang mana purata
70% adalah keluarga B40.
Murid tidak dapat menyertai PdPR kerana bekerja.
1)
Bekerja part time sama ada masalah kewangan
atau ingin keluar dari rumah. Dikelilingi dengan pasaran kerja seperti shopping
complex. Dalam jarak 10 km je sama ada utraa, barat, selatan macam macam
shopping complex yang terkenal mcm Tesco/ AEON Jusco/IKEA/ .15 minit Times
square/Low Yat/ .
Stesen MRT dan LRT di
kawasan perumahan rakyat yang mudah diakses untuk sampai ke pusat bandar. Ada
yang bekerja part time dengan syarikat penghantaran yg mana sesi shift
dijalankan sama ada siang atau malam. Mungkin bila bersemuka, ambil part time malam
atau hujung minggu. Namun bila PdPR dengan tiadanya surat amaran dikeluarkan
apatah lagi tiada arahan murid yang keciciran PdPR akan dibuang sekolah, tiada
arahan tersebut menyebabkan murid memberikan komitmen kepada pekerjaan masing
-masing. Ada yang membantu ibu bapa berniaga. Mudah mendapat wang saku extra
bagi murid -murid di Kuala Lumpur ni terutama sekali bagi ibu bapa yang sudah
terjejas pendapatan. Atau murid -murid yang rasa terkongkong duduk di rumah
waktu PKP dan memilih bekerja atas alas an dapat keluar dari rumah.Mudah sangat
untuk mencari kerja part time malahan Grab dan Food Panda juga sentiasa ada
kerana semua tempat di KL boleh diakes oleh Grab dan Food Panda.
2) Bangun
lambat kerana masalah kebergantungan dengan internet. Maklumlah di bandar,
tiada masalah line internet cuma pakej internet yang dipilih. Oleh itu selalu
online PdPR, media sosial atau melayan hobi online gaming dan sebagainya hingga
menjadi lesu dan rutin hidup berubah
Cabaran di pihak murid
1) Belajar
dalam persekitaran di rumah sama ada banyak gangguan, tidak selesa dan tidak
faham. Jadi bila masuk dalam kelas PdPR rasa macam baik tak payah masuk sebab
blur.
2) Komunikasi
sebab jika bersemuka boleh tgk memek muka , sebutan dan tak faham terus tanya
kawan sebelah. Jadi masalah bila PdPR rasa tidak belajar apa -apa sebab tak
faham.
Cabaran bagi ibu bapa
Mengatakan tidak kepada anak -anak yang
memilih untuk bekerja maklumlah untuk menghalang mereka bekerja dan dari mereka
bersosial tanpa apa -apa faedah, lebih baik membiarkan anak memilih untuk
bekerja . Bermaksud murid bekerja dengan pengetahuan ibu bapa cuma ibu bapa
tidak pasti sejauh mana pekerjaan ini menjejaskan kualiti pembelajaran anak.
Mengawal anak -anak yang ketagihan gajet,
jika ada atau tiada PdPR pun masih dengan gajet masing masing dan hanya bila
spot check tiba tiba terjah baru tau.
2) Ibubapa
khasnya yg bekerja merasa terbeban apabila terpaksa menjadi guru dirumah
memastikan anak anak mengikuti tugasan PDPR.
Kedua dua ibu bapa keluar bekerja, jadi yg besar jaga yang
kecil.
Majoriti ibu bapa di bandar bekerja sama ada keluar rumah
bekerja atau pun bekerja di rumah sama ada pengasuh, penjaja, buat aktiviti
kecil -kecilan.
Bekerja di rumah anak anak kena bantu juga menguruskan .
Yang sekolah menengah menyambil buat kerja sambal diarah ibu untuk menguruskan
adik adik. So terganggu bila guru tegur ibu bapa. Brikan t/j kpd yg besar,
Silibus yang baru KSSM even abang dan kakak yang silibus
SPM ada kesukaran untuk bantu beri bimbingan (umur ibu bapa antara 40an dan
50an)
Apakah cara terbaik utk guru & ibubapa dpat sama membantu
dlm proses pembeljaran anak anak ?Apa pandang cikgu ?
Ibu bapa update offline dan online tugasan anak anak bagi
peranti yang berkongsi
Murid yang bekerja membuat tugas offline
Ibu bapa Bersama sama dalam group whatsapp subjek jika
meragui kehadiran anak
Ibu bapa Bersama -sama dalam group subjek kelas
Guru -guru update kehadiran dalam group kelas untuk ibu
bapa menyedari kedatangan anak masing -masing
Salam Maulidur Rasul
Permulaan journey baru..semoga dipermudahkan