13 March 2022

Jadual Aktiviti Unit Kaunseling Sepanjang PdPR Mac /April 2022

 



Salam Sabtu!

Lagi seminggu nak buka sekolah, saya nak siapkan aktiviti yang Unit Bimbingan Dan Kaunseling saya akan laksanakan sepanjang PdPR. 

Maklumlah nak mesyuarat guru minggu depan so nak bentang apa yang unit saya akan laksanakan untuk pengetahuan semua guru. 

Oh ye yang saya warnakan kuning tu adalah aktiviti bersemuka di sekolah maklumlah sepanjang SPM , guru kaunseling bertugas di sekolah. Dah alang alang keberadaan guru kaunseling sepanjang SPM itu, saya ikhtiarkan projek Program Perut Diisi, Terjaga Emosi iaitu menganjurkan sarapan pagi, minum pagi pada gap kertas peperiksaan lebih sejam dan makan tengah hari. Projek ini sepenuhnya anjuran UBK bermula tahun lepas lagi . Maklumlah calon 212 orang so memang kena mohonlah dana sana sini.mengharap pada yang sudi ahaks.. untuk menghulurkan sedekah.

Alhamduliilah rezeki, saya buat perkiraan cukup untuk sarapan pagi dan makan tengah hari sahaja rupanya rezeki minum pagi juga boleh disediakan untuk calon kertas peperiksaan yang gap melebihi sejam. 

So selebihnya pada jadual di atas tu, adalah online dan offline. Ok untuk dua minggu ni macam itulah rupanya jadual aktiviti UBK. 

Permohonan online itu untuk saya pastikan murid murid mengisi borang online UPU, matrikulasi, IPG bagi yang berminat dan institusi MARA. Maklumlah dah habis paper, baru semangat nak datang isi . Dok seru seru isi sekarang ni pun ada yang masih tunggu. 

Penetapan Matlamat saya ikut takwim UBK itu pun dah adjust ke April.

Andaikata sambung lagi PdPR kita buat sambungan part 2 ye....(jauh di sudut hati...adeh takyahla PdPR lagi) 


 "Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembuhkanlah ia. Hanya Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMU, kesembuhan yang tidak kambuh lagi."

Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.  


 

Telegram Channel