19 November 2024

Kertas Kerja ACT SMART Sejahtera: Bengkel Tangani Krisis

Dari data data saringan minda sihat, maka aktiviti intervensi khusus untuk murid murid yg ditagging krisis dijalankan sesi intervensi terlebih dahulu

Sebanyak 8 bengkel telah dijalankan. Satu bengkel dari LPPKN untuk murid ting dua perempuan manakala 7 bengkel lagi dijalankan oleh kami

Antara aktiviti selama dua jam yg dijalankan ialah
Taklimat dari saya
Tayangan video tips dari remaja untuk remaja mengenai pencegahan stres
Aktiviti teknik pernafasan 
Aktiviti regangan otot
Kaunseling kelompok sharing coping mechanism masing masing
Kaunseling kelompok negative coping mechanism guna
Safety plan 

Support kawan dan support self talk positive kawan kawan dalam group 

Saya share kertas kerja di bawah ini.


 

Program ACT SMART Sejahtera bertemakan Bengkel Meningkatkan Resilien melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling bagi meningkatkan kesedaran murid -murid akan kepentingan penjagaan kesihatan mental Bengkel ini disasarkan kepada murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang dikenalpasti mempunyai masalah dalam menangani tekanan. Murid-murid didapati mendapat skor yang tinggi bagi PHQ9 dan mempunyai unsur kemurungan dengan skor pada saringan minda sihat dilabelkan sebagai perlu intervensi khusus daripada unit bimbingan dan kaunseling. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah penjagaan kesihatan mental berkaitan kebimbangan, tekanan dan kemurungan.  Aktiviti ini berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi. Manakala bengkel yang dijalankan lebih tertumpu kepada pemulihan bagi membantu murid yang sudah mempunyai simptom -simptom kemurungan dan perlu dibantu. Semoga aktiviti yang disusun dapat menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 

 

 

2.0     Matlamat

           

Murid -murid tahu bagaimana gaya daya tindak yang membantu sewaktu mereka dalam kemurungan

           

.

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

 5 November 2024 : 30 orang  murid perempuan Tingkatan 1

 6 November 2024 : 30 orang murid perempuan Tingkatan 3

 8 November 2024 : 30 orang murid perempuan Tingkatan 4


11 November 2024 : 30 orang  murid perempuan Tingkatan 5

12 November 2024    : 30 murid lelaki menengah atas

14 November 2024 : 30 orang murid lelaki menengah rendah


                                                                                                                    

                       

 

                     

4.0       Sasaran

 

            150 orang murid mempunyai masalah kemurungan tahap krisis bagi PHQ9

           

 

5.0       Objektif

 

1)    Meningkatkan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang memberi kesan apabila kemurungan.

2)    Meningkatkan gaya daya tindak murid – murid dengan menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing – masing.

 

 


6.0       KPI

 

Output

Murid-murid  dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru kaunseling

Outcome

dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental dan emosi.

 

 

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 

 

Bil

 

Perkara

 Jumlah

Peruntukan

 

1.


 

         

 

 

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 

 Pengerusi                  :  Puan Norlela Binti A. Wahid

Timbalan Pengerusi  :  Puan Sabidara Binti Mahmud (PK HEM)

Setiausaha                :  Puan Nurhaiza Binti Che Mat

 


Jawatankuasa Kerja  

 

AJK Kertas Kerja  Dan Modul

Puan Nurhaiza Bt Che Mat

 Menyediakan kertas kerja dan modul

AJK Persiapan Tempat Dan Teknikall

Puan Loh Chin Ying

Menyediakan komputer dan menjaga teknikal computer serta penyediaan tempat program

AJK Jamuan

Puan Norfaizah Binti Mohamad

Menyediakan jamuan makan

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 



9.2     TENTATIF PROGRAM

 

          11 – 14 November 2024

 

          11.00 pagi     : Pendaftaran

                                : Taklimat Bengkel

                                : Tayangan Video Dari Remaja Untuk Remaja : Hindari Stres Cara Positif

11.20 pagi     : Sesi Relaksasi Pernafasan Dan Otot

          11.45 pagi     : Pembahagian Kumpulan Slot Safe Plan

          12.00 t/h     : Sesi Kaunseling Kelompok Coping Positive 

          12.40 t/h     : Sesi Kaunseling Kelompok Safe Plan 

          1.20 t/h       : Bersurai


10.0     PENGURUSAN RISIKO

 

Risiko

Punca

Penyelesaian

 

Tanggungjawab

Kegagalan laptop

 

Masalah teknikal

Menggunkan laptop yang lain

Penyelaras

 






11.0     PENUTUP

 

           Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program

yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi murid


 

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

 

 

 

 

(NURHAIZA BINTI CHE MAT)

Guru Bimbingan & Kaunseling,

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh :

(SABIDARA BINTI MAHMUD)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SMK Seri Bintang Selatan.

Tarikh:

 











 

Telegram Channel