Total Pageviews

10 March 2015

Dibuang sekolah: Peluang Kedua?




                                                       

Pagi ini mengatur janji dengan seorang ibu untuk membantu menguruskan dua orang anaknya yang telah dibuang sekolah kerana masalah keluarga pada tahun lepas hingga menyebabkan anak-anaknya tidak dapat hadir ke sekolah. Dari amaran 1, 2 dan 3 dan seterusnya dibuang sekolah. Saya pernah melawat rumah keluarga ini pada akhir tahun lepas untuk mendekati kesusahan keluarga ini agar pihak sekolah dapat melakukan sesuatu bagi meringankan beban keluarga ini. Walaubagaimanapun tekanan demi tekanan hidup dan pengaruh sekeliling menyebabkan di usia yang muda, pelajar kalah dengan tekanan. Oleh kerana ketua keluarga ini tidak dapat menjalankan tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga kerana masalah kesihatan fizikal maka saya cuba membantu si ibu agar kuat dan tabah mengharung beban. Pada pagi ini saya menjemput keluarga ini di rumah dan membawa mereka sekeluarga tanpa bapa mereka ke PPW untuk menguruskan permohonan bersekolah semula dengan berjumpa sendiri dengan pegawai PPW di situ. 

Perlu diingatkan kepada mana-mana kes pelajar yang dibuang sekolah sama ada kes disiplin sekalipun, peluang bersekolah semula sentiasa terbuka.



PROSES RAYUAN KE SEKOLAH KERAJAAN BAGI MURID YANG TELAH BERHENTI / DIBERHENTIKAN DARI SEKOLAH
(RAYUAN BERSEKOLAH SEMULA)
LANGKAH
PROSES
TINDAKAN
1
Diberhentikan/Dibuang Sekolah
Pengetua/Guru Besar

2
Surat Buang Sekolah Dikeluarkan
Pengetua/Guru Besar
(salinan ke PPK/Penyelia Disiplin / B&K JPN beserta laporan Guru Bimbingan / Guru Disiplin)

3
Melengkapkan Borang:-

3.1   U/D 03-061/1     (2 salinan)
3.2   U/D 03-061/1A  (2 salinan)
3.3   U/D 03-061/1B   (2 salinan)


3.1   Ibu bapa/Penjaga
3.2   Pelajar
3.3   Pengetua/Guru Besar

4
Temujanji (melalui telefon)
·        Sekolah-sekolah di Zon Bangsar dan Pudu, sila hubungi PPK di Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu

Pelajar/ Ibubapa /PPK dan Penyelia B&K JPN

5
Sesi Kaunseling
(Hari Selasa & Khamis sahaja)
·        Pelajar dikehendaki hadir dengan berpakaian seragam sekolah Rambut mesti kemas dan bersih
·        Penampilan dan kekemasan diri mesti dititikberatkan
     (Rujuk Buku Peraturan Disiplin)
·        Ibu bapa/penjaga mesti hadir bersama

Pelajar/ Ibubapa dan PPK/Penyelia B&K JPN
6
Surat kelulusan penempatan dikeluarkan
(10 hari bekerja)

Pengarah/KSPPK
7
Melapor Diri Di sekolah
Pelajar/ Ibu bapa/ Pengetua/Guru Besar

8
Pemantauan (6 bulan perhatian)
·        Laporan dihantar ke Unit Hem, JPN/PPW Bangsar/Pudu setiap bulan
·        Pemantauan ke sekolah akan dibuat dari semasa ke semasa
Guru Kaunseling/Pengetua/
Guru Besar


PPK/Penyelia B&K JPN










































1) Ibu bapa penjaga perlu mendapatkan borang permohonan bersekolah semula berwarna merah jika diambil dari PPW atau sekolah atau klik di sini : borang permohanan rayuan bersekolah semula

Pelajar boleh bersekolah semula jika syarat syarat di atas dipatuhi. Walaubagaimanapun ia bukan jaminan pelajar akan ditempatkan semula di sekolah asal kerana ia bergantung kepada jenis kesalahan dan laporan kaunseling sekolah dan ulasan pengetua.


Senario di sekolah ini, jika pelajar dibuang kerana masalah keluarga biasanya dibuang sekali sahaja dan mempunyai kehadiran yang baik selepas itu berbeza dengan pelajar yang dibuang kerana masalah disiplin dan pengaruh sosial. Walaubagaimanapun bagi pelajar dibuang sekolah kerana kes ponteng sekolah biasanya akan ditempatkan semula di sekolah asal. Pelajar yang dibuang kerana masalah sosial akan cenderung mengulang perbuatan mereka dan memerlukan perhatian dan tindakan segera jika mengulang walau sekali perbuatan mereka yang melanggar peraturan sekolah. Bagi pelajar kes dibuang sekolah lain kerana masalah disiplin seperti bergaduh, pelajar ini akan cenderung mengulang perbuatan tersebut di sekolah baru kerana mudah marah. 

Oleh kerana itu, pelajar kes rayuan semula yang masuk ke sekolah ini dari apa sahaja latar belakang kes buang sekolah akan masuk mendaftar ke sekolah dengan berjumpa dahulu dengan PK Hal Ehwal Murid. Pelajar akan dirujuk ke guru kaunseling kerana pemantauan selama 6 bulan beserta laporan perlu dihantar setiap bulan ke PPW mengenai sahsiah pelajar, disiplin pelajar, aktiviti kokurikulum pelajar. Borang tersebut boleh klik di sini  borang laporan kes penempatan semula

Sekurang -kurangnya pelajar sedar gerak geri mereka akan dipantau oleh ramai guru yang memberikan laporan mengenai diri mereka. Dengan ini kesedaran akan timbul untuk menghadkan aktiviti yang boleh menyebabkan penilaian tidak memuaskan terhadap laporan bulanan pemantauan tersebut. Ini kerana laporan akan dihantar ke PPW, dan yang paling digeruni mereka salinan kepada ibu bapa. Dalam masa yang sama guru kaunseling akan mendekati pelajar dan menjalankan sesi kaunseling sekali sebulan untuk pemantauan berterusan. Pelajar akan membuat satu akujanji dengan pihak sekolah agar tidak mengulang lagi perbuatan mereka yang menyebabkan mereka dibuang sekolah. 


Liga Remaja Kreatif
Datang lagi


378 comments:

1 – 200 of 378   Newer›   Newest»
Unknown said...

Murid yang dibuang sekolah masih boleh masuk university or college ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Boleh kerana kelayakan SPM.

hamba Allah said...

Bagaimana sekiranya ada pelajar yang berhenti(dibuang kerana tidak hadir banyak hari) sekolah disebabkan dibuli secara mental seperti ejek mengejek selepas itu menjadi trauma untuk ke sekolah? Kemudian, ingin bersekolah kembali tetapi sudah bertahun tidak ke sekolah walaupun umurnya masih dibawah 17 tahun. Jadi, apa yang perlu bekas pelajar serta ibubapanya lakukan supaya dapat kembali belajar di sekolah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam,
Mengenai permasalahan diatas, nampaknya murid ini tidak ke sekolah sejak bertahun. bagaimana tingkah lakunya di rumah? jika tingkah lakunya di rumah banyak menyendiri dan berkurung dalam bilik, anda boleh merujuknya ke doktor psikiatrik terlebih dahulu. Selepas mendengar nasihat dari doktor, barulah anda dapat mengambil keputusan sama ada murid ini sudah bersedia untuk berada dalam dunia sosial.

Jika anak ini, menunjukkan tingkah laku yang normal di rumah dan bermain dengan jiran, maka anda boleh memujuknya untuk ke sekolah tetapi sekolah yang bukan sekolah lamanya. pada hari pertama, anda boleh berjumpa dengan guru kaunseling untuk merujuk kes anak anda. Di sekolah saya sendiri , apa yang saya lakukan ialah murid itu akan berada di bawah pemantauan kaunselor di dalam bilik kaunseling selama seminggu hingga dua minggu. Anak ini tidak akan terus masuk ke kelas biasa. Sesi intervensi dengan kaunselor akan dijalankan secara intensif dan perlahan -lahan memperkenalkannya dengan suasana sekolah dan proses sosialisasi di sekolah.

Di Malaysia, murid akan berada di dalam tingkatan mengikut umur. Ini bermakna jika dia berumur 16 tahun dan keciciran 3 tahun sekali pun dia tetap akan ke ting 4. Sewaktu proses intervensi dengan murid ini, guru kaunseling akan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid ini untuk ditentukan kelas mereka. Kebiasaannya murid yang lemah akademik atau keciciran akan berada pada kelas yang lemah. namun demikian murid yang mempunyai 'special case' seperti anak tersebut akan ditempatkan di kelas yang baik untuk meminimakan risiko. Ini kerana kelas lemah biasanya muridnya lebih kinestetik iaitu banyak pergerakan dari segi fizikal dan lisannya dan murid special case amat sensitif dengan gerakbalas tersebut.Walaupun berada di kelas menengah atas ting 4, murid ini akan mengambil mata pelajaran wajib sahaja untuk mengurangkan beban akademiknya walaupun berada di kelas yang agak baik. Jika berada di kelas ting 1-3, semua subjek wajib diambil.
Kerjasama dengan ibu bapa penjaga sangat penting. Sebaik sahaja loceng tamat sekolah berbunyi, ibu bapa wajib untuk mengambilnya pada waktu yang tepat kerana sebulan pertama di sekolah, anak ini masih sukar mempercayai sesiapa pun dan sentiasa berada di dalam keadaan tidak selamat.

Namun saya harus ingatkan sekali lagi, proses sosialisasi dalam kelas adalah penentu sama ada murid ini masih bermotivasi untuk ke sekolah atau sebaliknya. Dalam kes -kes yang saya kendalikan, ada murid yang berjaya meneruskan sekolah hingga ting 5 dan ada juga yang tidak dapat meneruskan persekolahan.
Semoga jawapan saya dapat memberikan gambaran apakah tindakan yang patut anda lakukan selepas ini.

hamba Allah said...

Terimakasih kerana membalas pertanyaan saya. Cuma berkenaan dengan subjek, aliran apa yang boleh diambil jika di tingkatan 5? adakah terbatas untuk memilih atau masih boleh mengambil mana mana aliran tetapi bergantung pada prestasinya di sekolah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Memandangkan murid ini sudah tidak bersekolah bertahun -tahun maka terbatas untuk memilih aliran. Jika dia akan masuk ke tingkatan lima, biasanya murid ini akan diberikan kelas yang mempunyai pakej mata pelajaran elektif yang paling sedikit di sekolah tersebut. Biasanya subjek teras Math/BM/BI/Sains/Sej/Agama/ plus eletif biasanya Seni dan Perdagangan atau salah satu. Ini untuk mengurangkan beban akademiknya.

Anonymous said...

Salam,saya nak tanya pasal ank saya,
Anak saya kena buang sekolah masa tingkatan 3 2014,Upsr ada PMR tak ambil
Sekarang ni ank sy umur 17 2016
Form 4 2015 tak sekolah
Boleh masuk sekolah semula tak?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam.

Anak puan boleh membuat rayuan semula semula di Pejabat Pendidikan Daerah terlebih dahulu dengan mengambil borang rayuan semula. Puan perlu pastikan semua dokumen dilengkapkan dan barulah puan datang membawa anak puan untuk sesi kaunseling di PPD pada masa yang ditetapkan dan memakai baju uniform sekolah serta penampilan murid sewaktu sesi kaunseling adalah seperti penampilan murid yang bersekolah dengan pakaian uniform yang kemas dan rambut/tudung dan kasut. Memandangkan anak puan akan berada di ting 5 pada tahun 2016, saya cadangkan agar esok juga puan bertindak mengambil borang rayuan bersekolah semula terlebih dahulu. kebiasaannya murid -murid ini tidak dihalang untuk bersekolah semula walaupun sudah 2-3 tahun tidak bersekolah dengan syarat mempunyai dokumen lengkap yang diperlukan untuk diproses

Anonymous said...

