28 July 2023

Lawatan Penandaaras GBK dari MGK Hilir Perak

Hari ni adalah momen yg paling melekat dalam memori saya sepanjang hayat. Terbuka hati untuk menerima pelawaan dari MGK Daerah Hilir Perak untuk datang membuat lawatan penandaaras setelah setahun empat bulan di sini. Sejujurnya tahun 2022 sy memang mengelak dan tidak dapat memenuhi permintaan sek yg dtg utk membuat lawatan penandaaras. Bagi saya , tidak releven untuk bercakap mengenai intervensi atau inovasi dan pencapaian sewaktu saya di SMK Cheras sedangkan sy sudah digerakkan ke SMK SBS...maklumlah sinonim saya dgn SMK Cheras. 

Maka saya meminta agar mereka menghubungi partner partner saya dahulu di SMK Cheras sahaja krn  masih ada untuk berkongsi amalan terbaik kami dulu. 

Di awal sesi 2023/2024 ni masih lagi saya menolak dgn baik permintaan yg ingin bertandang. Namun selepas saya terbuka hati  menerima MGK Hilir Perak sekitar Jun hari tu,  maka sy cuba penuhi tetamu yg ingin hadir antara Ogos hingga Nov nanti yg dah diblock date  

Saya kongsikan amalan D LATE kami dan MyProfiling untuk GBK yg hadir. Yg penting intervensi dan inovasi membantu ke arah peningkatan impak perkhidmatan bimbingan dan kauseling


#Happy birthday Abah 🌷
Semoga sihat
 

Telegram Channel