7 April 2017

Mesyuarat Projek Pameran Inovasi Guru Cemerlang Hari Guru

Mesyuarat Projek Pameran Inovasi Guru Cemerlang Hari Guru




Pada 4 April 2017 pada pukul 1 tgh hari, saya ke JPWP untuk menghadiri mesyuarat bersama AJK Majlis Guru Cemerlang WPKL untuk projek pameran inovasi Guru Cemerlang WPKL sempena Hari Guru. Saya dilantik selaku ketua pameran inovasi dan perlu menghubungi dua sekolah lagi iaitu SMK Taman Tun Dr Ismail dan SMK Sentul Utama yg terlibat dgn pameran KIK di MTD tahun lepas. Hari ini saya menyiapkan kertas kerja berdasarkan skop kerja yg diberikan. Program dijangka 3 hari pada minggu terakhir bulan Mei.

Semoga dipermudahkan urusan team kami

.



Hectic week with 7 days workout
Take deep breath...
Supermom kwang kwang

6 April 2017

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Mengurang Gejala Keciciran Murid

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Mengurang Gejala Keciciran Murid


Cerita semalam sekolah saya terlibat dalam pemurnian garis panduan menangani masalah murid keciciran oleh pihak KPM iaitu EPRD dan PADU. KPM dalam proses memurnikan garis panduan untuk membantu sekolah di Malaysia menangani masalah keciciran murid. Inisiatif KPM agar akses pendidikan wajib murid selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga menengah atas meningkat menjelang 2020. Ini bermakna intervensi harus dijalankan untuk meminimakan murid keciciran sekolah. 

Istilah murid keciciran oleh KPM ialah






 Maklumlah sekolah saya antara 10 sekolah yg mempunyai kehadiran murid yg rendah berbanding sekolah lain di Zon Pudu. Maka saya hadir ke bengkel ini bersama PK HEM saya, namun dgn adanya intervensi program Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah pada tahun 2015, sekolah saya berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah terutama pada bulan pdp dijalankan. 
Satu lagi intervensi yg dijalankan ialah SPOT The Butterfly pada tahun 2016 menangani masalah murid kes rayuan semula. Saya membentangkan kedua dua intervensi yg telah saya jalankan di sekolah untuk membantu pihak sekolah menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah dan mengurangkan keciciran murid.






My childhood 
Home sweet home
Taman Bukit Cheras;(



5 April 2017

Happy Birthday: Rai Mac

Happy Birthday: Rai Mac



Hari ni giliran warga sekolah yg menyambut hari jadi pada bulan Mac. Oleh kerana tapak perhimpunan yg agak basah maka aktiviti NILAM dijalankan di dalam kelas. Maka PRS bergerak dari kelas ke kelas mengedarkan kek kpd guru subjek untuk diberikan kpd murid murid dalam kelas. Selesai je agihan kek...jom rushing ke PPW Bangsar Pudu untuk mesyuarat..

4 April 2017

Tips Menghadiri Interview

Tips Menghadiri Interview

Program menulis resume dan menghadiri interview dijalankan pada hari ini dengan menjemput pensyarah dari MSU iaitu Pn Zamida Zainal Abidin.
Beliau memberikan tips cara menulis resume dan menekankan mengenai cara menulis resume yg salah ialah
Tiada cover letter
Resume terlalu panjang Resume yg membosankan
Resume tidak proaktif
Tidak ada spesifik penerima resume ditujukan

Pastikan email anda adalah nama rasmi  seperti ahmadali@gmail.con dan bukan nama yg pelik pelik seperti ayufrozen ke..alisuper ke manchiachia ke huhuhu maklumla student skrg.




Tips Menghadiri Interview;

Penceramah menunjukajar gaya interview yg betul kpd murid.

Bagi lelaki
Jgn lipat seluar bwh
Tie paras tali pinggang
Butangkan kot anda..bila duduk sila buka butang di bawah
Songkok elak jika syarikat adalah multinasional
Rambut dirapi kemas
Muka bersih..janggut shave
Baju lengan pjg lagi baik
Jika Pakai kot..baju kemeja kena nampak cafling
Pewangi perlu dipakai
Kasut kulit lagi baik dipakai

Perempuan:
Make up perlu sekadar nipis pun ok
Rambut kalau lepaskan , kena kemas
Tudung jgn byk lilit
Kasut satu inci setengah tinggi bertutup
Perempuan pakai handbeg
Masuk bhn fail dlm beg jgn asyik pegang ke dada
Guna fail plastik lutsinar untuk dokumen
Kerusi yg ada letak tgn, boleh letak tangan tapi jgn nampak kamu rilex sgt.
Kerusi dapat je, duduk terus jgn selak baju
Dan elak raba raba kain byk kali
Jgn duduk cara pengantin
Susun kaki ke kiri sikit jgn silang kaki
Kalo interviewer tu hulur tgn..salam  terutama sama jantina
Sila perkenalkan diri anda di hadapan penemuduga dgn yakin.
Jangan main tgn dan kaki,  kecuali ada meja hadapan anda.
Semoga tips yg diberikan diambil notanya untuk kemajuan diri yg akan dtg.






6 am to 7 pm again..



3 April 2017

Pameran Kerjaya Di Sekolah

Pameran Kerjaya Di Sekolah

Sempena Minggu Kerjaya yg dijalankan di sekolah kami mulakan dgn pameran kerjaya di dewan sekolah. Terget ting 5 dgn masa sejam dan untuk ting 4 kami target 30 minit untuk murid mengetahui mengenai halatuju program yg dikehendaki oleh mereka.


Selain itu, sebagai guru kaunseling saya meneroka kolej yg dapat memberikan sumbangan dalam bentuk campus tour dan menaja pengangkutan atau makanan. Selain itu juga kursus sosial corporat untuk menaja program bagi guru guru juga diambilkira.

2 April 2017

Strategi Menangani Masalah Disiplin Pelajar Melalui Kaunseling

Strategi Menangani Masalah Disiplin Pelajar Melalui Kaunseling

Antara topik yang dibentangkan sewaktu Konvensyen Kaunseling Teknik Dan Aplikasi Peringkat Antarabangsa di UUM 2017. Sila klik link di bawah untuk paparan power point yang lebih jelas.
 Strategi Menangani Masalah Disiplin Pelajar Melalui Kaunseling











happy weekend


1 April 2017

Keperluan Kaunseling Pencegahan Dadah Di Sekolah

Keperluan Kaunseling Pencegahan Dadah Di Sekolah



Klik power point di link di bawah untuk paparan yang lebih jelas mengenai power point ini
Keperluan Kaunseling Pencegahan Dadah Di Sekolah


 Salah satu seminar di Konvensyen Teori Dan Aplikasi Kaunseling Peringkat Antarabangsa atau dikenali dengan ICTAC 2017 di UUM yang disampaikan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Abd Halim Bin Mohd Hussin selaku Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan .

Bagaimana isu -isu yang dibentangkan dapat memberikan gambaran kepada guru kaunseling menangani masalah pendidikan pencegahan dadah kepada murid sekolah. Dengan statistik pada tahun 2016, dimana 1381 murid dari 35,522 murid yang disaring ujian urin, ternyata gagal dalam ujian saringan tersebut.



  welcome April
The hectic month of the year





 

Telegram Channel