Salam, anak saya berumur 17tahun pada tahun ini.tetapi semasa d tingkatan 4 dia bhenti dan tidak mgambil ujian oral d sekolah. pada thun ini, dia ingin kembali bskolah kerana ingin mgambil spm. adakah dia layak utk bskolah kmbali wlaupun tidak mmpunyai ujian oral tsebut?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam,

alhamdulillah anak anda sudah tergerak hati untuk bersekolah semula dan anda berikah ransangan dan motivasi yang memudahkan urusannya untuk kemabli semula ke sekolah dan lebih semoga anak anda lebih berdisiplin berdasarkan pengalaman pahitnya. Anak anda layak bersekolah semula di tingkatan 5 dan mendaftar SPM pada tahun ini di sekolah tersebut. Segerakan urusan pendaftarannya kerana minggu pertama pembelajaran sudah bermula dan banyak yang perlu dikejarnya. Tapi satu perkara yang harus saya ingatkan di sini ialah jika di ting 4 , murid ini mengambil aliran mata pelajaran elektif yang mempunyai kerja projek dari ting 4..biasanya sekolah akan mencadangkan agar murid ini menukar aliran mata pelajaran elektif di ting 5 dengan mengambil subjek teras dengan mata pelajaran elektif yang paling minimum dan rendah tahap kesukarannya yang ditawarkan di sekolah tersebut.

Anonymous said...

adakah dia akan ditempatkan di sekolah asalnya ?

Anonymous said...

Assalamualaikum puan.Adik sy belajar di Kolej Vokasional selepas PMR. Seperti yang sedia maklum bahawa kolej vokasianal tiada SPM dan jika berjaya akan terus mengambil diploma. ( betulkan jika sy silap ye puan.. )

Sya nak bertanya jika pelajar dibuang sekolah atau tidak mahu lagi menyambung di kolej vokasional tersebut atas sebab tidak minat dan tidak boleh bawa aliran tersebut adakah boleh berhenti dan menyambung semula ke sekolah menengah biasa??

Apakah caranya puan? terima kasih..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika kes ponteng sekolah, murid akan ditempatkan di sekolah asal manakala bagi kes masalah disiplin lain yang berkaitan dengan pergaduhan dll, akan ditempatkan di sekolah lain. Namun demikian sewaktu memohon rayuan bersekolah semula, puan boleh memohon ke sekolah lain untuk dipertimbangkan oleh pihak PPD. Sewaktu proses kaunseling dengan kaunselor di PPD anda boleh berbincang rasional mengapa anda mahu anak anda ditempatkan di sekolah lain selain dari sekolah lama.

Unknown said...

assalamualaikum saya aliff..saya dah dibuang sekolah pada tahun lepas pada umur saya 16 dan skrng 2016 saya sudah bwrumur 17 tahun boleh ke saya nak masuk ke skolah balik sbb saya x dtg bnyk hari pada tahun lepas sbb ada masalah keluarga

Anonymous said...

Salam,saya nak tanya pasal anak saya,anak saya kena buang sekolah masa form 3 2014 sekolah di SMK Setapak Indah,
2015 saya sekeluarga pindah ke puchong Selangor,saya pergi ke PPD Selangor untuk buat rayuan sekolah semula form 5 2016 tapi PPD Selangor kata saya tak boleh buat rayuan dekat selangor kena buat dekat kl,jadi saya tanya,Saya kena pergi PPD kl ke atau SMK Setapak Indah untuk buat rayuan sekolah semula?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sudah tentu boleh aliff. Anda dikehendaki ke ppd dimana sekolah anda berada. Ibu bapa dikehendaki hadir untuk urusan mengambil borang rayuan. Setelah itu anda perlu ke sekolah lama anda untuk mendapatkan pengesahan pengetua sekolah terakhir anda dan melengkapkn dokumen yg diperlukan. Setelah itu barulah borang yg telah lengkap dihantar ke ppw.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam puan..
Smk setapak indah dibawah ppd keramat. Puan perlu mendapatkan borang rayuan bersekolah semula dari ppd keramat. Disitu terdapat perkhidmatan kaunseling yg boleh membimbing puan mengisi borang permohonan dan seterusnya proses pertukaran ke selangor

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika ingin menarik diri perlu memohon terlebih dulu dari kolej vokasional. Jika mendapat pelepasan dari bhgn vokasional barulah boleh memohon ke sek men harian biasa dan proses pertukaran boleh dijlnkan
Jika sudah dibuang dari kolej vokasional adik anda masih boleh meneruskan pengajian di sek men harian biasa jika umur 16 hingga 18 thn.

Anonymous said...

Memang kedua ibubapa kena pergi ppd tu ke, boleh salah seorang je pun tak apa? Macam mana nak yakinkan ayah saya yang saya ingin bersekolah semula? Ayah taknak tolong sebab katanya rumit untuk uruskan hal ini walaupun ibu saya dah bincang dengannya. Sekarang saya tengah buntu sebab saya nak ambil SPM tahun ini tapi sampai sekarang saya belum pergi ppd..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salah seorang penjaga sahaja sudah memadai. Ibu kamu boleh ke PPD untuk mengambil borang tersebut. Saksi bagi menandatangani borang tersebut boleh terdiri dari imam masjid atau ketua kampung atau sesiapa shj yg layak berdasarkan list pegawai yg boleh menjadi saksi. Borang itu kemydian diserahkan kpd sek terakhir anda untuk diberi ulasan dan sokongan pengetua bersama dokumen yg lengkap. Cikgu tidak menafikan mmg golongan bapa adalah golongan yg kurang sabar dalam melayan turun naik urusan pendokumentasian ini dan agak malu untuk mengulang ngulang ayat yang sama ttg kes anak yg dibuang sekolah berbanding golongan ibu. Oleh kerana itulah majoriti murid kes rayuan semula murid ditemani oleh ibu dari mula kes hinggalah ke sesi pendaftaran semula masuk ke sekolah. Ini bukan bermakna bapa kamu tidak setuju atau tidak sayangkan kamu, namun dalam aspek menguruskan semua dokumen ini hampir semua golongan bapa yg menemani anak mereka akan bersungut mengenai berapa byk masa yg mereka perlu korbankan kerana menguruskan masalah yg dicipta oleh anak sendiri.Semoga menjadi pengajaran yg berguna untuk kamu. Segeralah ke ppd untuk mengambil borang tersebut kerana proses melengkapkan borang ini mengambil masa juga hingga seminggu sebelum dihantar semula ke PPD.

Anonymous said...

PPD kl dekat mana ya?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

PPD di KL ada 3 dikenali sebagai PPW Bangsar Pudu, PPW Keramat dan PPW Sentul. Anda perlu tau sekolah terakhir anda terletak dalam PPW mana untuk dirujuk dan mengambil borang.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya ada beberapa pertanyaan. Adik saya ada yang masih bersekolah di tingkatan 4 sekolah harian.biasa, tingkatan 5 di sekolah menengah teknik. Soalnya, semenjak dari hari pertama persekolahan (4/1/2016) sehingga pertanyaan ini diajukan, adik adik saya masih belum mendaftarkan diri untuk tingkatan yang baru. Waktu terdekat untuk saya mendaftar mereka adalah pada Jumaat (15/1/2016) kerana menunggu kepulangan ibu dari luar negara kerana bekerja. Kami mengalami beberapa masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan sama sekali sementelah ibu telah diberhentikan kerja dan tersangkut dengan pihak imigresen negara berkenaan. Adakah adik adik saya akan dibuang sekolah? Bagaimana jika saya menulis surat atau membawa ibu (setelah kepulangannya yang dijadualkan pada Khamis, 14/1/2016) ke sekolah bagi menyelesaikan permasalahan dan berbincang dengan guru kelas, PK HEM ataupun pengetua? Masihkah ada ruang perbincangan dan diplomasi dengan pihak sekolah? Itu sahaja pertanyaan saya.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam,
Jika adik anda masih berada di sekolah yang lama, tidak perlu mendaftar dengan ditemani ibu bapa penjaga. Dia boleh masuk terus ke sekolah seperti biasa. Namun jika dia langsung tidak menghadirkan diri, namanya dalam sistem daftar murid di sekolah tersebut masih wujud. Jika tidak hadir 3 hari berturut akan dikenakan surat amaran 1, dan surat amaran kedua akan diserahkan selepas tidak hadir 7 hari selepas surat amaran pertama. Murid ini belum dibuang dari sekolah tersebut lagi. Sebagai abang, memadai jika awak hadir ke sekolah tersebut dan menyerahkan surat memberi sebab adik tidak hadir ke sekolah untuk makluman guru tingkatannya kerana nama mereka masih berada dalam sistem daftar murid dan ditempatkan di kelas tertentu. Jika kamu masih menunggu ibu pada khamis 14 jan ini bermakna sudah 8 hari berturut mereka tidak hadir dan mereka belum lagi layak untuk dibuang sekolah. Mereka boleh meneruskan persekolahan seperti biasa.

fasha said...

saya dari kolej giatmara bagaimana cara jika saya ingin masuk ke sekolah semula

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam fasha.
Kamu boleh memohon sekolah semula dengan mengisi borang permohonan ke sekolah di pejabat pendidikan daerah. Kamu hanya perlu melengkapkan borang tersebut dgn dokumen yg diperlukan

Unknown said...

Asalamualaikum . Saya pelajar tingakatan 5 pada tahun 2016 ni . Saya dibuang sekolah pada 15/2/2016 hari itu . Atas kesalahan yang berat . Jikaa saya memohon semula bersekolah adakah saya akan diluluskan dan jika tidak diluluskan bagaimana cara untuk saya bersekolah semula kerana saya ingin menduduki spm .

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam afrizal
Anda baru sahaja dibuang sekolah. Bagi kesalahan berat masalah disiplin, permohonan utk bersekolah semula perlu melalui prosedur permohonan bersekolah semula dengan mengisi borang di PPD. Lebih baik anda memilih sekolah lain utk meneruskan persekolahan krn jika anda memilih sekolah lama kebiasaannya permohonan anda tidak disokong oleh pengetua. Ini krn pentadbir sekolah inginkan murid ini dgn harapan berubah tingkah laku yg positif dgn persekitaran baru.

Anonymous said...

Salam saya nk tanya boleh ke saya masuk universiti atau kolej kalau saya dibuang sekolah .

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sudah tentu boleh krn tidak ada laporan disiplin diminta sewaktu kamu memohon kemasukan ke UPU. Yg penting jika dibuang sekolah ketika ting 4, pastikan di ting 5 rekod kehadiran kamu cantik untuk rekod testimonial dan sijil berhenti sekolah. Jika dibuang di ting 5, kamu masih lagi boleh mendaftar sbg calon persendirian dan berpeluang memohon UPU.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya khairunnisa . Saya telah dibuang sekolah sebab banyak kali tak datang sekolah tahun lpas sekarang saya masuk form 5 , selepas saya selesai isi borang kena datang sekolah untuk minta pengesahan kemasukkan sekolah ke?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam khairunisa
Selepas anda mengisi borang tersebut, anda akan menjalani sesi kaunseling bersama ibu atau bapa di PPD terlebih dahulu. Kemudian anda akan dihubungi untuk mengambil surat kelulusan bersekolah semula. Anda perlu membawa surat pengesahan bersekolah semula ke sekolah yg telah diluluskan untuk anda dengan memakai baju seragam sekolah yg lengkap dgn penampilan murid bersekolah semula. Jika tiada masalah dari aspek dokumentasi borang, anda boleh bersekolah pada hari pendaftaran bersekolah semula tersebut.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam tuan,

Saya tidak pasti apakah kesalahan yang anak tuan lakukan hingga dibuang sekolah tanpa amaran terlebih dahulu. Ini kerana jika kes ponteng sekolah melalui prosedur surat amaran 1, 2, 3 dan dibuang sekolah. Walaupun anak tuan tidak pernah mempunyai kesalahan disiplin sekalipun sebelum ini seperti yang tuan maklumkan, tetapi dibuang sekolah kerana dianiayai oleh rakan lain yang suka memulakan pergaduhan, saya berpendapat mungkin anak uan telah menggunakan sesuatu yang menyebabkan tindakan disiplin ke atasnya adalah terus dibuang sekolah. Tuan boleh merujuk kepada peraturan sekolah mengenai kesalahan berat dan berbincang dengan pihak sekolah.

