22 May 2022

Kertas Kerja CARE : Cakna Rezeki







Masa kali pertama saya melangkah ke unit kaunseling sekolah ini, first impression besar! Bilik sesi pun besar. Ada bilik sesi kelompok, bilik sesi individu , pejabat pengurusan guru bimbingan dan kaunseling dan bilik utiliti. 

Gambar gambar di bawah yang saya share adalah keadaan dalam bilik utiliti. Terdapat almari fail, berkotak -kotak air mineral, almari fail peribadi murid murid , almari baju dan seluar murid untuk dipinjam,  Pintu di bilik utiliti ini ada  pintu untuk keluar dan masuk. Pintu ini sentiasa dikunci dan tidak digunakan untuk keluar masuk. 

Saya mendapat idea untuk menjenamakan bilik utiliti ini sebagai pusat CARE iaitu cakna rezeki . Pintu di bilik ini untuk bergerak keluar masuk telah saya buka. Niatnya untuk urusan murid -murid sewaktu rehat untuk mengambil makanan dan minuman jika tidak membawa duit atau stayback untuk aktiviti kokurikulum. Di dalam bilik kaunseling sudah ada stok stok makanan dari PIBG sebelum saya masuk sekolah ini lagi. Saya murnikan tatacara pengambilan. Saya meminta bantuan partner dan PRS untuk menyusun semula dan mengambil almari pameran untuk memudahkan murid memilih makanan dan air minuman. 

So mari kita mengemas kosongkan almari fail fail dan letakkan di tempat lain . Penuhkan almari yg sudah kosong tu dgm Bahan makanan kering. Letakkan fail nama murid yg men gambil makanan dari bilik CARE di atas kaunter meja untuk ambil data rekod. Murid akan keluar masuk ikut lalun pintu CARE

Utk hari Rabu, murid yg stayback utk kokurikulum berpeluang untuk dikenalpasti penerima mkn tengah hari. Makanan berat berupa nasi utk mengurangkan beban kewangan murid.Mereka hadir dan makan di sekitar bilik kaunseling. Ada juga yg ingin mengambil biskut utk alas perut. 

gambar -gambar bilik utiliti sebelum transfprmasi bilik

gambar -gambar sebelum transfprmasi bilik utiliti



gambar -gambar sebelum transfprmasi bilik utiliti


Bantuan PRS transform bilik

KERTAS KERJA

 WE CARE  2022

SMK SERI BINTANG SELATAN

 

1.0     Pengenalan

 

Program We CARE merupakan program kebajikan yang dijalankan anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Aktiviti kebajikan berbentuk  memberikan sumbangan barang makanan hasil sumbangan dari guru -guru  , ibu bapa dan NGO. Pihak sekolah berusaha mewujudkan inisiatif  CARE khusus untuk projek membantu keluarga murid yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 atau murid murid dari kategori B40.  Ada keluarga yang terjejas pendapatan sejak wabak COVID -19 dalam perintah kawalan pergerakan. Ada yang hilang pekerjaan menyebabkan B40 semakin menjadi fakir miskin. Inisiatif bantuan makanan diperkenalkan untuk  sasaran murid yang terjejas. Malahan juga  murid-murid yang tidak membawa wang atau tidak cukup wang pada hari hari dialu-alukan untuk hadir ke bilik kaunseling dan mendapatkan makanan pada waktu rehat seperti biskut dan kek. Objektif program ini diharapkan dapat membudayakan sikap kasih sayang dan menyuburkan kekeluargaan di sekolah.

 

 




2.0     Matlamat

 

            Meningkatkan semangat kekeluargaan dan memupuk kasih sayang seperti

yangi disarankan dalam Amalan Guru Penyayang.

 

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  

          

 


4.0       Sasaran

            Murid -murid dari kategori B40 dan murid -murid yang terjejas makan -minum

            di sekolah pada hari tertentu kerana tiada wang untuk berbelanja.



5.0       Objektif

1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling bantu –    

     membantu antara pelbagai budaya di sekolah.

2) Mengamalkan budaya penyayang guru yang peka dan empati dengan murid   

    -murid walaupun berlainan agama dan bangsa.

