1.0 PENGENALAN
Program Sekolah Penyayang merupakan program yang dijalankan agar amalan guru penyayang dan warga sekolah membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Y.B Menteri Pendidikan mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab melalui pelaksanaan Program Jejak Kasih Madani dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program ramah mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi perkongsian masalah dan lain-lain. Hasil dari keputusan mesyuarat ketua bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu pada 7 Disember 2018, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menyelaraskan pelaksanaan program ziarah cakna ini secara meluas di semua sekolah di bawah KPM. Pada tahun 2024 ini, PPD Bangsar Pudu mengambil inisiatif untuk melancarkan di peringkat PPD dengan aktiviti di peringkat sekolah bagi memperluaskan konsep Jejak Kasih Madani dan diketahui oleh semua warga sekolah.
2.0 MATLAMAT
Memperkukuhkan konsep sekolah penyayang dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.
3.0. TARIKH/ MASA/ TEMPAT : 30 Julai 2024/ SMK Seri Bintang Selatan
: 7.30 pagi hingga 9.00 pagi
4.0 SASARAN : Semua warga sekolah SMK Seri Bintang Selatan
5.0 OBJEKTIF
1) Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk menujukkan empathi dan keprihatinan pihak sekolah dengan masalah murid
2) Mengukuhkan kerjasama antara guru dengan komuniti bagi membantu murid
6.0 KPI (Indikator Output Dan Outcome)
Output
|
Warga sekolah dapat menghayati nilai murni dalam amalan ziarah menziarahi kerana cakna dengan keadaan orang lain dalam pelbagai bentuk iaitu kerana sakit, masalah disiplin dan juga sahsiah terpuji murid. |
Outcome |
Ziarah dapat menjadi budaya dalam kalangan guru untuk mengambil cakna mengenai kehidupan murid dan menjalankan silaturahim dengan ibu bapa dengan lebih dekat dan mesra melalui lawatan ziarah cakna. |
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN
SUMBER KEWANGAN
Tiada sumber kewangan yang terlibat
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Norlela Binti A. Wahid
Timbalan Pengerusi : Puan Sabidara Binti Mahmud
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
1 |
AJK Pengacara Majlis En. Abdul Rasyid bin Zakaria |
1. 1. Melantik pengacara majlis dan melatih 2. pengacara majlis mengikut skrip |
2 |
AJK Buku Program Puan Norfaizah Binti Mohamad |
3. 1. Menyediakan buku atur cara program 4.
|
3 |
AJK Persembahan Pn. Arsalini binti Mukhtar
|
5. 1. Melatih murid untuk persembahan sewaktu 6. pelancaran program |
4 |
AJK Cenderahati Pn Loh Chin Ying |
7. 1. Mencari penajaan untuk cenderahati ke rumah -rumah murid |
5 |
AJK Backdrop Pn Husmazurain binti Che Hussien |
1. Menyediakan rekabentuk kain rentang untuk program jejak kasih madani |
6 |
AJK Peralatan & Siaraya Muhammad Nazrin bin Rosnan En. Khairol Nizam bin Anuar |
1. Memastikan peralatan PA berfungsi dengan baik 2. Bekerjasama dengan AJK Persembahan
|
7 |
AJK Jurufoto Pn. Atiq Anis binti Aziz |
1. Mengambil gambar sepanjang program pelancaran dan menyerahkan kepada AJK Dokumentasi dan menyediakan kolaj
|
8 |
AJK Pelaporan Puan Nurhaiza Binti Che Mat |
1. Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan untuk pelaporan
|
9 |
AJK Sambutan dan Jemputan En. M Ravinthiran a/l P Muthoo |
1. Menjemput PPS untuk hadir semasa program pelancaran Ziarah Cakna |
10 |
AJK Teks Ucapan Puan Norfaizah Binti Mohamad |
1. Menyediakan teks ucapan untuk pengetua |
11 |
AJK Kawalan Murid En. Karunanithi a/l Thanapalan (K) Pn. Husna binti Zahri En. Azam Muzafar bin Ahmad Mokhtar |
1. Mengawal disiplin murid di Dataran Bestari
|
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA/PENCERAMAH
1) Unit Bimbingan Dan Kaunseling
2) Unit Disiplin
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM
7.30 pagi |
Ucapan aluan pengerusi majlis |
7.40 pagi |
Persembahan Murid bertajuk SCHOOL IS COOL |
7.45 pagi |
Ucapan Perasmian Pengetua |
7.50 pagi |
Penyampaian Barang Gerobok Rezeki daripada PIBG dan MTM Consultancy |
8.00 |
Ziarah Cakna |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Jika berlaku masalah teknikal |
Masalah PA Sistem |
Menyediakan PA Sistem tambahan |
Guru teknikal |
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan kehadiran murid ke sekolah
Disediakan oleh: |
Disemak oleh: |
|
|
(NURHAIZA BINTI CHE MAT) Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Seri Bintang Selatan Tarikh : |
(SABIDARA BINTI MAHMUD) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Bintang Selatan Tarikh: |