Walaubagaimanapun sepanjang pengalaman saya sebagai guru kaunseling, murid yang diarahkan untuk dibuang sekolah kerana masalah disiplin lebih baik bertukar ke sekolah lain kerana jika permohonan bersekolah semula ke sekolah asal menyebabkan unfinished business dan perasaan marah masih meluap -luap dan sindiran dari kawan -kawan akan menyebabkan murid ini down dan menjadi agresif apatah lagi jika lawannya masih bersekolah di situ. Seperti mana yang tuan percaya anak tuan tidak bersalah, tetapi sekolah juga mempunyai prosedur tertentu sebelum mengenakan hukuman apatah lagi membuang sekolah atas kes disiplin akan melalui satu mesyuarat khas badan disiplin yang berceza dengan kes dibuang kerana ponteng sekolah. Sebagai bapa, saya percaya anda dapat memberikan sokongan yang terbaik untuk anak anda menghadapi saat kesukaran ini. Berbincanglah hati ke hati dengan anak anda untuk meneruskan persekolahan di mana yang sesuai.

Unknown said...

Hi saya nak tanya boleh tak saya memohon sekolah balik. Sy da ketinggalan jauh sangat disebabkan masalah keluarga. Saya dipindahkan sekolah kerana keluarga berpindah ke Bandar dan ditukarkan sekolah tetapi, keluarga saya tak dapat meneruskan disebabkan kewangan x mencukupi untuk menanggung kami 5 beradik. Saya pun tak mendaftar ke sekolah sepatutnya dan terus berkerja. Adakah saya masih boleh memohon untuk sambung sekolah kembali? Sekarang umur saya masuk 23 tahun bulan ne 14hb..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bagi pertanyaan di atas, sekolah kerajaan mengambil murid yg dibuang sekolah bagi yg berumur masih dibangku sekolah iaitu maksimum 18 tahun untuk calon SPM. Bagi anda yg sudah berumur 23 tahun, anda boleh mendaftar diri sebagai calon persendirian SPM di Jabatan Pendidikan Negeri. Setelah itu, anda boleh mengikuti kelas tambahan secara part time di pusat tuisyen atau sekolah persendirian.

Unknown said...

assalamualaikum ..sy nak tnye ..tahun lps sy dibuang skolah ..n tahun ni sy hendak skola smula ..tp sy tk dpt surat buang skolah kmgkinan di ambil oleh bdk2 nkal. jadi sy kene ke skola lame ke ? utk ambil surat buang skola tu dan terus ke PPD ? and sy juga ade masalah kluarge ..mereka slalu sibok dgn kerje . baru2 ni sy ade mnyatakan hasrat utk berskolah smula sbb tahun ni sy nk amik spm ..tp dorg buat endah tk endah jer . boleh ke sy mnta bntuan abg saudara sy utk uruskn persekolah sy ? tq mmbalas ..please tlg .

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam. Anda perlu ke sekolah lama semula untuk mendapatkan salinan surat buang sekolah itu. Kemudian anda perlu mengisi borang permohonan tersebut dan melengkapkannya. Sewaktu di PPD akan perlu hadir bersama ibu bapa penjaga untuk urusan bersekolah semula. Jika pegawai PPD berpuas hati dengan kebolehpercayaan abang saudara anda sebagai penjaga yg sah atau wakil keluarga yg sah..permohonan akan diproses.

Anonymous said...

Assalamualaikum...sy ada buat permohonan sek anak sy semula.pada 8/1/16.sudah 3 bulan. Masih tiada jawapan dari pihak ppd..tel mereka seperti tidak berfungsi langsung.sy buntu ank sy nak ambil spm tahun nie..utk maklumat puan ank sy kena buang sek pada tahun lepas.bln Jun..sy buntu.mcm mn sy nak buat.sudah berulang alik ke ppd bnyk kali.tapi jawapan tetap tggu surat..walaupun dah 3 bln berlalu.

Anonymous said...

Assalamualaikum...sy ada buat permohonan sek anak sy semula.pada 8/1/16.sudah 3 bulan. Masih tiada jawapan dari pihak ppd..tel mereka seperti tidak berfungsi langsung.sy buntu ank sy nak ambil spm tahun nie..utk maklumat puan ank sy kena buang sek pada tahun lepas.bln Jun..sy buntu.mcm mn sy nak buat.sudah berulang alik ke ppd bnyk kali.tapi jawapan tetap tggu surat..walaupun dah 3 bln berlalu.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Jika anda ada buat permohonan pada 8 Januari 2016, sepatutnya anda sudah mendapat jawapan. Memang surat akan dihantar ke rumah tuan. Kes yang baisanya tertangguh untuk surat dikeluarkan ialah jika permohonan tidak lengkap, atau sewaktu sesi kaunseling pegawai tidak berpuas hati dengan penampilan murid seperti berambut panjang bagi lelaki atau rambut berwarna dan diminta hadir sekali lagi. Namun dalam kes tuan, saya kurang jelas mengapa hingga tiga bulan tiada jawapan. Tuan boleh email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk memberikan saya butiran lengkap mengenai anak tuan dan dengan PPD mana tuan berurusan. Jika PPD dalam WPKL in sha Allah saya boleh membantu untuk mengenalpasti kelewatan borang pemprosesan.

Anonymous said...

salam cikgu,
ingin bertanya bg pihak rakan sy ni,baru2 ini rakan sy ditangkap bermalam di sebuah hotel oleh salah seorang parent plaja terlibat (2 plaja perempuan, 2 plaja lelaki) gmbr mreka ditangkap dan diviralkn dlm fb.
rakan sy itu tidak bersalah krn dia tidak melakukn perkara yg terlarang cuma dia hanya mengikut-ngikut shj. tetapi mslhnya, semua org menuding kesalahan pd rakan sy itu menyebabkan dia malu untuk turun ke sekolah beberapa hari.
baru-baru ini dia hadir kesekolah tetapi pihak atasan skolah (pengetua, PK1 dan PK HEM serta ibu saudara rakan sy yg turut mengajar di sekolah yg sama) mendesak rakan sy untuk berhenti sekolah. bolehkah pihak sekolah ambil tindakan tersebut? rakan sy mmg msih beermnat nk bersekolah dan dia bukan plaja yg bermasalah disiplin pun. cikgu tolonglh bantu beri cadangan pada sy ni, sybtul bk tolg rakan itu...

terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

dari senario cerita anda yang ringkas agak sukar cikgu membuat satu rumusan dari cerita sebelah pihak sahaja. Ini kerana apabila seorang murid ada terlibat dengan kes polis automatik murid ini dikategorikan bermasalah. Walaupun dia tidak melakukan perkara terlarang seperti yang anda katakan dan saya faham maksud anda itu, tetapi dia berada pada TEMPAT yang SALAh pada MASA yang SALAH untuk murid di bawah umur sepertinya yang tidak mempunyai alasan yang munasabah malahan alasan yang meragukan. Ini menyebabkan apabila dia berani bertindak sedemikian maka harga risiko yang perlu ditanngungnya juga adalah tinggi.

Apabila dia malu untuk ke sekolah, dia akan disabitkan pula dengan kesalahan ponteng sekolah kerana tidak hadir berturut turut untuk beberapa hari dan menambahkan lagi maslaah disiplinnya . Dalam kes kawan anda, saya percaya gesaan untuk berhenti sekolah itu bukanlah berhenti terus dari persekolahan tetapi dinasihatkan untuk berhenti dari sekolah tersebut dan berpindah ke sekolah lain yang boleh memberikan peluang baru kepada murid tersebut. Anda juga ada menyebut yang dia malu kerana semua orang menunding jari padanya dan diviralkan di fb. sudah tentulah persekitaran di sekolah lama sudah tidak sesuai untuk murid ini dan sebab itulah dia mula tidak hadir ke sekolah. Kebiasaanya apabila murid disabitkan dengan kes polis, pihak guru disiplin atau guru kaunseling akan menyiasat latar belakang murid ini dari latar belakang keluarga hinggalah kpd kawan kawan sosial sama ada dia yang mempengaruhi orang lain atau dia mudah dipengaruhi orang lain. Kebiasaanya hasil siasatan akan membawa kepada pelbagai lagi kes ..walaupun anda merasakan dia tidak mempunyai masalah disiplin.
Gesaan berhenti sekolah bukanlah satu hukuman untuk murid tersebut kerana jika hukuman ia berbentuk digantung sekolah dan kemudian boleh dibuang sekolah. Tapi gesaan itu lebih kepada memberi peluang kepada murid itu menersukan persekolahan di tempat lain dengan rekod baru yang lebih baik untuk sijil berhenti sekolahnya selepas tamat ting 5 nanti.
Semoga anda dapat memahami dengan baik bagaimana untuk memujuk kawan anda pula dan membantunya untuk meneruskan persekolahan di tempat baru dgn rekod disiplin yang lebih baik dan persekitaran sosial yang menggalakkan ke arah yang lebih positif.

Anonymous said...

Assaalamualaikum puan selepas di buang sekolah akan tunggu sebulan untuk mohon kembali ke sekolah yer puan. Azizi putrajaya

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Assalamualaikum. Setelah di buang sekolah berapa lama puan kita kena tunggu untuk buat rayuan masuk ke sekolah kembali?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Keesokan harinya setelah mendapat surat buang sekolah, sudah boleh memohon borang masuk semula ke sekolah.

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

Terima kasih cikgu Isnin saya akan mohon ke masukan sekolah di ppd

Anonymous said...

Saya merupakan pelajar tingkatan 5 pada tahun 2016 ini. Masalah saya ialah ,saya tidak mahu ke sekolah disebabkan tertekan untuk ke sekolah sehingga saya tidak ada rasa untuk ke sekolah. Saya juga telah mendapat surat amaran 1 dan 2 . Saya bercadang untuk menyuruh ayah saya ke pejabat sekolah untuk menyelesaikan kes ini dengan berhenti sekolah. Saya telah menanda subjek yang saya ambil untuk spm namun saya tidak tanda tangan lagi permohonan calon spm itu. Soalan saya, kalau saya berhenti sekolah di tingkatan 5 dan lagi beberapa bulan untuk spm, boleh kah saya ambil spm pada tahun hadapan selepas saya berhenti sekolah pada tahun ini? Maksudnya, tahun ini saya tidak ambil spm tapi saya mahu ambil tahun hadapan. Saya juga tidak tanda tangan kenyataan calon spm yang sudah dihantar ke jabatan

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam,
Merujuk kepada kes anda, anda masih baru mendapat surat amaran 2. Anda tidak perlu menunggu tahun hadapan untuk mengambil SPM. Anda hanya perlu mendaftar sebagai calon persendirian jika anda belum mengesahkan mengambil SPM di sekolah anda. Pendaftaran SPM telah ditutup dan pendaftaran SPM selepas tarikh tersebut dianggap pendaftaran lewat. Saranan cikgu, ayah anda perlu mendapatkan pengesahan sama ada anda telah didaftarkan sebagai calon ssekolah atau tidak memandangkan anda tidak menandatangan kenyataan calon SPM. Cikgu faham jika anda 'ada masalah' untuk ke sekolah. Tetapi jika anda ke sekolah, mungkin anda boleh meluahkan masalah anda kepada guru yang betul untuk membantu anda. Jika tidak, memang tiada sesiapa yang tahu masalah anda dan bagaimana bantuan dapat diberikan?

Namun jika anda tidak mahu menjejakkan kaki langsung ke sekolah lagi, ayah anda boleh menulis surat untuk permohonan berhenti sekolah. Anda akan mendapat satu slip kenyataan berhenti sekolah dengan kehendak sendiri bukan dibuang sekolah. Anda boleh mengambil tuisyen persendirian dan menduduki SPM seperti kawan-kawan anda. Jika resukt tidak begitu baik, anda boleh mengulang pada tahun hadapan.
Jika anda masih melengah-lengah masa, dan permohonan pendaftaran SPM ditutup untuk tahun ini, maka anda masih lagi boleh menduduki SPM pada tahun hadapan sebagai calon persendirian.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berapa lamakah tempoh ketidakhadiran ke sekolah yang membolehkan seseorang diberikan surat amaran 1,2 dan 3 ?

