Minggu ini kita fokuskan program psikososial dan pendidikan pencegahan dadah. Saya share kertas kerja Sayangi Diri ini untuk rujukan kawan kawan
1.0
PENDAHULUAN
Program Sayangi Diri ialah program
meningkatkan kesedaran murid dalam menjaga diri sendiri dalam aspek psikososial
dan kesejahteraan minda. Bertemakan Membugar Emosi Dan Sahsiah Terpuji, maka pengisian yang
dijalankan ialah ceramah, bengkel dan pameran yang berkaitan dengan
kesejahteraan emosi dan minda murid -murid. Sesuai dengan saringan minda sihat
fasa 1 yang telah dijalankan kepada semua murid, maka intervensi untuk
murid-murid ini perlu juga dijalankan sebelum saringan minda sihat fasa 2
dijalankan. Selain dari itu, penyebaran poster pencegahan juga disebarkan dari
semasa ke semasa untuk murid-murid diberikan pendidikan pencegahan dalam dadah
dan vape, gangguan seksual dan buli. Selain itu gaya daya tindak juga diajar
kepada murid agar dapat meningkatkan resilen diri dalam menghadapi cabaran
kehidupan seharian.
2.0 Matlamat
Mewujudkan budaya pendidikan dan cara hidup yang dalam keadaan
selamat, sejahtera dengan saling hormat-menghormati, menjaga sempadan pergaulan
masing – masing agar dapat merealisasikan kehidupan yang harmoni
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat :
4 September 2023 – 12 September 2023
4.0 SASARAN
Semua Warga SMK Seri
Bintang Selatan
1 Meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan pencegahan dadah,
gangguan seksual, buli dan pencegahan vape.
2 Meningkatkan
resilen murid melalui intervensi minda sihat
6.0 KPI
Output |
Persekitaran sekolah
yang lebih bermakna dalam memotivasikan murid dan meransang suasana
pembelajaran yang teraputik |
Outcome |
Keceriaan sekolah
kekal dalam suasana kondusif yang meransang pencapaian murid sama ada dalam
bentuk emosi dan jasmani |
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber
Pengerusi
: Puan Norlela Binti A. Wahid
Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
Setiausaha
: Pn
Nurhaiza Bt Che Mat
AJK : Puan Loh Chin Ying
: Puan Norfaizah
Binti Mohamad
: Encik Yusoff
Ceramah, bengkel dan pameran
9.1 URUS SETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Tarikh |
Aktiviti |
Personalia |
4 September 2023 (Isnin) |
Infografik
Pencegahan Gangguan Seksual Ceramah
Intervensi Menangani Stres Dan Anxiety (Ting 4 dan 5) |
Puan Nurhaiza Che
Mat |
5 September 2023 (Selasa) |
Pelancaran
Sayangi Diri |
Puan Loh Chin
Ying |
6 September 2023 (Rabu) |
Pameran Sayangi
Diri Dan Pendidikan Pencegahan Dadah Kuiz Pameran Sayangi
Diri |
Puan Nurhaiza Che
Mat Encik Yusof Pasukan SLAD Ting
4 dan 5 |
7 September 2023 (Khamis) |
Outreach Sayangi
Diri: Poster Sayangi Diri |
Puan Loh Chin
Ying |
8 September 2023 (Jumaat) (11.00 pagi –
12.40 tengah hari) |
Bengkel Intervensi
Minda Sihat Kes Krisis Menengah Rendah Ceramah
Menangani Gangguan Seksual |
Puan Norfaizah
Binti Mohamad Puan Nurhaiza
Binti Che Mat |
9 September 2023 (Sabtu) |
Keceriaan Laman
Minda Sihat Fasa 2 Bersama Empower Rakan PRS |
Puan Norfaizah Pasukan Empower
Rakan PRS Ting 2 |
10 September 2023 (Ahad) |
Infografik Hari
Pencegahan Bunuh Diri Sedunia |
Puan Nurhaiza
Binti Che Mat |
11 September 2023 (Isnin) |
Intervensi Minda
Sihat Kes Krisis Menengah Atas |
Puan Loh Chin
Ying |
12 September 2023 (Selasa) |
Pelancaran Laman
Minda Sihat dan Perasmian Oleh Puan Pengetua |
Puan Nurhaiza
Binti Che Mat |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kawasan pameran basah
dan tidak selesa |
Cuaca hujan lebat |
Alternatif pameran di
Laman Ilmu berbanding di Dataran Bestari |
Penyelaras Pameran |
Adalah
diharapkan agar usaha pihak sekolah untuk melaksanakan Program Sayangi Diri ini
dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan lebih selesa semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Guru dan murid juga diharap agar memberikan
kerjasama yang jitu dalam melaksanakan program-program yang dirancang bagi
memastikan kesejahteraan emosi dan minda murid dalam kalangan yang terbaik.
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI
CHE MAT) Guru Bimbingan
& Kaunseling, SMK Seri Bintang
Selatan. Tarikh : |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan HEM SMK Seri Bintang
Selatan. Tarikh: |