26 August 2020

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Transisi Ting 3 ke Ting 4

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Transisi Ting 3 ke Ting 4






Hari ini bersambung dengan menyemak garis panduan transisi murid tingkatan 3 ke tingkatan 4. Isu ini tidak sesukar seperti isu semalam yang membahaskan transisi darjah 6 ke tingkatan 1. Ini kerana corak keciciran murid sudah boleh dijangka oleh guru kaunseling di sekolah yang sama.

Dengan adanya sistem yang selaras untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan murid ke SBP
, MRSM, Sekolah Swasta atau Antarabangsa memudahkan semua Pihak mengesan murid

Oh ye ramai juga murid beralih ke sekolah tahfiz atau sekolah agama. 

Dan ada juga yang memilih bekerja dahulu di tingkatan 4 dan kembali ke sekolah sewaktu di ting 5untuk mengambil SPM


Yang penting peranan yang dimainkan dari peringkat bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah semdiri untuk mengesan keciciran murid transisi di tingkatan 4.

Berada satu kumpulan dengan geng penolong kanan HEM ni mendapat input baru dari sudut pentadbiran pengurusan HEM di sekolah. Tahniah team dan terima kasih. Jumpa lagi bulan September nanti 


Happy for you Kak Raudzah :)
calling for pemantauan GC 








25 August 2020

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Semakan Transisi Murid Darjah 6 Ke Ting 1

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Semakan Transisi Murid Darjah 6 Ke Ting 1

Hari ni saya ke Putrajaya E8. List nama peserta bengkel Semakan Draf Garis Panduan Transisi Murid Darjah 6 ke Ting 1 anjuran Bahagian Dasar KPM hanya 4 org sahaja familiar di mata saya iaitu dgn title guru kaunseling. Yg lain memang saya tidak kenal. Satu kumpulan saya adalah PK HEM dan sebelah kumpulan saya ialah pegawai PPD/ JPN dan ada Bahagian. 

Saya diletakkan di kumpulan sekolah dengan bersama 8 orang lagi peserta dari sekolah untuk menyemak draf garis panduan transisi darjah 6 ke tingkatan 1. Oleh sebab saya sudah bersama dgn group murid berisiko cicir dan cicir KPM dari tahun 2018 lagi maka term yg digunakan dan intervensi yg patut digunakan dikenalpasti.
Isu terbesar group kami yg dibentangkan
Mengapa murid darjah 6 tercicir dari persekolahan sewaktu naik ke ting 1. Adakah intervensi itu patut diusahakan oleh guru kaunseling sekolah menengah yg kena mencari murid ini sedangkan mereka tidak wujud data di sekolah menengah. Hanya nama sbg feeder school sahaja. Atau dipulangkan semula nama nama yg tidak mendaftar tersebut ke sekolah rendah memandangkan murid itu sudah lama berada di sekolah rendah. Maka sudah tentu data APDM yg sudah menjadi sejarah tahun sblmnya masih lagi ada pada simpanan sekolah rendah . Jika tidak ada, sekolah rendah sudah mula perlu menyimpan data data murid muridnya dlm bentuk softcopy atau hardcopy. Semua detail boleh diakses dan pencarian ke manakah mengesan murid murid ini cicir melalui rakan atau apa sahaja info yg diperolehi dgn alasan murid itu dikenali oleh guru sekolah rendah. Seperti mana guru kaunseling perlu mengesan tracer study jejak lepasan SPM menyambung pengajian ke mana
Manakala murid cicir transisi dari darjah 6 tidak dapat dikesan oleh guru kaunseling sekolah menengah memandangkan murid langsung tidak pernah mendaftar. 
Once murid mendaftar dan menjadi murid sekolah menengah, maka sudah tentu detail APDM ada dalam simpanan untuk guru sekolah menengah mengesan murid berisiko cicir di tingkatan 1 pula. Oleh itu ke manakah murid ini hilang dalam tempoh transisi, guru kaunseling sekolah rendah yg dapat memberikan respon yg lebih baik krn murid ini mungkin pernah berada dlm list murid berisiko cicir sewaktu darjah 6 dan dijalankan intervensi atau mengesan melalui data data , rakan rakan dan sebagainya utk dilaporkan ke PPD. 

