29 April 2022

Panduan Guru Kaunseling Baru Posting

 


Assalammualaikum semua pembaca dan selamat petang

Dah hampir sebulan saya dipostingkan ke SMK Seri Bintang Selatan tak jauh dari sekolah lama SMK Cheras. Jaraknya hanya makan masa 5 minit tapi jika jalan jem hmmm mau 15 minit. Semakin jauh dari rumah saya tambah 10 minit lagi dari sekolah Cheras. Bermakna 40 minit dari rumah saya .

Sambungan dari entri lepas , seminggu terakhir di SMK Cheras. Knp dan mengapa saya terlibat dgn reshuffle ni hihi.

Minggu pertama rasa asing. Maklumlah hari pertama kena jadi guru bertugas kump 1 rasa mcm mcm nak hadam. 

Observe satu satu budaya sek ni. Umpama kompleks sekolah ni ada 4 tingkat dan ada wing utara dan wing selatan. 

Saya bergambar di hadapan board ni sebenarnya adalah pot saya menyambut kehadiran murid murid di sebelah pagi . Pintu pagar utama utk sekolah menengah. Pintu pagar belakang untuk sekolah rendah tapi jika mereka lalu depan pagar layan je..

Cara terbaik mempromosi diri agar dikenali dan disedari oleh warga sekolah seawal minggu pertama posting. Selain itu ia merupakan salah satu skop tugas guru kaunseling mengalukan kehadiran murid ke sekolah. 

Uniknya sekolah ni, pintu pagar depan saya menyambut murid yg bukan sahaja murid sek sendiri bahkan murid sekolah rendah dan pra sekolah Sri Bintang Selatan, malahan penduduk quarters Sri Bintang juga melalui pintu yg sama. Haa terkejut juga ada murid yg bergerak dari dalam keluar pagar rupanya murid sekolah sebelah Sri Bintang Utara. Tinggal di kuarters dan bergerak keluar. 

Assalammualaikum


Hari kedua saya meronda sekolah ni utk melihat papan papan kenyataan dan info yg berkaitan dgn unit bimbingan dan kaunseling. Wah merata juga di tingkat 1 ni jalan menuju ke bilik kaunseling. 


Saya semak perancangan strategik UBK sekolah ini untuk diselaraskan dgn takwim sedia ada sekolah ini. Mencari intervensi yg mana yg akan membawa kepada pencapaian KPI perancangan strategik. Nak tambahkah atau nak wujudkan yg baru? Saya pilih  intervensi yg perlu diwujudkan baru. 

Saya meneliti jadual takwim untuk dirombak kembali mengikut kesesuaian dengan team baru saya. 

Saya membuat jadual agihan kerja dan memberikan taklimat kepada team baru saya mengenai agihan kerja kami. Saya suka memberikan projek yg dipikul sendiri oleh partner perkara yg mmg saya amalkan di SMK Cheras. Dengan ini mereka belajar A to Z dari proses membuat kertas kerja, membina team utk jalankan projek, membuat nota minta, mencari pembekal dan laksanakan projek. Peluang untuk berjumpa dengan pengetua dan penolong penolong kanan utk membentangkan projek mereka. Tetapi of course sebagai ketua, kami bermesyuarat terlebih dahulu dan melontar idea sebeum diterjemahkan dalam kertas kerja. 


Perkara penting satu lagi ialah jadual waktu guru bimbingan dan kaunseling. Sila tampal di merata tempat ye untuk promosi perkhidmatan anda. Part ni memang semua GBK kena buat dari gred DG 41 hinggalah anda dah bergelar JUSA c sekali pun. Maka menampal di merata rata tempat seperti di papan kenyataan setiap kelas

Haa jangan lupa board luar bilik kaunseling

Taraaa dah tampal di tgh tgh tu. Board sebelum dan selepas

Depan bilik pengurusan pun tampal supaya boleh alert 


Ok kita tgk pula bahagian dalam bilik kaunseling

Rezeki dapat bilik kaunseling yg besar

Bilik sesi individu ada aircond

Bilik kelompok ada kipas, ada sinki

Ruang tamu yg besar


Ada meja perbincangan juga di ruang tamu dan full air cond

Meja kerja saya dan dua partner dalam bilik pengurusan

Yang menariknya di bahagian luar bilik kaunseling saya , ruang agak besar yg muat satu kelas utk jlnkan intervensi atau aktiviti dengan pengudaraan dan kipas.

Yg menarik mata saya untuk membuat transformasi ialah sebuah bilik  dalam bilik kaunseling ini yg diberi nama bilik utiliti. Saya sudah menyiapkan kertas kerja untuk menjenamakan bilik ini sebagai WE CARE. Huhu tunggu.....

Orait saya up aktiviti yg boleh mempromosikan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


Jangan lupa cari murid yg aktif dalam Kelab Kerjaya dan senior PRS. Bincang dengan mereka ye  ttg harapan saya terhadap mereka dan dapatkan juga idea mereka..


Tempat tempat menarik yg lain, sambil membawa murid murid ting 1 melawat sekitar sekolah maka boleh juga belalajar persekitaran sekolah ini . 

Surau betul betul opposite bilik kaunseling. 

Tangga yg menuju ke tingkat 1 bilik kaunseling...antara next misi sy dgn deco tangga ini

Orait dah biasa kerja dgn kelajuan 100 tiba tiba kena break mengejut nak start balik pelan pelan kayuh mcm orang baru posting pandang pandang

Kenali guru guru yg berkepentingan yg selalu berurusan seperti guru kebajikan , guru asrama, penyelaras tingkatan, ketua guru disiplin. Kenali nama dan save nombor telefon seawal minggu pertama di situ..huhu mmg sangat berguna. 

Sblm tu dapatkan data APDM dari guru data untuk berkenalan dgn semua murid melalui data yg ada. Dah ada gambaran pertama murud murid yg bakal menjadi klien anda. 

Mohon guru tingkatan add anda dlm group kelas tingkatan yg anda in charge untuk memudahkan komunikasi. 


Selamat bercuti semua..
Jumpa lagi 9 Mei













 

Telegram Channel