Anonymous said...

Saya telah bertanya pada guru kelas saya sama ada saya didaftar atau tidak untuk spm ini, beliau memberitahu saya telah didaftar. Saya ingin bertanya pada cikgu, apa yang harus saya lakukan sebb saya tidak mahu menjejakkan kaki langsung di sekolah itu?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Cikgu faham mmg ada murid yg depress ke sekolah semula sbb punca tertentu. Jadi cikgu sarankan
1) bertukar sekolah lain sekiranya kamu bermasalah dgn sek skrg.
2) ibu bapa menulis surat berhenti sekolah dgn alasan tertentu. Kamu masih lagi boleh hadir peperiksaan SPM tersebut.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bergantung kpd pola ketidakhadiran murid. Jika berterusan surat amaran 1 selepas tidak hadir 3 hari berturut. Surat amaran kedua setelah tidak hadir 7 hari selepas amaran 1 dan tiada maklumbalas ibu bapa. Surat terakhir dihantar selepas 7 hari dr tarikh amaran 2. Buang sekolah selepas 14 hari dari amaran ketiga. Jumlah keseluruhan 31 hari.

murid tidak hadir berkala iaitu sekejap datang sekejap tidak
surat amaran 1 seleoas 10 hari berkala. Surat amaran kedua selepas 10 hari amaran pertama. Surat amaran terakhir selepas 20 hari dr amaran kedua. Buang sekolah selepas 20 hari dari amaran terakhir.

Anonymous said...

Jika nama sudah didaftar untuk spm, wajib untuk saya menjawab semasa spm tahun ini atau saya masih boleh menjawab spm persendirian pada tahun hadapan? Pada cadangan saya , saya memilih untuk belajar agama di sekolah pondok untuk tahun ini. Jdi saya ingin mengambil spm di tahun hadapan. Bolehkah saya mengambil spm persendirian pada tahun hadapan walaupun saya telah didaftar pada tahun ini? Kerjasama daripada pihak puan amat saya hargai . Terima kasih kerana sudi mebalas soalan saya

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika nama sudah didaftarkan maka anda perlu menduduki SPM tersebut. Tetapi jika anda tidak menduduki peperiksaan tersebut, status anda ialah tidak hadir. Anda boleh mengambil SPM pada tahun berikutnya juga.

Anonymous said...

Saya berumur 19tahun pada tahun ini dan saya akan menduduki calon persendirian pada tahun ini. Soalan saya, layakkah saya memohon pekerjaan yang elok jika keputusan spm saya baik? Layakkah saya memohon pekerjaan walaupon tanpa sijil tamat persekolahan serta sijil lain kerana saya tidak bersekolah semenjak saya berumur 14 tahun?

Anonymous said...

assalam . saya ingin bertanya bagimankah cara bertukar dari kolej vokasional ke sekolah harian biasa semula ? . boleh terangkan proses dan caranya dengan teperinci ? terima kasih .

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika anda mengambil SPM sebagai calon persendirian , anda masih lagi layak memohon pekerjaan yang elok jika keputusan SPM anda baik walaupun tanpa sijil tamat persekolahan dan sijil lain kerana tidak bersekolah sejak ting 2. Walaupun pekerjaan itu bukanlah pekerjaan profesional, kerana cikgu percaya sijil SPM itu anda akan gunakan sebagai tiket untuk memohon pekerjaan seperti kerani contohnya. Anda harus bermula dari bidang pekerjaan asas yang boleh menerima anda kerana anda kurang kelayakan. Tetapi jika dengan pengalaman asas yang ada, dan dengan sijil SPM dengan kelulusan yang baik anda akan perolehi membolehkan prospek kerjaya lebih baik selepas ini untuk anda yang bermula dari bawah. Jangan lupa untuk mengambil kursus -kursus jangka pendek yang boleh meningkatkan lagi kemahiran anda dalam sesuatu bidang yang anda ceburi.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Jika anda ingin bertukar dari kolej vokasional ke sekolah menengah harian biasa, anda perlu memohon kepada pengarah kolej vokasional sendiri. Anda perlu menunggu kelulusan sebelum pertukaran dibenarkan. Suka untuk cikgu ingatkan kepada semua murid kolej vokasional yang membaca komen ini, anda sebenarnya ialah murid yang bertuah kerana terpilih dari beribu murid yang memohon saban tahun. peruntukan untuk setiap murid yang berjaya memasuki kolej vokasional adalah tinggi. Oleh kerana kursus di kolej vokasional adalah penilaian berterusan, maka jika anda berhenti separuh jalan, maka kerugian akan berlaku kepada peruntukan bilangan murid dalam kursus tersebut. Ini kerana tidak mudah untuk tiba -tiba mengambil murid lain pula menggantikan tempat murid tersebut seperti sekolah menengah harian biasa terutamanya apabila masuk penggal kedua apabila kompetensi telah mula dinilai.

Cikgu harap agar anda berfikir dan membuat pertimbangan dengan baik dan mengenal pasti masalah sebenar anda sama ada penyesuaian sosial di kolej, masalah hubungan dengan rakan yang menjadi penyebab utama untuk anda ingin keluar atau mendapatkan khidmat nasihat dari kaunselor anda.

Anonymous said...

selepas saya membuat permohonan kepada pengarah dan mendapat kelulusan apakah yang perlu saya lakukan ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kamu memohon pertukaran sekolah melalui PPD sekolah yang kamu inginkan. Kamu boleh merujuk kepada guru kamu atau kerani sekolah mengenai prosedur permohonan dan borang -borang yang perlu diisi

Anonymous said...

kebiasaannya berapakah tempoh masa yg diperlukan untuk selesai segala urusan ini ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika tidak melibatkan masalah disiplin seperti buang sekolah atau gantung sekolah, sebaiksahaja mendapat kelulusan dari pengarah kolej vokasional, anda membawa permohonan anda ke PPD tempat yang anda ingin bersekolah tersebut dengan borang permohonan yang lengkap. dalam masa seminggu sahaja anda akan ditempatkan di sekolah yang baru

Anonymous said...

Jika saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati di kolej,contohnya dalam bidang kulinari. Apakah perlu untuk saya mengambil kursus jangka pendek itu?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari secara sepenuh masa lebih baik setelah anda mendapat keputusan SPM nanti kerana jika mendapat lebih dari 3 kredit anda boleh terus memohon untuk diploma kulinari. Dengan itu, anda tidak perlu mengambil kulinari sebagai kursus jangka pendek.

Anonymous said...

salam, sy amri..sy dibuang skolh wktu form 1 kes ponteng..pstu dh buat ryuan..dn skolh sprti biasa..msa form 2, sy di buang skolh lg..krna kes ponteng jgk, kiranya dh 2 kali dibuang..bolehkahsy brskolh smula? Krna nk mnduduki spm thun dpn..tq

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Ini bermakna anda tidak bersekolah selama dua tahun dan tidak menduduki PT3. Dari kes anda dan dari pengalaman cikgu mengendalikan kes murid yg tidak bersekolah selama beberapa tahun dan kembali semula ke sekolah dalam keadaan yg janggal. Ini bermaksud murid ini sukar menyesuaikan diri dengan setting sekolah semula kerana dibuang akibat ponteng.
2 tahun bebas tanpa kawalan disiplin sekolah menyebabkan murid ini sukar survive 3 bulan pertama pun di sekolah. Dengan subjek yg byk ketinggalan dan kerja projek yg telah dibuat dari ting 4 menyebabkan anda ditempatkan di kelas yg mempunyai subjek elektif yg minimum atau anda sendiri akan mendaftarkn diri untuk subjek teras.
Anda boleh memohon rayuan bersekolah semula untuk mengambil SPM tetapi cikgu sarankan anda jangan mudah give up dengan kerja sekolah dan pelajaran. Jika anda hanya berniat semata mata untuk mengambil SPM seperti kebanyakan calon SPM yg keciciran bertahun tidak bersekolah, tetapi tidak komited hingga dibuang pada bulan kedua persekolahan rayuan semula..maka anda hanya menciota rekod disiplin yg lebih teruk. Lebih baik mendaftar sbg calon persendirian SPM dan mengikuti tuisyen di luar jika tidak dapat komited dgn jadual waktu sekolah dan disiplin sekolah semula. Sila pertimbangkan dan pasang niat yg betul untuk berubah dan menjadi murid yg lebih berdisiplin bukan semata mata ingin mengambil SPM malah ingin mencabar diri menjadi murid yg berguna dgn zerro masalah disiplin dan membuktikan kpd diri sendiri anda akan berubah dgn menamatkan persekolahan.

Anonymous said...

Assalamualaikum puan boleh saya dgn puan berchating di whatsapp ini 6ber sya kerana hendak berbincang perkara mustahak
0174109847
Adikk

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam. Anda boleh menghubungi saya diemail saya khusus untuk sesi konsultasi nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com . Saya akan cuba membantu anda berdasarkan kes anda nanti.

Anonymous said...

Setelah membaca komen komen di atas, saya lihat ramai juga pelajar di Malaysia yang dibuang sekolah atas kesalahan dan kesilapan masing masing. Mungkin juga disebabkan masalah peribadi pelajar itu sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Semoga masih ada hadapan untuk mereka berubah dan mempunyai masa depan yang cerah seperti pelajar normal yang bersekolah.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Oleh kerana itulah peluang masih diberikan kepada murid ini untuk berubah dan kembali ke sekolah, namun jika murid masih lagi tidak menghargai peluang yg ada maka sistem sokongan keluarga dan kawan yg positif sangat diperlukan bagi berkolaberasi dgn guru di sekolah bagi menangani murid terutamanya tegar ponteng dan tegar salah laku disiplin

Unknown said...

Boleh tak kalau seorang murid ni dari form2 die tak sekolah sampai die form4 boleh mohon balik tak

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Dia boleh mohon ke form 4 walau sudah tidak bersekolah selama 2 tahun

ayyu said...

Assalamualaikum...alhamdulillah setelah membaca komen disini dan jawapan dari pihak puan banyak panduan yg boleh sy ikut..sy mempunyai ank yg tak mahu kesekolah walau tiada masalah berat..terima kasih atas maklumat diatas..semoga hidup puan diberkati dan dirahmati..aminn

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Terima kasih mendoakan saya. aamin...

mengenai masalah anak puan yang tidak mahu ke sekolah walau tiada masalah berat, biasanya murid ini mempunyai masalah lain. Antara punca yg menyebbakan murid ini dibuang kerana kerap tidak hadir tanpa sebab ialah:
1) masalah anziety yang mana panik dan risau kerana pernah dimarahi guru. Jadi setiap kali guru ini masuk, murid ini akan mengeletar dan keluh kesah. Murid ini tidak boleh berhadapan dengan guru tersebut walaupun murid ini sedar bahawa guru itu memarahi kerana kesilapannya sendiri dan guru itu juga memarahi secara umum untuk tujuan mengajar dan bukannya personal attack.
2) mempunyai masalah dengan orang tertentu di sekolah sama ada kawan atau guru dan menyebabkan tidak mahu berdepan lagi dengan orang tersebut.

Ini adalah kes biasa bagi murid yang mendapat amaran atau dibuang jika tidak hadir ke sekolah tetapi tidak mempunyai masalah disiplin lain di sekolah mahupun masalah keluarga di rumah.
Semoga anak puan terbuka hati untuk bersekolah semula dengan mengambil pendekatan rakan memujuk rakan yang lebih berkesan kerana ada sistem sokongan positif yang kuat dari rakan di sekolah sendiri.


Murid ini

Anonymous said...

