21 January 2022

Konti PEER.fm SMK Cheras

Tepek sini untuk sejarah konti PEER fm energizer ekspresif remaja

Tarikh 21 Jan 2022 bersiaran di konti yg ditempatkan di sebelah bilik kaunseling sahaja dihostkan oleh PRS 

Siaran bermula pada pukul 6.45 pagi hingga 7.15 pagi DJ Lyana yg merupakan Pengerusi PRS batch 2022 yg juga Ikon PPDa Peringkat WPKL dan Kebangsaan 2021 serta Azalia Pengerusi PRS 2021 yg juga Ikon PRS WPKL 2021. 

Terima kasih pengetua yg merealisasikan Konti PEER ini dan dibantu oleh En Faizul AJK PIBG yg membantu dalam penyediaan teknikal sekolah dan set di konti ini. 

Gambar gambar belakang tabir yg merealisasikan projek ini. 
Masih byk yang perlu untuk dinaiktaraf konti ini tapi kami gerak dulu dan pelan pelan kayuh untuk hiasan dan aksesori yg lain. 

Untuk modul konti ini, terima kasih kpd SMK Simpang Renggam Cikgu Rugayah dan team yg mana lawatan penandaaras tahun 2019 yg berimpak tinggi unyuk kami belajar mengendalikan konti di sekolah. 
Satu bas kami datang waktu tu untuk set up tahun 2020 tetapi COVID 19 dgn on off sek ditutup hingga 2021 tak berjaya juga direalisasikan. Tahun 2022 pula yg dapat direalisasikan dengan tiada pengalaman melihat sendiri konti SMK Simpang Renggam. Semoga dimudahkan urusan mereka. 


Yeah..submit..selesai 1 KPI 😊
Latihan dgn AJK PIBG yg berpengalaman dgn RTM
Sesi test suara dgn anak anak PRS Ting 4

Menaiktaraf bilik untuk dijadikan konti
Penerangan En Faizul kepada pengetua
Tuan pengetua datang menjenguk progress konti untuk berfungsi
Terima kasih semua..
 

Telegram Channel