14 May 2023

Majlis Apresiasi HEM WPKL

Menerima jemputan dari Unit HEM ke Majlis Aprisiasi Unit HEM di Sentul Convention Centre...nun jauh . Jem waktu petang utk sampai ke sana pada pukul 8 mlm. So saya menunpanglah bas SM Agama WPKL dgn geng guru guru kaunseling penerima anugerah.

Terima kasih Unit HEM JPWPKL atas penghargaan ini untuk individu iaitu 
Ikon GBK Peringkat WPKL dan Kebangsaan

Dan dua hadiah pemgikturafan utk team UBk saya iaitu:
Johan Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling Sekolah Menengah Peringkat WPKL

Johan Amalan Terbaik Sahsiah Peringkat WPKLdan Kebangsaan

Tahniah pada mantee mantee saya. Seronok tgk masing masing menerima hadiah bagi kategori masing masing.

Tahniah pada team saya. Saya mewakili UBK SMK Seri Bintang Selatan untuk mengambil hadiah . Tahun pertama di sekolah ini apabila kena redeep dan dua bulan melayan perasaan...graf turun naik emosi . Tapi bila dah dapat rentak terus shoot buat kerja tambah baik sana sini dan rezeki walauoun partner baru posting sebulan awal je dari saya iaitu Cg Faizah yg masuk sini tapi guru one off ini ttp ingin belajar dan belajar. 

Partner sorang lagi Cikgu Loh posting sekolah ini akhir 2019 dan tahun berikutnya PKP pun jenis yg mudah menerima arahan dan ingin belajar dan belajar. Bertanya jika tidak faham dan mudah untuk saya coaching adik adik ini. 

Namun saya betul betul tidak menyangka hingga 3 kategori kami diberi pengikturafan negeri dan dua kategori pula menerima johan kebangsaan. 


Alhamdulillah rezeki tahun ini..
Sempat lagi boss sy berbisik waktu makan malam, haaa tahun ni kita kena terus kekalkan pencapaian ini.😅
( dalam hati jelah sy bercakap..adododo 3 kategori kena maintain ) 


Bonding with mak..jalan jalan makan makan

Anugerah Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling Terbaik WPKL



Anugerah Amalan Terbaik Sahsiah peringkat JPWPKL dan kebangsaan
Team.Cherasian..yang dirindui

Rozinani Johan Psikososial dan Naib Johan Inovasi dan Nurfarzana Ikon PPDa Murid dan Naib Johan Tik Tok Kehadiran 

Dengan Nadia mantee sejak praktikal di SMK Cheras dulu hingga kini boleh geng

kesayangan tahniah

beratur amik hadiah sempat selfie

SBS kami datang bertiga. Pengetua ambik hadiah untuk Pengurusan 5 Bintang Pengawas dan Johan Negeri. Cikgu Madi guru pengiring dua murid pengakap jambori antarabangsa.
Team pengakap

pengetua bergambar sàma
Bersama penerima anugerah dari geng guru kaunseling Pudu naik bas tumpang SMAWPKL hihi

Team penerima anugerah

Ikon GBK Sekolah Rendah iaitu Pn Manju

Guru cemerlang Kimia dari SBU




 

Telegram Channel