20 November 2022

Intervensi Psikometrik Trait Personaliti


Assalammualaikum dan salam sejahtera follower semua..

Saya nak berkongsi bagaimana skor personaliti menyebabkan guru kaunseling perlu menjalankan intervensi. Bukan sahaja mereka tau skor da beri penerangan skor yg mmg sudah jelas dinyatakan dlm skor yg didownload tersebut. Namun yg penting bagaimana skor ini membina jati diri atau sikap serta personaliti yg boleh memudaratkan dlm jangka masa panjang. 

Gambar menunjukan murid murid yg menjalankan inventori personaliti di bilik kaunseling. Kami gunakan  7 gajet kepunyasn guru guru  kaunseling dan 3 desktop di bilik kaunseling  dan terus murid yg selesai menjawab , guru kaunseling akan check result dan terus murid yg memerlukan intervensi individu masuk ke bilik kaunseling. 
 

Bagi saringan inventori personaliti kami mengambil hanya 2 - 3 kelas sehari kerana sebaik sahaja murid download untuk skor kami akan zoom pada beberapa pakej trait personaliti. Murid terus masuk bilik sesi kaunseling untuk menjalankan intervensi personaliti tersebut. 

Kes 1
Pakej kritik diri tinggi resilen rendah.
Selalu menyalahkan diri sendiri dan tidak tahu bagaimana untuk gaya daya tindak coping skill dalam menangani masalah. Intervensi meningkatkan resilen diri dgn teknik teknik coping skill yg signifikan dan sesuai diamalkan oleh murid melalui tugasan yg diberikan. Merendahkan kritik diri ke 50 hingga 60 dgn melatih diri self talk positif diri dahulu atau bercakap yg baik baik sahaja. Ini kerana pakej ini mudah stres jika berdepan dengan masalah. 

Kes 2
Pakej wawasan rendah, kritik diri tinggi
menunjukkan murid mmg tiada cita-cita atau kabur mengenai masa hadapan dan suka mengkritik diri sendiri hingga menimbukkan self esteem yang rendah dan kurang yakin untuk berkomunikasi.
Maka intervensinya ialah mengurangkan kritik diri dari 40 hingga 60 sahaja. Meningkatkan wawasan diri hingga 80 peratus dgn membincangkan minat dan kursus yg berkaitan dgn minat untuk mencapai kerjaya impian. 

Kes 3
Pakej agresif sangat tinggi, kritik diri sangat rendah menunjukkan murid sentiasa merasakan yg dirinya betul dan akan cepat marah dan meluahkan ketidakpuasan hatinya untuk menunjukkan yang dia tidak puas hati . Intervensinya murid perlu mengurangkan agresif ke 40 hingga 70 markah dan dibimbing utk bersikap toleransi dan muhasab diri apabila berhadapan dgn situasi yg tidak disenanginya dan mendengar pendapat org lain juga. Ini kerana jika murid dgn pakej resilien tinggi murid survive dari stress namun sering menunjukkan sakit hati dan protes hingga boleh me jejaskan hubungan intrapersonal dgn org lain

Kes 4
Pakej ekstrovert sangat rendah, kritik diri tinggi, resilien rendah. Murid suka merendahkan dirinya dan tidak yakin dgn potensi diri. Ini menyebabkan murid selesa berada pada circlenya sahaja yg sudah mengenali personaliti dirinya. Akan menjauhi sosial jika kena berkomunikasi dgn orang lain. Pakej resilen rendah menyebabkan murid sentiasa dlm keadan stress dan tidak percaya ada sumber yg boleh membantunya dan byk memendam rasa. Intervensi pada meningkatkn kritik diri dgn self talk positif pada diri setiap hari. Ajar bagaimana untuk meningkatkan resilen dgn teknik grounding, menulis jurnal atau mula berkongsi perasaan dgn rakan baik atau adik beradik. Meningkatkan ekstrovert ke 30 ke atas dgn memulakan perbualan dgn rakan yg duduk di sebelah, hadapan atau blkg anda. 

Kes 5
Agresif sangat rendah iaitu pasif dan resilien sangat rendah. Kepelbagaian juga sangat rendah. Personaliti ini menunjukkan murid selesa berada pada circle yg dikenalinya sahaja dan sedikit perubahan akan menjejaskan mood murid. Murid lebih suka menyediri dan memendam masalahnya daripada berkongsi. Lama kelamaan resilien murid semakin menurun. Oleh itu intervensi murid ini ialah menggalakkan murid berkongsi atau meluah rasa dgn teknik main peranan bagi sesi individu. Kes 5 perlu lebih dari dua sesi menolong. 

Saya share kan antara kes kes personaliti yg perlu mendapat sesi iñtervensi. Bagi kes 1 jika anda dapat lebih dari 10 murid dan bila anda menjalankan sesi, ada satu corak personaliti sama ada dgn rakan sebaya atau keluarga yg anda akan perhatikan yg boleh anda gunakan kaedah yg sama dalam membantu. 
Taklimat psikometrik T4 Daerah Pudu
Kuey teow Penang Chef Ammar
Thank you Fiqah for this yummy😀


 

Telegram Channel