15 February 2026

Mesy Pengurusan UBK Kali Pertama 2026

Mesy UBK Kali Pertama 2026. 
Saya membentangkan intervensi pengurusan UBK mengikut KPI pengurusan UBK bagi tahun 2026

Antaranya kehadiran
INTERVENSI CARE  COUNT ACTION REPORT
Peningkatan 5 % kehadiran murid Ting 5 tahun 2026
(UBK mengesan setiap bulan melalui bantuan GT bagi KPI setiap individu ialah 93%. Bagi yg tak mencapai 93% atau tidak hadir 3 hari dalam bulan tersebut akan terus dipanggil. )

Mengesan kelas di bawah 92% kehadiran ke sekolah setiap bulan dan zoom murid yg menyebabkan kejatuhan dalam peratus kehadiran untuk mengesan punca tidak hadir ke sekolah
(Kelas yg mencapai peratus kehadiran cemerlang 95% akan dipaparkan dan disebarkan dalam group ibu bapa dan kelas terbabit. Kelas terbaik yg mencapai peratus tertinggi dlm minggu tersebut akan menerima piala pusingan bagi kategori men atas dan men rendah)
Selain itu graf setiap Ting untuk bulanan dibentangkan untuk guru ubk, disiplin dan penyelaras tingkatan. 

DAN
pengurangan 2% murid ponteng tegar berbanding tahun lepas
( Zoom kepada penerima surat amaran 3 atau yg berhenti atau dibuang sekolah tahun lepas makanya tahun ni hanya boleh cecah 8 org sahaja.😅 Makanya kita deal dgn GT UTK murid ponteng tegar tahun lepas diambil tindakan seawal Jan lagi dgn follow rapat rapat ketidakhadiran yg cecah walau 2 hari tanpa sebab..




Bagi isu kritikal yg dibentangkan untuk JPN mengenai akujanji murid, maka penetapan target yg merupakan akujanji murid terhadap akademik maka akan digabungkan dgn pembentukan disiplin agar patuh dgn etika sbg murid sekolah yg tidak melanggar peraturan sekolah. Penetapan target SEMUA murid dalam program mentor mantee 4
Bagi aku janji komitmen ibu bapa terhadap anak. Maka ibu bapa diminta untuk sign juga pada borang tersebut dgn ayat saya akan berjanji memberikan komitmen dan sokongan terhadap akademik dan disiplin anak saya. 


 

Telegram Channel