Modul SMITCH Gold Medal
Nathir Bin Mehamad dari Post graduate USM
Toolkits Kaunselor MIPC@NSC
(Model Integration Intervention Psychological Counselling @
National Subfertility Center)
Pasangan subfertiliti berhadapan cabaran
psikososial yang kompleks, namun pengamal
kaunseling memerlukan sistem intervensi yang
lebih khusus, berstruktur dan konsisten.
TOOLKIT KAUNSELOR MIPC@NSC
dibangunkan sebagai sistem amalan bersepadu yang merangkumi saringan, formulasi kes, intervensi 8 sesi, alat kaunseling, pemantauan hasil, protokol keselamatan, rujukan dan susulan.
Inovasi ini dijangka meningkatkan kompetensi pengamal, menyeragamkan amalan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan psikososial yang beretika dan sistematik
Norezlin Sulaiman dari post graduate UTM
Cyberbullying can leave adolescents feeling
unsafe, powerless and unsure how to respond.
CYBER-RESQ is a counsellor-guided hybrid
toolkit that combines scenario-based simulation,
WDEP self-evaluation, safe-response planning and digital resilience activities. It helps young people regain control, make safer choices, seek support and recover from digital harm, while giving school counsellors a practical, reusable
intervention resource.
EPA Online (Empowering Psychological First Aid Awareness)
Nor Shadira Binti Jamaluddin
Khairul Azwan Bin Mat Amin
Akses terhad kepada latihan Psychological First
(PFA) yang tersusun dan praktikal
menyebabkan pelajar kurang bersedia membantu rakan yang mengalami tekanan emosi. EPA
Online (Empowering PFA Awareness)
dibangunkan sebagai platform pembelajaran digital kendiri, khususnya untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), yang menyediakan modul PFA berasaskan kerangka LOOK–LISTEN–LINK
melalui aktiviti situasi sebenar. Platform ini
membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mengenal pasti keperluan sokongan serta memberikan pertolongan cemas psikologi secara sesuai dan selamat
Johari Bin Md Salim
2. Haneza Binti Rahman
Perubahan teknologi, kecerdasan buatan dan keperluan industri menuntut pendidikan kerjaya
yang lebih sistematik dan berterusan. Ekosistem Pendidikan Kerjaya MRSM mengintegrasikan
VISTA, Kelas Kerjaya, PERKESO, TalentCorp, perkhidmatan kaunseling dan MARASTEP dalam
satu perjalanan pembangunan kerjaya pelajar dari Tingkatan 1 hingga selepas tamat MRSM.
Ekosistem ini membimbing pelajar mengenali diri, meneroka kerjaya, membina kompetensi dan
merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya. MARASTEP menyediakan data laluan alumni
untuk penambahbaikan berterusan, sekali gus memperkukuh peranan kaunselor dan kesiapsiagaan pelajar menghadapi masa hadapan.
CounselINSPIRE dashboard system. Mohamad Firdaus Bin Rosli Dan Siti Nurafizah Binti
Mohd Zam Zam
CounselINSPIRE ialah inovasi dashboard kaunseling digital bagi menangani cabaran
pengurusan rekod manual, data berasingan dan pemantauan perkhidmatan kaunseling. Dengan
mengintegrasikan rekod sesi, log harian, program serta intervensi dalam satu platform berpusat,
CounselINSPIRE membolehkan pemantauan data hanya melalui satu klik, analisis masa nyata
dan laporan automatik. Inovasi ini memperkasakan kaunselor membuat keputusan pantas, mengurangkan beban pentadbiran serta meningkatkan kesejahteraan pelajar melalui perkhidmatan kaunseling cekap, sistematik dan berpusatkan manusia.
Modul LO