Isu terbesar ini kami bincangkan memandangkan hingga sekarang ada isu tolak menolak antara feeder school menengah dgn sekolah rendah dalam mengesan murid cicir. 
Orait tunggu draf garis panduan yg dimurnikan nanti untuk diletakkan peranan siapa yg perlu dipertanggungjawabkan. 


Thanks Yus
Nice handmade souvenier.

18 August 2020

Melatih Bakal Guru Cemerlang

Melatih Bakal Guru Cemerlang

 

Hari ini saya ke SMK Seri Mulia. Sekolah yang berdekatan dgn sekolah saya. Pengetua cemerlangnya Pn Sapura Amat ialah PK HEM saya dari SMK Cheras juga dahulu. 

Harapannya untuk saya membantu team mereka. Bakal bakal guru cemerlang yg dipilihnya untuk grooming ke laluan guru cemerlang. Mereka diharapkan dapat memohon guru cemerlang dan memperolehi kejayaan dalam permohonan tersebut

Saya share slaid slaid saya yg pernah saya kongsikan dalam entri blog yg lalu. 
Saya bimbing bagaimana persediaan awal, perkara perkara yg boleh menggagalkan permohonan dan saya bimbing bagaimana mengenal pasti kajian tindakan, inovasi dan cara yg boleh dijalankan. 

Saya juga bimbing penulisan yg boleh dijadikan dalam bentuk ilmiah. 
Saya mendapati guru guru belum dapat mengenalpasti kriteria dalam kerja buat sbg guru kokutikulum , guru dalam bidang HEM juga menyumbang kpd merit juga. Bukan sahaja dalam akademik semata mata  

Good luck ye cikgu cikgu

Terima kasih Pn Sapura
KFC for my lunch
Hamper yummy :)








16 August 2020

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran Menyelesaikan Masalah


 Hari Ahad yang mendung , temujanji saya dengan murid murid pembimbing rakan sebaya tahap sulung program SSC Selangor. Saya bimbing tajuk Kemahiran Menyelesaikan Masalah . 

Boleh ikuti link ini untuk pengetahuan Kemahiran Menyelesaikan Masalah dengan 3 kaedah

1) Masalah di mana situasi boleh diubah kita guna teknik IDEAL dan semalam saya bimbing Teknik Membuat Keputusan yang menggunakan konsep IDEAL

2) Masalah di mana situasi tidak boleh diubah . Kita guna daya tindak berpusatkan emosi di mana kita bimbing menggunakan modul Minda Sihat seperti teknik relaksasi, bicara positif, pemikiran rasional, bersukan atau beriadah.

3) Masalah yang terhasil dari kita sendiri akibat pemikiran yang tidak rasional.

Diambil dari modul Minda Sihat dan buku kaunseling teknik pemikiran rasional . Semoga membantu



KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

LATIHAN PEMIKIRAN RASIONAL

1)    Sila tulis 5 ayat pemikiran tidak rasional , dan nyatakan ciri -ciri pemikiran yang tidak rasional dan tulis semula ayat berbentuk pemikiran rasional .

