8 January 2023

Majlis Lambaian Kasih: Persaraan Guru -Guru Cemerlang KL

Majlis bertema Sesaat Bersama Seabad Terasa dgn kebaya dan batik ;)
meraikan guru guru cemerlang yg bersara. Ada 5 orang yg bersara satu kehilangan yg besar untuk Majlis Guru Cemerlang WPKL kerana senior senior yg semakin lama semakin hampir tiada dalam Majlis Guru Cemerlang WPKL. Yg tinggal seorang GC 54 Kimia yg akan bersara dua tahun lagi. 
Majlis ini diadakan di Hotel le Meridian Putrajaya dgn variety makanan yg sangat banyak huhuhu



Majlis diadakan secara sederhana dan meriah untuk kami raikan juga Dr Aini yg menjaga kami Majlis Guru Cemerlang KL dan akan bertukar ke unit lain. 

Kami selitkan juga cabutan bertuah hi tea 
Dapatlah rembat kuali yg besar 😆. Terima kasih AJK Hadiah banyak betul hadiah hampir setiap orang yg datang mendapat hadiah 
Terima kasih atas sumbangan yg bersara. Semoga ukhwah kita masih bersama selepas ini. 

Happy tummy with Nana 💕



Terima kasih Cikgu Hyacinth Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

Terima kasih Kak Ku Mahani Guru Cemerlang Sains Rumah Tangga dari SMK Alam Damai

Terima kasih Jeyanti GC Sains dari SMK Sri Bintang Utara
Terima kasih Kak Latipah Guru Cemerlang Matematik dari SMK Sentul Utama

Hadiah persendirian dari pegawai meja MGC kepada yg bersara
Terima kasih Dr Aini BPG KPM yg telah bertukar portfolio ke Unit lain dan tidak menjaga Majlis Guru Cemerlang lagi
Cabutan yg bertuah....huhu




Terima kasih Kak Latipah bagi kami buku seorang satu ttg inovasi

 

Telegram Channel