3) Menggalakkan amalan bersedekah dan suka membantu dalam kalangan

    warga guru SMK Seri Bintang Selatan   

 

 

6.0       KPI

 

Output

Melibatkan kerjasama semua warga sekolah untuk membudayakan sikap saling membantu dan bersedekah

Outcome

 

Kehadiran murid ke sekolah dan membenteras risiko murid cicir

 

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 

Kuantiti

 

Jumlah

 

Sumber

1.

Kain rentang

RM 50 X 2 kain rentang

RM 100

 

PCG Kaunseling

2.

Nasi lemak

RM 2.50 X 80 unit

 RM 200

PCG Kaunseling

 

         

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

          Pengerusi                  :  Puan Aziah Bt Amir (Pengetua)

          Timbalan Pengerusi  :  Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK HEM)                     

          Setiausaha                :  Puan Nurhaiza Binti Che Mat 

                  

          Penyelaras                :   Puan Norfaizah Bt Mohamad   

 

1.   AJK Promosi Dan Dokumentasi

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 

 

.       1. Menyediakan kertas kerja dan surat

            menyurat yang berkaitan

7.     2. Menjalankan promosi

8.     3. Menyediakan dokumentasi tahunan

 

2.   AJK Perekodan

Puan Norfaizah Bt Mohamad   

 

1.    Menyediakan rekod barang -barang makanan sumbangan

2.    Menyediakan buku catatan untuk stok keluar yang diambil oleh murid

3.   AJK Mengesan Agihan Sumbangan

Puan Faralizah Bt Yahya

Puan Hidayati Bt Abd Latiff

Puan Nur Azimah Bt Mahyudin

 

1.    Mengenal pasti murid –murid yang memerlukan bantuan

4.   AJK Agihan Sumbangan

     Puan Norfaizah Bt  

     Mohamad   

Puan Loh Chin Ying

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 

1.    Mengagihkan makanan pada hari Rabu/ Khamis untuk slot CARE pada waktu antara 1.10 hingga 2.20 petang

2.    Menyediakan stok biskut yang berterusan di kaunter UBK

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

           Unit Kebajikan

            

 

9.2     TENTATIF PROGRAM

           

1.     Menyediakan pusat menempatkan barang -barang makanan untuk diambil oleh murid

2.     Mengadakan promosi yang berterusan

3.     Membuat pelancaran

4.     Mengadakan tatacara pengambilan barang sumbangan dari pusat We CARE

5.     Mewujudkan pasukan petugas murid PRS yang merupakan skuad CARE

6.     Menjalankan peringatan berkala kepada warga sekolah untuk menyumbang

 

 

Tatacara Murid Mengambil Barangan

 

1.     Dibenarkan mengambil barangan makanan  pada waktu rehat

2.     Murid mengisi nama di ruangan  buku log barangan

3.  Sewaktu aktiviti kokurikulum, murid -murid yang dikenal pasti akan mengambil makanan di pusat WE CARE dan menikmati makanan sebelum menyertai unit kokurikulum masing -masing.

 


Tatacara Menyumbang Oleh Warga Sekolah

 

1.     Barangan diserahkan kepada AJK pengumpulan barang sumbangan

2.     AJK pengumpulan akan merekodkan nama penyumbang, nilai dan jenis barangan

 

 

 

 

 

 

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

           

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Kekerapan murid bukan sasaran yang mengambil  sumbangan

 mengambil peluang 

Mengenal pasti rekod kekerapan murid yang bukan sasaran mengambil sumbangan untuk dijalankan sesi kaunseling bagi mengenal pasti kelayakan

AJK Perekodan

Barangan semakin susut

Permintaan melebihi penawaran

Penjadualan murid -murid sasaran pada waktu kokurikulum  murid

AJK Kutipan Dana

 

 

11.0     PENILAIAN PROGRAM

 

           Borang Maklum Balas Penilaian AJK, guru dan murid.

 

 

12.0    PENUTUP

 

            Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya memupuk nilai kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah dan lebih mengukuhkan ikatan sikap penyayang antara guru dan murid- murid.

 

 Happy Birthday Nana

Small gathering for Imtiaz

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

(HAMIMAH BT SHAMSUDDIN)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

 



 

Telegram Channel