.Salam petang
saya ingin meminta pandangan .anak sy di suruh mencari sekolah lain coz masalah disiplin .sekolah X mengeluarkan any surat pembuangan.tapi mencari sekolah untuk menempatkan ya.amat susah disebabkan terlalu ramai budak..so now he tingkatan 1..then if I nak cari home schooling then dia masih bolehkah mengambil calon persendirian pt3 . ..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Dari maklumat yang diberikan, nampaknya murid ini baru di tingkatan 1 dan mempunyai masalah disiplin yg agak berat. Jika kategori ringan dan sederhana, tiada sek yg mencadangkan untuk murid ini bertukar. Tetapi jika murid ini tidak dibuang, ini bermakna kes disiplin yg dilakukannya belum sampai ke tahap dibuang tetapi sekolah anak tuan meminta agar anak dipindahkan ke sekolah lain sebelum tindakan dibuang sekolah diambil dan seterusnya rekod disiplinnya masih lagi dalam keadaan baik seolah olah pertukaran biasa bukannya dibuamg sekolah.
Tidak sukar untuk mencari sekolah bagi anak tuan kerana murid tingkatan 1 belajar semua subjek berbanding pertukaran murid ting 4 dan 5 yg mempunyai pakej subjek elektif tertentu yg adakalanya tidak ada dalam pakej elektif sekolah lain. Tuan tidak perlu bertanya dgn mana mana sekolah samaada terdapat kekosongan atau tidak. Tuan hanya perlu mengisi borang pertukaran ke mana mana sekolah sebanyak 3 pilihan dan menulis sebab ingin berpindah. Tugas pegawai pelajaran yg akan menempatkan semula anak tuan ke salah satu sekolah dalam list tersebut. Pt3 berbeza dgn pmr. Pt3 ialah peperiksaan berasaskan sekolah yg mana pihak sekolah yg mengatur PBS dan soalan pt3 juga dipilih oleh pihak sekolah mll pakej soalan tersebut. Jika anak anda homeschooling,maka aspek PBS iaitu band pentaksiran sekolah tidak dapat dinilai begitu juga pt3.

Unknown said...

Assalamualaikum . Sye ingin menanyakan soalan , adekah pelajar yg dibuang sekolah kali ke2 boleh membuat rayuan kembali ? Kerana sye prnah dibuang sekolah pada ting.3 tetapi pada thun ini , sye telah brsekolah kembali di ting.5 . Sye tlah dibuang sekolah baru2 ni . Sye nk buat rayuan kembali ttapi sye nak kembali ke sekolah smasa sye brsekolah di ting.3 . Sye prnh buat ryuan untk brsekolah smasa sye ting.3 . Tapi , sekolah trsebut tidak mnerima sye . Jadi , dripda tmpt sye brsekolah pada thun ini , sye nk buat ryuan ttapi bkan ke sekolah skrg tapi ke sekolah yg prtama kali dibuang . Adekah sye diterima ataupun tidak ?

Anonymous said...

assalamualaikum.
pda thun ini , sye brada ditingkatan 5 . Sye prnah dibuang dari sekolah lama semasa sye brada ditingkatan 3 . Jadi , sye nak kembali ke sekolah lama kerana faktor jarak kesekolah berisiko . Ttapi , sye hmpir mndapat surat amaran ke3 kerana ponteng sekolah atas faktor jarak ke sekolah yg berisiko . adakah sye boleh kembali ke sekolah lama sye ? mohon penjelasan yg lebih terperinci

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Pelajar yg dibuang sekolah krn masalah ponteng semata mata biasanya akan ditempatkan di sekolah asalnya semula. Tetapi apabila anda mengatakan anda merayu untuk ke sekolah asal anda, permohonan ditolak mungkin ia melibatkan kes salah laku disiplin lain yg dilakukan oleh anda bukan semata mata ponteng sekolah. Sekarang anda dibuang disek B semasa di ting 5. Anda boleh membuat rayuan ke sekolah pertama dahulu tetapi harus cikgu ingatkan di sini bahawa ting 5 anda mengambil aliran eletif SPM. Jika subjek elektif yg anda ambil sekarang, tidak sama dengan sekolah pertama maka permohonan anda boleh ditolak. Satu lagi pakej kerja kursus elektif anda, jika anda tidak menyiapkan di sek B iaitu sek skrg dan tiba tiba berpindah pula maka sekolah pilihan anda itu akan meminta kerja kursus utk eviden SPM yg baru. Oleh krn itulah murid ting 5 jarang dipindahkan sekolah atau dibuang dan berpindah ke sekolah lain. Mereka tetap memohon rayuan ke sek terakhir ting 5 juga krn pendaftaran SPM juga telah dibuat untuk diambil disekolah tersebut. Skrg dah bulan Jun hanya tinggal dua bulan utk percubaan. Oleh itu jika anda merayu..lebih baik ke sekolah skrg dan berniat untuk merubah dan menghabiskan persekolahan anda agar dapat menikmati sijil berhenti sekolah dan bukannya sijil buang sekolah. Jika anda memang berpatah arang tidak mahu ke sekolah ting 5 skrg..dan dlm masa yg sama pelbagai masalah unyuk memohon di sekolah lama, jgn lupa mengambil SPM yg telah didaftarkan walaupun anda tidak bersekolah lagi dan mengambil tuisyen di luar. Semoga pengajaran mendewasakan anda

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Jika anda tidak pernah dibuang di ting 5 alhamdulillah masih ada masa untuk berubah. Kamu hanya perlu mengisi borang pertukaran sekolah. Berbeza dgn murid yg dibuang..perlu melalui pelbagai prosedur sblm boleh memohon. Namun harus cikgu ingatkan pertukaran anda sepatutnya tiada masalah jika
1) pakej elektif SPM anda sepadan
2) ibu bapa dapat berbincang bahawa pertukaran ini mmg penting kerana risiko seperti yg anda katakan
3) jika kes dibuang anda sewaktu di ting 3 tidak melibatkan mana mana individu yg pernah bermasalah dgn anda jika anda dibuang krn kesalahan berat

Anonymous said...

Dalam cikgu.. sepupu sy darjah 5 telah dibuang sekolah kerana di tuduh melakukan oral seks bersama rakan2 asramanya.. mcmne prosedur yg dperlukan.. bolehkah beliau smbung sekolah semula..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika sepupu anda berada di sek asrama prosedur berbeza untuk sek berasrama penuh atau sek harian yg mempunyai asrama atau kolej vok yg berasrama. Beliau boleh memohon bersekolah semula di sekolah lain dengan memohon di PPD tempat sekolah yg ingin dia sambung persekolahan setelah melengkapkan borang permohonan kemasukan sekolah semula.

Anonymous said...

anak saudara saya sepatutnya darjah 6 tahun ini di sekolah kebangsaan setapak indah tapi telah dibuang sekolah kerana ada masalah keluarga.sye risaukan tentang masa depan dia..soalan saye..masih sempat lagikah untuk dia bersekolah semula darjah 6 di sekolah yang baru aitu di sekolah kebangsaan jengka 3 kerana keluarganya telah berpindah ke sana ataupun tros shja daftarkan anak saudara saya tu sek menengah (ting 1)pada thun hadapan??

Anonymous said...

assalamualaikum.saya nak tanya,saya baru sahaja di buang sekolah kerana tidak datang ke sekolah/ponteng dan sebelum saya dibuang saya tela mendaftar untuk menjawab spm dan jika saya berjaya membuat rayuan adakah saya perlu mendaftar semula untuk menjawab spm?

Unknown said...

saya muhd naim dan saya di buang sekolah pada 27/6/16 kerana tidak datang ke sekolah sehingga amaran ke 3.saya tiada rekod kesalahan disiplin di sekolah dan jika saya buat rayuan adakah saya akan dapat bersekolah di sekolah asal saya atau saya disarankan pindah ke sekolah lain.bagaiamana dengan spm saya?perlukah saya mendaftar semula jika saya ditempatkan di sekolah lain?terima kasih.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Naim
Rayuan semula anda akan ditempatkan di sek asal anda. Jika anda ingin bertukar sekolah, anda tidak perlu mendaftar semula spm anda.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda boleh membuat permohonan sekolah ke tempat baru dan melalui borang pertukaran sekolah antara negeri. Oleh kerana anak saudara anda telah dibuang sekolah, prosedur permohonan melalui ppd sekolah lamanya untuk permohonan bersekolah semula. Jika dia sudah mendaftarkan upsr dia boleh mengambil paper upsr walaupun status dibuang sekolah. Memandangkan anak saudara anda sudah pun berada di kawasan komuniti baru,,anda boleh memohon bersekolah semula di kawasan baru agar perlahan lahan dia dapat menyesuaikan diri dgn suasana dan kawasan sosialisasi sekolah baru agar apabila dia naik ke ting 1,dia cepat menyesuaikan diri.
Memandangkan sekarang bulan july lebih baik anda menyekolahkannya kerana upsr hampir dekat. Jika dia tidak menduduki upsr, dia masih lagi boleh naik ke ting 1 tetapi akan mendapat kelas yg biasanya untuk murid yg lemah penguasaan akademik kerana tidak menduduki upsr. Dan yg paling penting jika hingga 6 bulan dia tidak bersekolah dan bebas dari peraturan, majoriti murid ini biasanya dia akan cepat bosan apabila bersekolah semula.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Mana mana calon spm yg telah mendaftar tetapi telah dibuang sekolah berhak untuk menduduki peperiksaan spm tersebut di sekolah yg spmnya didaftarkan. Kecuali jika anda ingin bertukar pusat peperiksaan jika anda dibuang dan ingin memohon pertukaran ke sekolah lain pula

Unknown said...

salam
cgu sya nk tnya pasal proses perpindahan sekolah teknik ke sekolah teknik atau sekolah harian. adakah ia mengambil masa yg lama. harap cgu bantu sye cgu

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Proses pertukaran tidak mengambil masa yg lama. Yg penting jika anda dapat melengkapkan semua dokumen yg diperlukan dan dihantar ke ppd sekolah yg anda inginkan hanya mengambil masa seminggu dua shj. Kerana ada dinyatakan pada surat pertukaran tarikh yg anda inginkan dan anda boleh memohon tarikh pwrpindahan yg anda inginkan utk dipertimbangkan.ni ialah utk pwrtukaran dari teknik ke sek men harian biasa. Namun anda mungkin perlu mengambil subjek elektif yg baru krn pakej elektif di sekolah teknik berlainan dgn sek men harian biasa.

Unknown said...

CG.. Kalau berenti sekolah pada tahun 2015. Boleh kah kembali Ke sekolah pada 2017?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Boleh.Jika umur anda masih lagi bawah 18 tahun.

Anonymous said...

Salam,
Berapa lama ya untuk pelajar ke sekolah seperti biasa selepas membuat rayuan di PPD?
-Iris

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...


Salam Iris

Biasanya selepas menghantar permohonan, antara dua minggu anda sudah mendapat maklumbalas.

Anonymous said...

Salam cikgu,

Saya berada di tingkatan 5 pada tahun ini dan telah dibuang sekolah sekitar bulan mac . Saya tidak pasti ,saya didaftar untuk calon spm atau tidak tetapi saya sudah mengisi borang calon spm . Saya ingin bertanya, wajibkah saya menjawab soalan spm pada tahun ini? Jika saya mengambil spm persendirian pada tahun lain dan keputusan agak baik, bolehkah saya memasuki kolej atau universiti? Memandangkan saya tidak mempunyai kelayakan lain seperti sijil tamat sekolah serta sijil2 lain, bolehkah saya diterima bekerja di syarikat mahupun berkerja dengan kerajaan?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Jika anda dibuang pada bulan Mac tetapi anda sudah mendaftar SPM, maka anda boleh mengambil SPM di sekolah tersebut pada tarikh SPM dijalankan. Jika anda tidak bersedia untuk mengambilnya, anda tidak perlu menduduki peperiksaan tersebut dan anda dianggap tidak hadir. Jika anda mengambil SPM persendirian pada tahun hadapan dan mendapat result yang baik, anda boleh melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Anda akan menggunakan sijil akademik dan sijil koko di peringkat institusi pengajian tinggi bagi menghantar resume untuk majikan sama ada di sektor awam dan swasta.

ahfang said...

Jika menyertai kem yg bkn anjuran pihak sekolah/ppd/jpn kira ponteng tak?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tak ponteng sekiranya ada surat makluman dari ibu bapa. Tapi dikira tidak hadir ke sekolah. Jika menyertai kem anjuran sek / ppd/ Jpn dikira hadir walaupun tidak pergi ke sekolah dan dianggap wakil sekolah.

