24 November 2022

Apresiasi Kelab Kerjaya

Perjumpaan terakhir Kelab Kerjaya maka kita namakan Apresiasi kerana ada makan makan dan kami juga menyampaikan hadiah buat para pemenang. Aktiviti aktiviti kelab berbentuk pertandingan kami simpan sehingga akhir perjumpaan ke 12 untuk diraikan. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. 
Tahniah Husna. Kehadiran penuh 12/12 kali perjumpaan
Pertandingan Musical Chair perjumpaan ke 12 selingan dalam Majlis Apresiasi

Tempat ke 4 Pertandingan Poster Impian Kerjaya
Tempat ke5 pertandingan Poster Impian Kerjaya Perjumpaan ke 9
Johan Poster Inspirasi Kerjaya Perjumpaan Kali Ke 9
Pertandingan Membina Teka Silang Kata  Perjumpaan Kali Ke 7
Pertandingan Ikon Inspirasi Kerjaya Perjumpaan ke 10
Pertandingan Info Hunt Perjumpaan Kali Ke4
Pizza , bread and mushroom soup

Mee goreng fav

Aktiviti ikon Inspirasi Kerjaya. Kumpulan berbincang mengenai ikon kerjaya cemerlang yg menjadi motivasi untuk mereka berjaya. Bentang mengenai latar belakang ikon tersebut dan mengapa mereka memilih ikon tersebut. 
Aktiviti Melukis Poster Inspirasi Kerjaya. Tugasan individu ahli kelab melukis poster kerjaya impian mereka dan menulis motto hidup masing masing pada poster tersebut.

Aktiviti Info Career Challange.. Meletakkan nama nama kerjaya pada bahagian belakang salah seorang ahli kumpulan. Dengan kunci kata setiap ahli kumpulan perlu survive untuk memastikan label kerjaya kekal di belakang badan ahli kumpulan dan tidak dirampas oleh ahli kumpulan lain. 


Aktiviti Intervensi Psikometrik. Mengetahui minat kerjaya melalui sesi ujian minat kerjaya dan kod Holland


Aktiviti Teka Silang Kata PPDa : sisipan dalam aktiviti Kelab

Aktiviti membina tik tok kerjaya secara kumpulan

Logo Kelab Kerjaya
Aktiviti Explorace anjuran PERKESO

Pertandingan Video Kreatif Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL mendapat johan Pudu

 

Telegram Channel