10 November 2022

Intervensi Murid Bagi Skor PHQ9 Krisis


 Saringan Krisis

Haaa tengok soalan no 9 PHQ9 tu kita panggil skor KRISIS . Letak 1, 2 atau 3 je pada mana mana skala maka jatuh KRISIS iaitu guru bimbingan dan kaunseling kena kaut segera kes ini untuk buat intervensi. Sususnannya ialah skala 3/ 2/ dan 1 untuk kesegeraan respon kes yang perlu dikendalikan.

 Namun jika sekolah anda terlalu ramai, sedangkan masa yang ada suntuk untuk menunggu giliran buat sesi indvidu by kes, maka saya sarankan anda kaut khusus krisis. Buat intervensi khusus dulu menggunakan kelompok dan buat saringan krisis , sementara kita go one by one sesi untuk kes krisis. Sekurang -kurangnya sebelum mendapat giliran sesi individu, kita sudah mempunyai pengetahuan untuk buat intervensi mengikut keutamaan kes dan pilih individu atau kelompok untuk self care masing -masing berdasarkan aktiviti yg dapat membantu mereka mengurangkan mencederakan diri. 


Kesegeraan saya pada krisis dan skor Sangat Teruk

saya create soalan soalan yg berikut untuk intervensi pertama dgn murid murid yg mendapat krisis. Agar dapat menyusun pelan intervensi bagi sasaran murid ini..Murid murid jawab berdàsarkn google form . Bagaimana cara mencederakan diri mengambarkan kesegeraan intervensi dan tarikh akhir mencederakan diri. 
Next pelan  intervensi kedua, sudah dapat gambaran awal pelan intervensi untuk murid gunakan atau tools yg boleh membantu. Saya share saringan krisis ini untuk intervensi pertama  dan share intervensi dua nanti ye

Semoga membantu anda dalam menyusun intervensi khusus bagi kes -kes di sekolah anda. 

Yong tau fu Kpg Pandan
Bonding time with Afiqah and Rozi





 

Telegram Channel