Unknown said...

assalamualaikum puan boleh saya pm puan

Anonymous said...

assalamualaikum boleh pm ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Anonymous said...

Salam

Sya pelajar tingkatan 5 tahun ini dan telah dibuang sekolah pada bulan may kerana ponteng sekolah 2 bulan Sebelum ini atas sebab sya memang tidak mahu ke sekolah. sya ada baca diatas bahawa pelajar yang dibuang sekolah masih mampu untuk memasuki sesebuah kolej. Soalan sya, sya tidak mempunyai sebarang sijil koko mahupun sijil berhenti sekolah serta sijil lain, layakkah sya untuk berkerja dalam bidang profesional sedangkan sya bnyak kekurangan untuk berjaya dalam kerjaya. Apakah yabg sya patut lakukan kerana sya ingin berjaya namun angan-angan sya terhenti bila memikirkan kekurangan sya diwaktu persekolahan?

-zila-

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ini bermakna anda baru saja dibuang sekolah tahun ini. Anda akan menduduki SPM pada akhir tahun ini. Yg penting ialah result SPM. Bagi IPTA result SPM bersama markah kokurikulum. Namun demikian bagi kolej swasta result SPM shj yg memadai. Anda buat yg terbsik sewaktu SPM untuk melayakkan ke kursus diploma IPTS yg juga dibiayai pinjaman PTPTN berdasarkan pendspatan ibu bspa, Result diploma atau degree dan markoah koko sewaktu diploma atau degree yg lebih ditekankan merit utk pengambilan pekerja. Jika anda kompetence, maka anda berpeluang dinaikkan pangkat juga walau keciciran sekolah. Kunci kata di sini ialah taraf SPM lebih memainkan peranan

Unknown said...

salam . anak saya sudah 2 tahun tidak besekolah . tahun 2016 ini dia 16 thn . pada tahun hadapan 2017 dia 17thn . boleh kah dia menyambung kembali persekolahan nya pada tahun hadapan .?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Boleh puan. Dia akan berada di ting 5. Cuma pengalaman sy dgn murid yg tidak bersekolah dan masuk semula di kelas peperiksaan...mereka akan alami byk stres krn kelas peperiksaan melibatkan byk silibus yg perlu dikejar..walaupun target untuk murid ini biasanya ialah lulus SPM. Ini menyebabkan murid ini sukar utk survive di ting 5. Murid ini akan mengambil subjek asas shj untuk SPM menyebabkan dia akan bosan dlm kelas sbb subjek lain tidak diikutinya krn mendaftar spm utk subjek asas shj.
Jadi puan boleh bincang hati ke hati dgn anak samaada daftarkan spm sbg calon persendirian dan mengikuti kelas di luar atau pun mengikuti kelas kemahiran spt di giat mara dan kolej kemahiran yg mengambil murid seawal 15 tahun. Memang benar dia tidak mempunyai sijil SPM tetapi dia akan memperolehi sijil kemahiran tahap 1 dan 2. Sijil ini boleh digunakan utk menyambung ke tahap 3 dan 4 setaraf diploma kemahiran walaupun tanpa sijil SPM. Andaikata student batchnya yg gagal SPM akan mengikuti kemahiran tahap sijil..tapi dia sudah kedepan iaitu tahap diploma jika mengikuti program ini dari skrg.
Mmg benar sijil SPM penting tapi jika murid itu sendiri tidak berminat dgn akademik aliran perdana dan ponteng hingga dibuang lagi sekali..maka sia sua peluang diberikan. Jika anak puan sendiri ingin mencuba memohon sekolah semula, sila awasi kehadiran dan emosi serta sosialnya untuk 3 bulan pertama secara intensif.

Anonymous said...

Salam..adik saya berhenti sekolah tingkatan 3 sebelum pt3 smpai sekarang..dia ada keinginan nak masuk sekolah semula dan tidak mahu masuk sekolah yang sama..apakah jalan penyelesaian untuk saya lakukan ? boleh ke tahun depan masukkn dia ke sekolah vokasional

Unknown said...

assalammualaikum kak ..sye hakim.taun ini saye
form 5 ...tp syr dbuang sekolah awal taun..dam x smpat nk mndaftar spm..mcm
mne sye nk buat ni?bole x klo sye
nk ambik spmu?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Dia boleh memohon utk masuk ke ting 4 tahun hadapan di sekolah lain dgn mengisi borang permohonan bersekolah semula yg boleh didapati di PPD. Tuliskan pilihan sekolah yg anda inginkan dan yg berhampiran juga dengan rumah. Cuma apa yg perlu cikgu ingatkn bahawa pilihan elektif ting 4 adalah terhad tanpa pt3 sama ada seni atau kemahiran vokasional. Kolej vokasional kpm sendiri memerlulan kelayakan pt3.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Spm ulangan untuk murid yg ingin mengulang. Bagi kes anda skrg ni dah hampir sept. Anda boleh memohon spm calon persendirian utk tahun hadapan.

Unknown said...

akak ade fb x? sye nk taw lbh lanjut lagi..mcm mne saye nk mndaftar calon persenderian..dan adakah sye akan
mgmbil spm bersama calon spm yg lain?
brape bayaran nye? adakah sijil yg
sye dpt bole digunekan untuk memohon
pekerjaan?

Unknown said...

boleh bagi maklumat lanjut x tentang spm
persendirian?sye kurang faham..mcm mne nk daftar persendrian ni?..brape bayaran nye..adekh sye kne ikot tarikh spm 2017
atau pon sye bole mengambil spm
bile2 mse..dan sijil spm
persendirian laku x untuk saye
melanjutkn pelajaran?...dan sye
nk ubah nsb sye..adekah
kemungkinan sye xade peluang
untuk mengambil spm?
akak tolong la sye..sye buntu sngt²

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Calon persendirian boleh mendaftar melalui lembaga peperiksan di jabatan pendidikan negeri masing masing. Anda perlu memilih untuk mendaftar subjek peperiksaan bagi SPM anda dan pusat peperiksaan iaitu di sekolah mana anda ingin megambil subjek spm tersebut. Ya anda akan mengambil bersama calon spm tetapi biasanya calon persendirian di dalam bilik untuk calon persendirian juga. Anda boleh ke laman web lembaga peperiksaan atau walk in ke jpn utk mendapatkan maklumat lanjut. Sijil spm tersebut boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran dan memohon kerja

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Pendaftaran spm biasanya pada mac tahun semasa jika anda ingin menduduki spm pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun pendaftaran calon lewat diambil due pada bulan twrtentu kerana perlu menyusun bil calon dan menentukan ujian lisan yg wajib diduduki oleh calon spm. Oleh itu jika anda terlepas tahun ini, anda boleh mendaftar pada Mac 2017 utk menduduki spm 2017.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Pendaftaran spm biasanya pada mac tahun semasa jika anda ingin menduduki spm pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun pendaftaran calon lewat diambil due pada bulan twrtentu kerana perlu menyusun bil calon dan menentukan ujian lisan yg wajib diduduki oleh calon spm. Oleh itu jika anda terlepas tahun ini, anda boleh mendaftar pada Mac 2017 utk menduduki spm 2017.

Anonymous said...

Perlukah calon spm persendirian menduduki ujian lisan?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Calon persendirian wajib mengambil ujian lisan. kegagalan anda hadir pada ujian lisan akan menyebabkan subjek BM gagal walaupun ujian penulisan anda mendapat markah yang baik.

Unknown said...

ujian lisan bm sahaje ker? bhase inggeris?

Anonymous said...

Assalamualaikum,nama saya farhan,says akan dibuang sekolah tidak lama lagi kerana kes tidak datang ke sekolah dengan waktu yang banyak,jadi soalan pertama saya ialah:bolehkah saya masuk ke kelas lama saya?kerana saya berada di kelas yang pertama di sekolah,Dan prestasi akademik saya agak memuaskan.soalan yang kedua ialah:sekolah saya tidak memberikan apa apa surat amaran kepada saya dengan segera,mereka terus menunjuk kedatangan saya Dan kata saya akan dibuang sekolah,adakah ini adil?mengapa mereka tidak terus memberikan Surat amaran itu kepada saya(Surat amaran satu dua Dan tiga tidak diberikan kepada saya dengan segera Dan mereka ingin terus membuang saya daripada sekolah)jika cik boleh Balas secepat mungkin,mungkin saya boleh memberi alasan yang mungkin sekolah akan percaya,terima kasih..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sekolah perlu memberikan surat amaran terlebih dahulu sblm terus membuang murid utk kes ponteng sekolah kwcuali anda mempunyai salah laku yg lain juga yg menyebabkan anda boleh dibuang apabila kesalahan bwsar yg berulang. Samaada sekolah mengertak anda krn memberikan amaran lisan..anda perlu hadir ke sekolah spt biasa dan tidak mencari alasan lagi..selagi surat tidak dikeluarkan.
Anda boleh masuk kelas asal anda dan merayu ke kelas asal jika dibuang tetapi ada juga kes yg pihak sekolah tidak meletakkan murid yg dibuang di kelas asal krn inginkan persekitaran positif yg menjarakkan murid itu dgn kwn lama yg sama sama ponteng atau jika ada murid di dalam kelas lama yg mempengaruhi atau dipengaruhi anda.

Ibu said...

Salam...anak saya dibuang Sekolah kerana masalah kehadiran. Dia sudah mendaftar utk Spm thn ini dn masih mahu menduduki peperiksaan tersebut tetapi pihak Sekolah tidak membenarkan. Anak saya di minta untuk menandatangani Surat tidak akan hadir Spm. Apa yg harus saya lakukan...

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Puan ada hak untuk tidak menandatangani surat tersebut dan memastikan anak hadir mengambil peperiksaan spm.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Puan ada hak untuk tidak menandatangani surat tersebut dan memastikan anak hadir mengambil peperiksaan spm.

Anonymous said...

Adik sy berumur 17 tahun.. Dia bersekolah di tingkatan 5 sehingga pertengahan bulan 3 tahun 2016 sebelum terpaksa berhenti atas sbb peribadi yg tidak dpt dielakkan.. Soalannya, bolehkan dia mengambil spm tahun ini 2016..?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bergantung kpd pendaftaran spm. Adakah dia sempat membuat pendaftaran spm. Boleh rujuk dgn guru tingkatan. Krn jika dia tidak pernah mendaftar sblm dibuang bermakna namanya tiada dalam list untuk calon spm 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bergantung kpd pendaftaran spm. Adakah dia sempat membuat pendaftaran spm. Boleh rujuk dgn guru tingkatan. Krn jika dia tidak pernah mendaftar sblm dibuang bermakna namanya tiada dalam list untuk calon spm 2016

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

ULKCP ialah ujian lisan khusus untuk calon persendirian yg mendaftar utk paper BM, BI ,Bahasa Cina ,Bahasa Tamil,Bahasa Arab dan Pend Al Quran. Wajib buat ULKCP lisan jika
1)Kali pertama mendaftar spm
2) mengulang selepas tempoh 3 tahum dari tarikh akhir ambil SPM
3) mengulang dlm tempoh tiga tahun dari tarikh akhir ambil spm dan result Gagal atau tidak hadir.
Jika mengulang dlm tahun 2013 hingga 2015 dan lulus subjek tersebut tidak wajib mengulang.
Bagi calon pekak dam bisu dikecualikan daripada ULKCP tanpa memohon kelulusan pengarah peperiksaan

eeda said...

saya adalah seorng pelajar yg sememangnya tidak pernah lengkap kehadirnnya ke sekolah. pda tahun 2014 saya berada di tingkatan 3. hadir berselang-seli, tanpa mendapt sebarang surat amaran drpda pihak sekolah. saya berjaya mengmbil PT3 pda thun tersebut.

2015, hnya selama 3 bulan awal persekolahan saya mnghadirkan diri tetapi dlm keadaan yg berselang-seli juga. mendapat surat amaran tetapi tidak pernah mendapat keputusan sebenar sama ada akan diberhentikan ataupun tidak. proses pemulangan buku juga sya tak hadirkan diri tetapi meminta adik utk mmbntu. thun tersebut berakhir dn tahun ini bermula.

