23 April 2024

Kertas Kerja Majlis Pelantikan PRS

 

Majlis Pelantikan PRS, Skuad SPBT dan AJK Koperasi dijalankan pada hari serentak. Kelebihannya AJK guru beegabung dalam menjayakan majlis ini

1.0          PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan salah satu badan kepimpinan sekolah yang diiktiraf di atas sumbangan kepada pihak sekolah. Menyumbang kepada program Pembangunan sahsiah dan disiplin murid di sekolah, Peranan PRS juga sebagai agen guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid. Program –program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dibantu oleh ahli ahli Pembimbing Rakan Sebaya. Peranan PRS adalah setiap hari iaitu menyambut kedatangan murid di pintu pagar dari pukul 6.50 pagi hingga 7.20 pagi . Mereka juga bertugas di bilik kaunseling  mengikut jadual bertugas bagi PRS sewaktu rehat  sekolah, bertugas untuk mengedarkan makanan untuk projek cakna rezeki, bertugas selaku fasilitator program-program sekolah, mengadakan sambutan hari lahir dan membantu dalam menganjurkan program –program murid.

                       

               

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan penampilan, keyakinan diri dan penghargaan kendiri untuk menjalankan tugas dengan berikrar di hadapan warga sekolah untuk menjalankan amanah sebaik mungkin


3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 23 April 2024

 

4.0        SASARAN

25 orang murid Pembimbing Rakan Sebaya

         

5.0      OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

           1.          Melantik PRS dan mengesahkan perlantikan dalam upacara rasmi sekolah  

           2.          Mengiktiraf peranan PRS sebagai pemimpin murid dengan penganugerahan sijil penghargaan.

          

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Melantik PRS untuk diperkenalkan kepada warga sekolah dan 100 peratus ahli PRS dapat diperkenalkan secara rasmi kepada warga sekolah.

Outcome

Penghargaan kepada PRS yang bersama-sama memainkan peranan dalam kepimpinan murid di sekolah akan berusaha untuk meningkatkan ketrampilan masing- masing dalam usaha menjaga penampilan dan ikon murid.

 

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Tiada

           

 



8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                  : Puan Norlela Binti A Wahid 

                                           Pengetua

          Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud

                                            PK Hal Ehwal Murid

          Naib Pengerusi          :Puan Hamimah Bt Shamsuddin

                                             Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

                                          : Encik Zam Zam Bin Abdul Aziz

                                            Penolong Kanan Kokurikulum

           Penyelaras              : Nurhaiza Binti Che Mat


          SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Jurugambar

En. Luqman Hazim Bin Mohd Hilmi

Mengambil gambar dan video sepanjang program

Menyediakan kolaj untuk laporan  pada hari tersebut dan hantar semakan kepada PK HEM dan PK Kokurikulum

Pengurusan

Raptai Dan Majlis Pelantikan

Nurhaiza Binti Che Mat (PRS)

Chai Sheau Feng (SPBT)

Noriani binti Ab Mutalib (Koperasi)

Menguruskan aturcara dan menjalankan raptai murid

AJK Teks Pengacara Majlis

Norfaizah Binti Mohamad

Siti Nur Fatin binti Jaafar

Menyediakan teks pengacara majlis

AJK Teks Ucapan Pengetua

Abdul Rasyid bin Zakaria

Menyediakan teks ucapan pengetua

AJK Buku Program

Francis Wa Wee Lee

Menyediakan buku program majlis pelantikan pemimpin sekolah

AJK Sijil

Nurhaiza Binti Che Mat (PRS)

Nor Naeimah binti Rohaimi (SPBT)

Wan Nur Sakinah binti W Abdul Halim (Koperasi)

Menyediakan sijil dan menyampaikan sijil pemimpin

AJK Penyusunan Tempat

Noor Fariza binti Marzuki

Chua Sim Bee

Muhammad Arief Daniel Bin Nasirudeen

Syafiqah Binti Ananto Kabib

     Membantu pengurusan susun atur kerusi untuk program pelantikan

AJK Penyusunan Murid

Loh Chin Ying (PRS)

Fatin Nabilah binti Mohmad Sukry (SPBT)

Muhammad Hafiz bin Mohamed Din

(AJK Koperasi)

     Memastikan susunan pemimpin murid dalam penyampaian sijil dan ikrar

AJK Banner

 

Sandra Chee Siew Fung

1.     Menyediakan banner digital untuk dipaparkan di tapak perhimpunan.

AJK Dokumentasi

Robiatuladawiah binti Ab Halim (Koperasi)

Nurhaiza Binti Che Mat (PRS)

Syifaa' Binti Mohd Razif (SPBT)

1.     Menyediakan laporan dokumentasi

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUS SETIA

                     Unit Bimbingan dan Kaunseling

                     Unit Hal Ehwal Murid

                          

                                   

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

            7.40 pagi         : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

            7.50 pagi         : Ucapan Perasmian Oleh Puan Pengetua

            8.00 pagi         : Penyampaian sijil pelantikan AJK PRS               

                                    : Bacaan ikrar

            


10.0    PENGURUSAN RISIKO

            

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Masalah teknikal sewaktu program

Masalah teknikal

Menyediakan mikrofon dan  teknikal tambahan

AJK PA Sistem

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

          Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif

Disediakan oleh:

Disemak oleh:



(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh:


 

Telegram Channel