1.0 PENGENALAN
Kebanyakan
pelajar tidak tahu cara belajar yang
berkesan menyebabkan mereka begitu tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini
tidak akan membantu mereka dalam
meningkatkan pencapaian mereka dalam
bidang akademik. Cara belajar yang tidak menekankan kepada konsep `smart learning’ menjadikan pelajar
rasakan terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan ditelaah oleh
mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya
mereka akan lebih meyakini diri serta
seronok dengan proses pembelajaran yang mereka
lalui. Pendek kata pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan
oleh pelajar.
2.0 MATLAMAT
Program ini dijalankan bagi membantu
meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran
dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan
garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
3.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 22 Jun 2023
(KHAMIS)
Masa
: 8.10 -10.10 (ABCD)
10.40 – 12.40 (GJKM)
Tempat : Galeri Gemilang
Sasaran : Tingkatan 2
Tarikh : 23 Jun 2023
(JUMAAT)
Masa
: 8.05 -9.50 (ABCD)
10.20 – 12.40 (GJKM)
Tempat : Galeri Gemilang
Sasaran : Tingkatan 1
4.0 SASARAN
Semua murid tingkatan 1 & 2 SMK
Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
Mereka akan dapat mengagihkan masa mereka dengan
lebih berkesan dan dapat menumpukan pelajaran mereka dengan lebih sistematik.
Mereka juga akan :-
1. Menanamkan sikap yang lebih
positit terhadap pembelajaran.
2. Murid akan dapat menggunakan 5
DOMAIN yang akan ditekankan dalam kursus iaitu Visual, Audio, Kognitif, Affektif
dan Psikomotor.
3. Menghilangkan perasaan `boring’
dan mewujudkan rasa girang semasa belajar.
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Murid mengetahui mengenai gaya
belajar dan kemahiran dengan betul dalam peningkatan pembelajaran dan kemenjadian
murid. |
Outcome |
Murid dapat
meningkatkan motivasi dalam belajar mengenai teknik-teknik dan gaya belajar dengan
lebih cemerlang |
7.0 PERUNTUKAN
KEWANGAN
Sumber
Kewangan
PIBG (Tabung
Kecemerlangan Akademik) =
RM 300.00
Perbelanjaan
Kertas
A4 warna
Kertas A4 Putih
Kertas A3
Jumlah
= RM 300.00
8.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Norlela Binti A Wahid (Pengetua)
Naib
Pengerusi : Pn Hamimah Binti
Shamsuddin
Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
Setiausaha :
Puan Norfaizah Binti Mohamad
SENARAI TUGAS AJK KERJA
AJK Dokumentasi |
Puan Norfaizah Bt Mohamad |
Menyediakan
dokumentasi program |
AJK Jurugambar |
Puan Loh Chin Ying
|
Mengambil
gambar sepanjang program |
AJK
Penilaian |
Puan Nurhaiza Binti Che Mat |
Menyediakan
borang penilaian program dan membuat analisa penilaian |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Kelab
Bimbingan Dan Kerjaya
9.2 JADUAL
PERLAKSANAAN
22
Jun 2023
Slot
1
8.10 pagi – 10.10 pagi ; kelas 2A, 2B, 2C dan 2D
Slot 2
10.40 pagi – 12.40 tengah hari ; 2G, 2J, 2K dan 2M
23 Jun 2023
Slot
1
8.05 pagi – 9.50 pagi ; kelas 2A, 2B, 2C dan 2D
Slot 2
10.20 pagi – 12.40 tengah hari ; 2G, 2J, 2K dan 2M
10.0 PENGURUSAN
RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kelewatan
|
Disiplin
murid |
Memenjangkan
slot sebagai masa untuk pergerakan murid |
Puan
Norfaizah
|
11.0 KAEDAH
PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program
PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan dengan kerjasama dan
sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan
program ini akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai
keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknik-teknik dan
kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dunia
dan akhirat
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NORFAIZAH BINTI
MOHAMAD) Guru Bimbingan &
Kaunseling, SMK Seri Bintang
Selatan. Tarikh : |
(HAMIMAH BINTI SHAMSUDDIN) Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Bintang
Selatan. Tarikh: |
Happy birthday Kak Ema
Semoga dimrahkan rezeki