2016, saya hanya mennghadirkan diri kesekolah pda bulan januari. dri bulan tersebut hingga ke hari ini sya hnya dtng sehari atas sbb mahu mengesahkan subjek bkal diambil dan pndftran SPM. hanya satu surat amaran sahaj saya terima krana gru kelas menerima surat dri ibu setiap bulan.

pada bulan ogos yg lepas sya tidak mneghadirkan diri pda peperiksan percubaan SPM walau sehari ats sbb bekerja. sekarang yg berada d dlm kerisauan sya adalah, sya tdak mnerima apa2 khabar berita dri pihak sekolah sama ada sya masih boleh ambil SPM ataupun sya sudahpun diberhentikan sekolah.

1) adakh sya tdk boleh ambil spm kerna tdak hadir pda trial?
2) jika sya sudah dberhentikan tnpa menerima surat, dan sya sdh mndftr SPM, adakh sya prlu mmbuat ryuan d PPD, mndftr skolah dn SPM smula?
3) surat berhenti sekolh mmpunyai rekod kehadiran kesekolah, mngikut pngalamn ckgu, adakh prkra ini mmberi kesan sewktu memohon pkrjaan kerajaan ataupun swasta?

terima ats masa yg d luangkan ckgu keatas komen saya ini. terima kasih ^^

eeda said...

satu lagi soalan saya ialah saya tak hadir mengambil ujian lisan buat subjek yg berkaitan, apakah yang bakal terjadi pada subjek yg berkaitan tersebut?

Anonymous said...

Assalamualakum saya seorang pelajar kolej vokasional saya diarahkan berpindah ke kolej vokasional yang lain atas kesalahan yang berat ...saya sudah berpindah ke kolej vokasional yang lain tapi saya ada masalah dengan kolej vokasional tersebut.... bolehkah saya berpindah kembali ke kolej vokasional saya yang asal kerana kolej vokasional saya yang baru saya pindah ni jauh daripada rumah dan saya tidak dapat kemudahan asrama .... ibu bapa saya tidak bekerja lagi dan mereka perlu menanggung dua lagi adik beradik saya yang masih belajar ....saya terpaksa tinggal di rumah sewa...bolehkah saya berpindah ke kolej vokasional saya yang asal sebab ianya dekat dengan rumah saya.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

1) boleh mengambil spm jika tidak hadir trial
2)jika sudah mendaftar spm bermaksud nama anda dlm sistem calon spm.jika dibuang sekolah masih lagi boleh menduduki spm. Dapatkan angka giliran dari guru sekolah anda. Tidak perlu membuat rayuan bersekolah semula jika anda sendiri tidak komited hadir sekolah.
3) testimonial biasanya akan diberikan kpd murid yg tamat sekolah ting 5. Jadi anda tidak akan mendapat testimonial dari sekolah krn status anda sendiri yg tidak wujud di sekolah. Sijil berhenti sekolah juga diberikan mengikut tahun terakhir bersekolah. Dlm kes anda cikgu tidak pasti apakah isu kandungan surat ibu anda kpd guru kelasyg menyebabkan anda masih tidak menerima surat buang sekolah dgn ketidakhadiran melebihi 60 hari. Jika isi surat mengatakan sesuaty berkaitan anda tidak minat bersekolah dan ingin tangguhkan persekolahan maka diangap sbg berhenti sekolah. Jika ibu anda memberikan surat mengenau kemiskinan anda menyebabkan anda perlu bekerja dan masalah peribadi lain..maka anda yakin anda belum dibuang sekolah mahupun berhenti sekolah maka tidak perlu merayu semula . Memohon pekerjaan memerlukan keutamaan sijil spm. Testimonial dan sijil berhenti surat soongan mengesahkn disiplin anda di sekolah dan pencapaian kokurikulum dan sahsiah. Namun jika semua itu negatif dlm surat berhenti anda, maka tidak perlulah anda meminta sijil berhenti sekolah juga krn ia bukanlah sijil skongan positif untuk anda.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ujian lisan adalah wajib terutama bm dan bi. Bagi bm umpama kegagalan mata pelajaran tersebut yg mana jika bm gagal maka gagal spm anda. Cuba berhubung dgn guru bahasa anda mengetahui status sama ada masih sempat untuk anda menjalani ujian lisan atau sudah tamat tempoh.
Bagi pakej subjek elektif yg anda dafyarkan dlm spm, jika ia ada melibatkan kerja kursus spm anda telah menempah tiket gagal juga untuk subjek tersebut tetapi subjek elektif yg gagal tidak menjejaskan kelulusan sijil spm berbanding subjek BM

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bagi kesalahan disiolin yg berat, jika kes rayuan bersekolah semula sekali pun akan menempatkan anda ke sekolah lain krn ingin memberikan pengajaran dan suasana positif kpd pesalah. Terutama jika melibatkan mangsa yg masih berada di sekolah lama. Cikgu tidak pasti dgn kesalahan berat yg anda lakukan. Jika anda ingin kembali ke sekolah lama, anda perlu membuat rayuan semula ke sana tetapi 100% bukan jaminan anda akan dapat ditempatkan semula di sek tersebut dgn kes anda.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bagi kesalahan disiolin yg berat, jika kes rayuan bersekolah semula sekali pun akan menempatkan anda ke sekolah lain krn ingin memberikan pengajaran dan suasana positif kpd pesalah. Terutama jika melibatkan mangsa yg masih berada di sekolah lama. Cikgu tidak pasti dgn kesalahan berat yg anda lakukan. Jika anda ingin kembali ke sekolah lama, anda perlu membuat rayuan semula ke sana tetapi 100% bukan jaminan anda akan dapat ditempatkan semula di sek tersebut dgn kes anda.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

1) boleh mengambil spm jika tidak hadir trial
2)jika sudah mendaftar spm bermaksud nama anda dlm sistem calon spm.jika dibuang sekolah masih lagi boleh menduduki spm. Dapatkan angka giliran dari guru sekolah anda. Tidak perlu membuat rayuan bersekolah semula jika anda sendiri tidak komited hadir sekolah.
3) testimonial biasanya akan diberikan kpd murid yg tamat sekolah ting 5. Jadi anda tidak akan mendapat testimonial dari sekolah krn status anda sendiri yg tidak wujud di sekolah. Sijil berhenti sekolah juga diberikan mengikut tahun terakhir bersekolah. Dlm kes anda cikgu tidak pasti apakah isu kandungan surat ibu anda kpd guru kelasyg menyebabkan anda masih tidak menerima surat buang sekolah dgn ketidakhadiran melebihi 60 hari. Jika isi surat mengatakan sesuaty berkaitan anda tidak minat bersekolah dan ingin tangguhkan persekolahan maka diangap sbg berhenti sekolah. Jika ibu anda memberikan surat mengenau kemiskinan anda menyebabkan anda perlu bekerja dan masalah peribadi lain..maka anda yakin anda belum dibuang sekolah mahupun berhenti sekolah maka tidak perlu merayu semula . Memohon pekerjaan memerlukan keutamaan sijil spm. Testimonial dan sijil berhenti surat soongan mengesahkn disiplin anda di sekolah dan pencapaian kokurikulum dan sahsiah. Namun jika semua itu negatif dlm surat berhenti anda, maka tidak perlulah anda meminta sijil berhenti sekolah juga krn ia bukanlah sijil skongan positif untuk anda.

Unknown said...

assalammualaikum. saya sam . tahun ni saya form 3 tetapi saya telah dibuang sekolah 2bulan lepas. saya nak tanya boleh kah saya mengambil sijil berenti sekolah walaupun sudah dibuang sekolah? tolong jawap secepat yang mungkin terima kasih.

Unknown said...

salam
saya khairil ingin bertanya jika saya berhenti sekolah dan nama saya sudah dipotong tetapi masih belum isi borg permohonan berhenti skolah bolehkah saya bersekolah semula di sekolah asal

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sijil berhenti sekolah dikeluarkan biasanya untuk murid yg telah tamat persekolahan. Ini sbg satu sokongan bahawa murid ini telah pun tidak bersekolah krn tamat persekolahan ting 5 atau ting 3 krn melanjutkan pelajaran. Dlm kes kamu, kamu dibuang krn kes disiplin dan masih di ting 3 tetapi tidak tamat ting 3. Anda tidak layak mendapat sijil berhenti sekolah krn anda tidak berhenti sekolah tetapi dibuang sekolah. Jika anda ingin melanjutkan pelajaran di kolej kemahiran anda boleh menunjukkan surat dibuang sekolah itu yg menunjukkan anda sudah dibuang sekolah.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam.
Jika anda berhenti sekolah sepatutnya surat itu ditulis sendiri oleh ibu bapa sbg eviden untuk berhenti sekolah. Barulah nama akan dipotong. Jika anda hanya menyebut secara lisan sahaja sepatutnya guru tidak terus memotong nama dan surat amaran tetap dikira sehingga surat dibuang sekolah. Tetapi jika anda telah yakin yg nama anda dipotong anda patut menyemak dgn pihak sekolah. Ini krn anda boleh masuk sekolah semula jika anda tidak dibuang atau nama anda masih ada dlm sistem . Tp jika nama anda telah tiada dlm sistem sekolah, maka anda perlu membuat rayuan bersekolah semula untuk meneruskan persekolahan sama ada ke sekolah asal atau sekolah lain

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam.
Jika anda berhenti sekolah sepatutnya surat itu ditulis sendiri oleh ibu bapa sbg eviden untuk berhenti sekolah. Barulah nama akan dipotong. Jika anda hanya menyebut secara lisan sahaja sepatutnya guru tidak terus memotong nama dan surat amaran tetap dikira sehingga surat dibuang sekolah. Tetapi jika anda telah yakin yg nama anda dipotong anda patut menyemak dgn pihak sekolah. Ini krn anda boleh masuk sekolah semula jika anda tidak dibuang atau nama anda masih ada dlm sistem . Tp jika nama anda telah tiada dlm sistem sekolah, maka anda perlu membuat rayuan bersekolah semula untuk meneruskan persekolahan sama ada ke sekolah asal atau sekolah lain

Unknown said...

Assalamualaikum . Sekarang ni saya telah mendapat surat amaran ke 2 kerana byk kali tidak hadir ke sekolah . Jadi, jika saya dapat surat amaran terakhir, saya akan di buang sekolah atau masih ade peluang ?? Surat amaran ke 2 10 hari selepas surat amaran pertama . Jadi jika saya tidak hadir sebanyak 20 hari selepas amaran kedua, saya juga akan dapat surat amaran terakhir? Inginkan kepastian.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Jika saya mendapat surat amaran ke 3, saya akan dibuang sekolah atau masihh berpeluang lagi ?? kehadiran saya bukan secara berturut turut.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Masih lagi boleh bersekolah hingga ketidakhadiran anda yg seterusnya melayakkan anda untuk dibuang sekolah dan mwnerima surat buang sekolah

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya anda akan dpt surat amaran terakhir selepas date surat amaran kedua 20 hari tidak hadir berkala.

natasha said...

salam. saya berhenti sekolah pada pertengahan tahun 2015 samasa umur 15 tahun. saya tidak menduduki pt3. dan saya memasuki sekolah yang sama pada tahun 2016 yg diluluskan oleh jpn. saya dibuang sekolah pada bulan April 2016 kerana masalah kehadiran. boleh ka saya masuk semula ke sekolah yang sama pada 2017?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Anda boleh bersekolah semula pada tahun 2017 di sekolah yang sama dengan membuat rayuan. Jika anda dibuang kerana masalah kehadiran kerana pengaruh rakan -rakan di sekolah, lebih baik anda memohon bersekolah di tempat lain untuk mendapatkan pengaruh kawan yang positif. Ini kerana jika dibuang di tingkatan 4, anda tidak berpeluang untuk masuk ke kelas yang sama jika mempunyai subjek elektif yang agak sukar . Anda mungkin hanya mendaftar spm untuk subjek teras sahaja memandangkan setahun tidak bersekolah di ting 4 adalah sukar untuk mengulang kerja-kerja projek dan mengulangkaji silibus ting 4 jika anda sendiri tidak komited dengan peluang yang berkali - kali diberikan.

mei said...