PEMIKIRAN

1)

CIRI PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL

PEMIKIRAN RASIONAL

 

2)

 

 

3)

 

 

4)

 

 

5)

 

 




 

Mendung di hari minggu
Semoga pelangi hadir selepas hujan


15 August 2020

Kemahiran Membuat Keputusan

Kemahiran Membuat Keputusan

Link youtube untuk menonton sesi ceramah saya topik Kemahiran Membuat Keputusan untuk pembimbing rakan sebaya tahap sulong.
Boleh klik di bawah channel cikgu hasnan di link https://youtu.be/WHkDG-lVn0Q


Hari Sabtu yg cerah. Temujanji saya dgn murid PRS Sulong seramai 24 orang..Projek idea dari Cikgu Hasnan manakala saya berperanan sebagai penceramah untuk modul Kemahiran Membuat Keputusan ini.  Modul yang diambil dari modul pembimbing rakan sebaya dan modul Minda Sihat

BORANG MENGENALPASTI MASALAH

Nama    : ___________________________  Tingkatan: ______________ Tarikh : ________

Masalah/ Isu : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

 

Lampiran 3

 

BORANG MEMBUAT PILIHAN

Catatan

PERKARA

 

A)Tanya Diri Sendiri:  Apakah yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan  

                                       perkara ini?

B) Senaraikan beberapa pilihan lain sebelum kamu membuat pilihan yang  tepat

1)

2)

3)

4)

 

C) Buat kajian setiap pilihan dan kesannya kepada diri sendiri, keluarga dan guru

Senarai pilihan (tulis no. Sahaja)

Catatkan ‘BAIK’ atau ‘TIDAK BAIK’ sahaja pada ruang yang disediakan

Diri sendiri

Keluarga

Rakan

Guru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

D) Berdasarkan kajian kesan yang telah dibuat, pilih jawapan yang paling sesuai untuk

     kamu laksanakan

    

     Saya memilih senarai nombor .............. untuk tindakan saya

 

E) Menilai semula keputusan dengan merujuk kepada ibu bapa, guru, rakan-rakan  

    atau sesiapa sahaja sekiranya keputusan yang akan diambil masih lagi diragui

 

  

Lampiran 4

BAHAN EDARAN

(Nota: Langkah-langkah membuat keputusan)

LANGKAH

PENERANGAN

CONTOH

1.    Mengenalpasti perkara yang perlu dibuat keputusan

Soal diri sendiri apakah bentuk keputusan yang harus dibuat

“Patutkah saya meminjamkan buku kepada rakan saya sedangkan saya memerlukannya untuk mengulangkaji pada malam ini”

2.    Mengenalpasti pilihan –pilihan yang ada

Dapatkan seberapa banyak maklumat yang ada kaitan dengan persoalan.  Selepas itu, senaraikan beberapa keputusan yang mungkin diambil

1.    Berikan sahaja buku itu kepada rakan

2.    Tidak berikan buku itu dengan alasan, saya sendiri mahu menggunakannya.

3.    Cadangkan rakan supaya sama-sama menggunakan buku itu sebelum sesi sekolah bermula./ atau datang lebih awal

4.    Minta rakan datang ke rumah

5.    Berikan buku itu, tetapi dengan syarat malam ini mesti dipulangkan.

6.    Minta dia pinjam pada rakan yang lain

3.    Mengkaji baik buruk setiap pilihan

Fikirkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang telah disenaraikan serta kesannya kepada:

ü  diri sendiri

ü  keluarga

ü  orang lain

ü  persekitaran

ü  dan lain-lain

”Kalau saya ambil pilihan 4, rakan saya menghadapi masalah kerana rumahnya jauh.”

 

”Kalau saya ambil pilihan 2,  mungkin rakan akan tuduh saya kedekut”

 

 Don't let yesterday takes up too much of today 


14 August 2020

Kertas Kerja Meningkatkan Motivasi Dan Kematangan Kerjaya Murid Tingkatan 5

Kertas Kerja Meningkatkan Motivasi Dan Kematangan Kerjaya Murid Tingkatan 5

 


KERTAS KERJA

MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEMATANGAN KERJAYA

MURID TINGKATAN LIMA

SMK CHERAS

 

 

1.0          PENGENALAN

 

