31 May 2022

Bengkel Kerja Pembinaan Video Perkongsian Penilaian Guru Cemerlang

Pembinaan Video Guru Cemerlang dijalankan di PKG Masjid Tanah di dalam SK Masjid Tanah Melaka  
Bengkel dijalankan dua hari iatu 30 dan 31 Mei 2022. Team KL hanya kami bertiga Nisa guru cemerlang Kimia dan Ika Liana guru cemerlang Sains sekolah rendah. Saya terlibat dgn guru pengkhususan bimbingan dan kaunseling. 

Disini kami 6 orang guru cemerlang dipasangkan dengan guru dari Melaka yg bertindak selaku moderator. Niat BPG adalah menghasilkan video pengalaman guru cemerlang dicerap dan persiapan sebelum , semasa dan selepas memohon Guru Cemerlang. Ia akan menjadi rakaman utk diterbitkan dalam video di bawah label KPM bagi membantu guru guru yg mengisi permohonan guru cemerlang. Selain tu diharapkan agar video ini dapat meningkatkan lagi bilangan yg memohon guru cemerlang dan tidak takut untuk dicerap. 

Dua hari bengkel ini kami menyiapkan skrip sambil berlatih bersama moderator. Moderator yg dipasangkan bersama dengan saya pula ada komitmen lain dengan JPN maka urusetia memberikan green light untuk saya memilih moderator yg terdiri dari guru kaunseling yg berada dalam area Melaka. 
Siapa yg sudi menjadi moderstor saya dan mesra kamera 😊. Perjumpaan bengkel sekitar Julai nanti untuk menyiapkan video rakaman dari perkongsian 6 guru cemerlang untuk panduan pemohon guru cemerlang tahun 2022 dan seterusnya. So minggu ini saya perlu mendapatkan moderator untuk latihan dan keserasian antara kami berkomunikasi. 

#Top Gun 
#Dataran Pahlawan😊

 

Telegram Channel