29 July 2024

Kertas Kerja Minggu Kerjaya STEMpathy

Program Minggu Kerjaya SYEMpathy dijalankan awal Ogos berfokus lebih kpd murid ting 1 untuk celik kewangan, disusuli dgn pelbagai jenis pertandingan kerjaya. Untuk ting 4 dan 5 ialah pameran kerjaya dan ceramah kerjaya kuantiti surveyor utk ahli kelab kerjaya. Kertas kerja ini disediakan oleh partner saya Pn Loh




1.0            

PENGENALAN

Program Pendidikan Kaunseling Kerjaya merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid  mengenal pelbagai bidang kerjaya di negara kita. Melalui tema Revolusi 4.0 Penerokaan Kerjaya Ke Arah Era Digital diharapkan agar murid didedahkan kepelbagaian jenis bidang kerjaya ke arah era digital tersebut. Diharapkan murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai spesifikasi, jenis, suasana, dan maklumat pekerjaan yang boleh diterokai oleh murid-murid untuk disesuaikan kerjaya dengan diri mereka.  Dengan ini, para pelajar sudah boleh menyiapkan diri mereka sejak di bangku sekolah lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing yang boleh diketahui melalui psikometrik murid. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya di peringkat sekolah, murid akan dibimbing untuk penerokaan perkembangan kerjaya murid.

 

 

 

2.0       MATLAMAT           

Mengenal pasti dan meneroka kerjaya murid dan  memperkemalkan kerjaya ke arah era digital.

 

           

           3.0     TARIKH/ MASA/ TEMPAT        

   

Tarikh              : 4 & 5 Julai 2024 (Khamis & Jumaat)

Masa               : Sepanjang Hari

Tempat            : Sanggar Bijaksana, Medan Diskusi dan Galeri Wawasan

 

          

 

           4.0       SASARAN                                     

 

 Semua murid Tingkatan 1 SMK Seri Bintang Selatan

 

 

 

5.0       OBJEKTIF

 

          

Di akhir program,

1.     Murid–murid mengetahui mengenai minat kerjaya masing-masing.

2.     Murid–murid mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang kerjaya melalui IPTA dan IPTS.

3.     Murid-murid dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maklumat dalam bidang sesuatu kerjaya.

4.     Murid diberikan bimbingan kerjaya untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam memilih kerjaya yang bersesuaian.

 

 6.0       KPI (Indikator Output Dan Outcome)

 

 

Output

Murid mempunyai matlamat setelah mengetahui personaliti dan minat kerjaya masing-masing

Outcome

Murid memilih aliran yang sesuai untuk pencapaian dan minat selepas SPM

 

 

                                            

 

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

 

PERUNTUKAN KEWANGAN

BIL

PERKARA

PERBELANJAAN

JUMLAH (RM)

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makanan Fasilitator Murid

 

 

 

 

 

Sarapan Pagi : RM4 X 25

 

Makan Tengahari : RM8 X 25

RM100

 

RM200

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

 

RM 300.00

 

 

 

SUMBER KEWANGAN:

 

BIL

SUMBER KEWANGAN / CATATAN

 JUMLAH (RM)

1

 

 

       PCG KAUNSELING

 

 

RM300.00

 

 

 

                   Jumlah

RM300.00

 

 

 

 

         

 

 

 8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

 

            AHLI JAWATANKUASA

 

Pengerusi                             :           Pn. Norlela binti A Wahid

Timbalan Pengerusi        :            Pn. Sabidara binti Mahmud

Naib Pengerusi       :            Pn. Hamimah binti Shamsuddin

                                                En. Zam Zam bin Abdul Aziz

           Setiausaha                          :           Pn. Loh Chin Ying

 

 

1

AJK Buku Aturcara & AJK Penilaian

 

Pn. Loh Chin Ying

·     

       1. Menyediakan buku atur cara program.

       2. Menilai program yang telah dijalankan

2

AJK Penyediaan Hadiah

 

Puan Norfaizah Binti Mohamad

AJK Kelab Kerjaya Ting 3

 

1.         1. Mengadakan persembahan oleh ahli

2.                 Kelab Kerjaya

 2. Menyediakan hadiah untuk pemenang

3

AJK Persembahan Dan Ceramah

 

1.Menyediakan peserta untuk persembahan pelancaran Minggu Kerjaya

2. Menguruskan ceramah kerjaya

 

 

4

AJK Pertandingan & Dokumentasi

 

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Pembimbing Rakan Sebaya Ting 5

1.    Mengadakan pertandingan kerjaya dan mengatur jadual pertandingan

2.     Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan

2.     3.    Menyediakan dokumentasi

 

 

 

 

 

             

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

 

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

 

 

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 

 

 

 

 

9.2       JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

 

           

HARI

SESI PAGI

KHAMIS

4/7/2024

 

PROGRAM JA FINANCIAL SECURITY AND CAREER EXPLORATION (FSCE)

 

JUMAAT

5/7/2024

 

PERTANDINGAN KERJAYA

-YOUNG MOTIVATOR

-REKA BENTUK GRAFIK KERJAYA

-VIDEO KREATIF

-POSTER KERJAYA

 

 

 Pameran IPT ting 4 dan 5,pada 29 Julai 2024


Ceramah Kerjaya Quantity Surveyor utk ahli Kelab pada 1Ogos 2024

 

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Jika berlaku masalah teknikal

PA Sistem tidak berfungsi dengan baik

Penggunaan lokasi lain atau menukarkan kepada portable PA Sistem

Guru bertugas

 

 

 

11.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang diharapkan  dan seterusnya menggalakkan murid untuk meneroka ke arah era kerjaya digital.

 

           

 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(LOH CHIN YING)

Guru Bimbingan & Kaunseling

SMK Seri Bintang Selatan

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan

 





                                       Ceramah Kerjaya Kuantiti Survey dari INTI College




 

Telegram Channel