Murid –murid calon SPM adalah kumpulan murid yang akan menghadapi peperiksaan pada awal tahun hadapan. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, selama tiga bulan tidak ke sekolah sudah tentu ada emosi yang terjejas. Bukan itu sahaja, subjek akademik juga tidak dapat berjalan lancar.Oleh itu program motivasi digiatkan kepada murid-murid kelas sasaran ini untuk meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Program pembugaran emosi kerap dijalankan hampir setiap hari persekolahan. Saringan minda sihat juga dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan minda semua murid tingkatan lima. Oleh itu program yang dijalankan ini memberikan input berdasarkan senarai semak keperluan murid terhadap akademik untuk pihak sekolah merangka intervensi yang sesuai dan bimbingan mengenai teknik relaksasi sewaktu belajar. Bimbingan mengenai kematangan kerjaya juga disampaikan mengikut keperluan kelas berdasarkan analisa kematangan kerjaya yang telah dijalankan.

         

2.0          MATLAMAT

Meningkatkan motivasi belajar murid  untuk peperiksaan  SPM dengan kematangan kerjaya yang jelas dan meningkatkan minda yang sejahtera

.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh  : 13 Ogos 2020 di Dewan SMK Cheras

 

4.0        SASARAN

200 murid Ting 5 di SMK Cheras

        

5.0      OBJEKTIF

1)         Mengenal pasti keperluan murid dalam akademik melalui senarai semak keperluan murid dalam bidang akademik

2)         Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat meningkatkan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas SPM

 

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output

Murid mengetahui mengenai kelemahan mereka dalam akademik dan pengetahuan kematangan kerjaya

Outcome

Murid dapat meningkatkan motivasi dalam akademik untuk mencapai hala tuju kerjaya selepas SPM

 

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN

          Sumber Kewangan

          TS25                                 :                                                             = RM 400

         

          Perbelanjaan

          Makanan                 RM 2 x 200 orang                                             = RM 400

         

 

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi               : Encik Jamil Bin Jamaludin

                                            Pengetua

          Naib Pengerusi       :Cik Lee Swee Ching

                                          Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Penyelaras SPM     : Puan Farah Hanum Binti Ramli

 

SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Dokumentasi

Puan Nurhaiza Binti Che Mat

Menyediakan dokumentasi program

AJK Penilaian

 

Puan Rozinani Binti Awang

 

 

 

Menyediakan borang penilaian program dan membuat analisa penilaian

 

 

 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                                             

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

                     13 Ogos 2020: Khamis:

 

7.30 – 9.00 pagi                          : 5 Alpha/ 5 Beta / 5 Gamma

 

                        9.00 – 10.30 pagi                        : 5 Al Biruni/ 5 Ar Razi

 

10.30 – 12.00 tengah hari          : 5 Al Farabi/ 5 AlKhawarizmi/

 

12.00 – 1.30 tengah hari              : 5 Ibnu Sina/ 5 Ibnu Rusyd

 

 

Tentatif Program:

 

10 minit           : pengurusan masuk ke dewan

 

5 minit             : Ucapan aluan pengerusi majlis

 

10 minit           : Senarai semak keperluan murid dalam akademik

 

15 minit           : Slot bicara pengetua

 

15 minit         : Analisa skor kematangan kerjaya murid berdasarkan profil  

  murid dan kelas

 

30 minit         : Intervensi kematangan kerjaya melalui pengetahuan

                       domain sikap dan domain kecekapan yang perlu dipenuhi

 

5 minit           : pengurusan murid keluar dewan

 

 



10.0    PENGURUSAN RISIKO

           

Risiko

 

Punca

Penyelesaian

Tanggungjawab

Kelewatan

 

Disiplin murid

Memanjangkan slot sebagai masa untuk pergerakan murid

Puan Nurhaiza

 

 

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

            Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

 

12.0     PENUTUP

 

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik

 

Disediakan oleh,      

 

 

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                            

 

Ulasan

________________________________________________________________  

________________________________________________________________         

 

Diluluskan oleh,

 

 

 

          (Jamil Bin Jamaludin)



             Thank you for the wish

All the wish become doa

When you wish good things for others

Good things come back to you

This is the law of nature


 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

           


 

Telegram Channel