13 October 2022

Pemenang Pertandingan Inovasi Guru Kaunseling Sek Men Kebangsaan Anjuran BPSH


Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan pada 12 okt 2022 dan WPKL selaku tuan rumah. Saya bertugas selaku urusetia di Pusat Belia manakala pertandingan inovasi dijalankan Institut DBKL 

Jadi gambar gambar yang ditangkap ini adalah yang sempat saya rakamkan  sewaktu 12 hb petang dan 13hb pagi. Tak sempat nak tangkap gambar semua peserta pertandingan dan mendengar mengenai inovasi masing - masing.

Tahniah kpd johan iaitu dari SMK Methosit ACS Melaka,  Melaka mengenai e kajian tindakan murid ponteng sekolah menggunakan aplikasi. 

Tahniah kpd Naib Johan dari Pahang iaitu dari SMK Abdul Rahman Talib mengenai aplikasi sistem maklumat juga iaitu One Stop Centre antaranya mengenai psikometrik 

Tahniah kpd tempat ketiga dari Perak iaitu dari SMK Sri Kurau , Perak mengenai one sheet psikometrik juga Sijil ST4 

Tahniah juga kepada SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis masih lagi dengan sistem mengenai Mi Future untuk bimbingan kerjaya murid yang ada mengenai pelbagai kursus di universiti yang sesuai dengan psikometriknya . Boleh scan dari poster tersebut


Orait jom kita tgk dengan lebih terperinci mengenai  inovasi tersebut




Ada 60 pernyataan soal selidik mengapa murid ini ponteng dan murid memberikan maklum balas


Jawapan murid akan dianalisa berdasarkan beberapa kategori punca ponteng sekolah

Contoh jawapan berdasarkan maklum balas . Dari punca maka intervensi dapat dijalankan berdasarkan kategori masalah.

Menarik kan boleh terus buat kajian tindakan dengan data yang ada

_____________________________________________________________________
 Naib JOhan dari Pahang mengenai aplikasi One Stop Centre paparan one sheet mengenai setiap psikometrik yang ada termasuklah saringan minda sihat . Sangat memudahkan untuk membuat bimbingan

__________________________________________________________________
Tempat ke3 dari SMK Sri Kurau Perak mengenai Sijil ST4 yang mana sijil ini mengenai one sheet pemilihan aliran yang sesuai apabila psikometrik dan gaya belajar yang sesuai untuk personaliti murid tersebut dapat dijalankan. One sheet mengandungi result murid, psikometrik dan kelulusan akademik





_____________________________________________________________________

Tempat ke 4 ; Dari Perlis mengenai aplikasi Mi Future. Boleh scan untuk mengetahui dan membelek intervensi dan maklumat yang diberikan dalam Mi Future ini. 




Tempat ke 5 dari SMK Aman Jaya Kedah masih dgn psikometrik dan kerjaya. Menghasilkan My Profile Amjay. untuk pengurusan kerjaya murid  dan menghasilkan buku multiple intelligent


Tahniah buat semua. 
The end of superbusy this week





 

Telegram Channel