Salam cikgu.Saya umur 15 tahun dan tidak bersekolah pada tahun ini, jika saya hendak masuk ke sekolah semula pada tahun depan aliran apa yg saya boleh ambil ? Mohon jawab . Terima kasih :)

mei said...

Salam cikgu.Saya umur 15 tahun dan tidak bersekolah pada tahun ini, jika saya hendak masuk ke sekolah semula pada tahun depan aliran apa yg saya boleh ambil ? Mohon jawab . Terima kasih :)

dayangku nuurul said...

assalammualaikum..anak saya tgkatan 4.. pernah digantung skolah..krana masalah ponteng skolah...saya dah urus d ppd dan dpt brsekolah semula...baru2 ini dpt msg dr guru kelasnya dia akan dibuang skolah krana masalah ponteng skolah secara brkala..adakah boleh merayu kpd pihak skolah lg? sekiranya dibuang skolah apa yg prlu saya buat?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam najihar dan mei
Jika anda tidak mempunyai result pt3 maka sukar untuk menempatkan anda ke aliran elektif di ting 4. kebiasaanya anda akan diberikan aliran eletif yang mudah di sekolah tersebut seperti aliran perdagangan atau seni.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

salam puan nurul fatihah
Jika anak puan digantung sekolah, dia memang boleh bersekolah semula di sekolah tersebut selepas tarikh pergantungan tamat. Dia belum lagi dibuang kecuali jika mendapat surat dibuang sekolah. Bagi kes terbaru, jika guru kelas memberikan mesej dia akan dibuang ini bermakna puan hanya perlu memastikan anak puan bersekolah dan hadir ke sekolah kerana dia akan dibuang membawa makna bahawa dia mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk dibuang. Jika puan dapat pastikan kehadirannya, lebih baik dari mendapat surat dibuang. Andai kata jika dibuang juga, saya sarankan agar puan tidak memaksanya untuk bersekolah semula bagi tahun ini kerana sekarang sudah nak masuk Oktber. Patern murid yang dibuang dan ponteng sekolah ini ialah mereka lagi kerap tidak hadir Oktober dan November yang ada peperiksaan akhir tahun dan latih tubi menghadapi peperiksaan kerana memang bosan menghadapi pelajaran apabila kerap tidak hadir ke sekolah hingga dibuang..mereka dalam dunia mereka sendiri. Tidak dapat mempunyai rujukan untuk mengulangkaji pelajaran kerana sudah tidak betah bermula dari mana. Mereka tiada motivasi untuk menyalin nota pun yang tertinggal. Ini menyebabkan mereka akan dibuang sekali lagi dan tidak layak untuk masuk ke kelas yang mempunyai elektif kerja projek . Murid ini jika ingin bersekolah semula biarlah bermula dengan kesedaran dirinya yang ingin bersekolah semula dengan bantuan guru kaunseling atau keluarga terdekat yang diseganinya. Sewaktu spm nanti mungkin akan mendaftar untuk subjek wajib sahaja. Ya dia masih lagi boleh merayu ke sekolah lamanya, tetapi lebih baik puan memikirkan alternatif lain memandangkan sudah dua kali dia dibuang sekolah di sekolah yang sama, menandakan dia tidak dapat mendisiplinkan dirinya di sekolah itu kerana sebab yang dia tahu. lebih baik puan mencari persekitaran yang baru untuk murid ini.

Anonymous said...

salam

saya telah dibuang sekolah beberapa tahun dahulu. tahun ini saya telah mula bekerja sebagai guru tadika dan saya perlu memberikan salinan surat berhenti sekolah. sya takut permohonan permit mengajar saya tak lepas sebab rekod tak 'cantik'. boleh ke kalau nak tukar/buat baru surat berhenti sekolah kat sekolah lama saya?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Biasanya majikan akan mengambil sijil SPM untuk kelayakan SPM bagi mengambil pekerja untuk surat sokongan bukti syarat dipatuhi. Bagi kes anda, anda dibuang sekolah dan menerima surat berhenti sekolah. Cikgu tak pasti ttg perkara ini krn setau cikgu sijil berhenti sekolah dgn nombor siri diberikan kpd murid yg tamat ting 5 dgn detail pada sijil itu antaranya kehadiran ke sekolah, kelakuan dan sebab berhenti yg biasanya ditulis tamat ting 5. Bagi surat akuan berhenti sekolah untuk murid yg berhenti sekolah secara sukarela dan dibuang. Dan pada surat itu tiada nombor siri spt sijil akuan berhenti sekolah. Ia dikeluarkan untuk tujuan tertentu seperti ke kolej kemahiran yg membuktikan murid ini berhenti dari sekolah aliran akademik untuk menyambung kemahiran. Surat ini biasanya menulis laporan megenai kenapa murid ini berhenti. Jadi jika anda ingin menukar perakuan dibuang menjadi ayat yg lebih cantik perlu ada satu pernyataan lain sama ada berhenti sekolah krn kehendak sendiri atas masalah peribadi yg lebih cantik dari ayat dibuang tetapi kamu harus berkomunikasi dgn pihak sekolah yg mana urusan ini ada kesukarannya dan tidsk mudah menukar pernyataan semudah itu terutama murid ponteng dibuang sekolah. Semoga berjaya.

Anonymous said...

Salam.

Saya pelajar tingkatan 5 pada tahun ini. Saya dibuang sekolah pada bulan mac disebabkan tidak hadir ke sekolah banyak bulan. Saya ingin bertanya pada cikgu, jika saya mengambil spm persendirian pada tahun hadapan, adakah saya diterima bekerja kerajaan mahupun swasta dengan sijil spm tersebut?. Saya tidak ada sijil berhenti sekolah mahupun sijil lain. Jika keputusan spm saya baik, boleh tak saya sambung belajar di u mahupun kolej dan berguna atau tidak jika saya mempunyai sijil diploma untuk memohon sesuatu pekerjaan? Adakah cuma sijil spm yang penting untuk saya menentukan pekerjaan saya di masa hadapan disebabkan masalah saya di zaman sekolah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda boleh menyambung pelajaran di kolej ataupun u dgn sijil spm persendirian yg diambil pada tahun hadapan. Dan boleh diterima bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kebiasaanya sijil tamat sek diperlukan sbg testimoni pengajian anda setakat mana jika anda tidak mempunyai sijil akademik untuk disandarkan iaitu sijil SPM. Tetapi jika anda mempunyai kelayakan sijil akademik maka kelayakan itu menunjukkan posisi jawatan yg boleh dipohon dan testimoni sijil berhenti sekolah adalah sijil sokongan sahsiah dan pencapaian untuk anda. Namun jika tiada sijil sijil lain, anda kena lakukan yg terbaik sewaktu temuduga. Namun jika anda aktif di kolej atau u maka sijil sijil sokongan ini sudah memadai.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda boleh menyambung pelajaran di kolej ataupun u dgn sijil spm persendirian yg diambil pada tahun hadapan. Dan boleh diterima bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kebiasaanya sijil tamat sek diperlukan sbg testimoni pengajian anda setakat mana jika anda tidak mempunyai sijil akademik untuk disandarkan iaitu sijil SPM. Tetapi jika anda mempunyai kelayakan sijil akademik maka kelayakan itu menunjukkan posisi jawatan yg boleh dipohon dan testimoni sijil berhenti sekolah adalah sijil sokongan sahsiah dan pencapaian untuk anda. Namun jika tiada sijil sijil lain, anda kena lakukan yg terbaik sewaktu temuduga. Namun jika anda aktif di kolej atau u maka sijil sijil sokongan ini sudah memadai.

Anonymous said...

slmt pg. sy ibu kpd seorg pelajar spm thn ni. bulan 10 ni dia buang sek kerana kehadiran. disebabkan masalah keluarga. ..lg tinggal bbrp hr utk spm. ..bgmnkah cara utk mengambil spm. .perlukah ambil surat dr ppd atau masa spm je terus ke sekolahnya. harap balas

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya percaya SPM sudah didaftarkan dan dia hanya perlu untuk mengetahui angka giliran dan kedudukan meja sewaktu SPM berjalan nanti. Bawa slip pendaftran spm dan ic

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya percaya SPM sudah didaftarkan dan dia hanya perlu untuk mengetahui angka giliran dan kedudukan meja sewaktu SPM berjalan nanti. Bawa slip pendaftran spm dan ic

mei said...

Semua sekolah ke ada aliran perdagangan ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tidak. Kena pastikan dengan pihak sekolah aliran ting 4 yg ditawarkan sebelum memilih utk bertukar sekolah.

Anonymous said...

Assalamualaikum, anak saya tidak bersekolah serta tidak mengambil peperiksaan tingkatan 3. bolehkah beliau memohon mana-mana sekolah vokasional?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kolej vokasional bwh KPM masih memerlukan kelulusan pt3. Giat MARA tidak memerlukan kelulusan pt3.

Suri said...

Assalamualaikum puan,

Boleh tak saya dapatkan nombor tel puan ataupun alamat emel puan?

Saya mempunyai persoalan mengenai persekolahan adik adik saya yang rumit. Jika puan sudi, saya ingin mendapatkan pandangan puan mengenai hal tersebut.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Email rasmi saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Email rasmi saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

Anonymous said...

jika kita mendpt surt amrn pertama adakah boleh kita tidak menjawb surat tersebut..tetapi selepas itu kita tidk pernh tdk hadir...adkh akn dbuang sekolah juga

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tidak dibuang sekolah

Unknown said...

Cikgu slps trial saya bnyk hari tak hadir ke sekolah, berpuluh hari juga lah, saya tak hadir kerana mengambil tutor di rumah, kerana saya masih menjawab spm dalam english walaupun sekolah saya sepenuhnya menggunakan bm, persoalannya bolehkah saya dibuang sekolah tanpa surat amaran? Saya tiada masalah disiplin lain namun saya takut saya dibuang sekolah apabila hampir2 nak spm nanti. Kedua adakah rekod kehadiran sekolah effect on peluang saya nak masuk matriks or UPU nanti?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Tidak boleh dibuang sekolah tanpa surat amaran bagi kes ponteng cuma dibimbangi surat amaran telah dikeluarkan tetapi tidak sampai ke tangan keluarga anda krn contohnya silap alamat, atau posmen dah hantar tp ada org lain yg mengambilnya atau amaran lisan tidak dapat disampaikan krn nombor tel tidak dapat dihubungi dan surat buang telah dikeluarkan. Lebih baik anda berhubung dgn pihak sekolah status anda sekarang.permohonan ke matriks atau upu masih mengikut result spm tetapi bagi kursus yg memerlukan interview dan biasiswa boleh menjejaskan peluang anda krn testimonial berhenti sekolah anda menunjukkan anda seorang yg tidak rajin ke sekolah krn bil kehadiran yg rendah sekaligus persepsi juga menunjukkan komitmen anda dlm kursus yg akan diambil. Tambahan pula pada testimonial ada maklumbalas kelakuan yg mana guru kelas anda tidak dapat memberikan komen yg terbaik terhadap sahsiah anda.

Anonymous said...

Saya telah mendapat surat amaran ke 3 , adekah saya akan dibuang sekolah selepas genap 20 hari ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya jika anda tidak hadir 20 hari selepas surat amaran 3

Anonymous said...

Assalamualaikum sye nk bertanye mengenai pelajar yg dah kene buang tahun 2016 pd 15hb3 kerana tidak hadir then dye baru merayu 19hb10 2016 untuk menduduki ujian spm.. ape yg perlu ade dlm menduduki ujian tu dan ape yg kene buat untuk dye menduduki ujian tersebut ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Adakah dia sempat mendaftarkan diri untuk spm? Jika dia tidak mendaftarkan diri tetapi hanya bersekolah dia tidak boleh menduduki spm. Begitu juga lisan BM dan oral BI yg wajib. Jika tidak mengambil lisan BM dianggap gagal dalam SPM krn gagal BM. Murid ini perlu mengetahui statusnya sama ada calon spm 2016 atau tiada dalam senarai. Boleh tanya guru setiausaha peperiksaan sekolah utk mengambil nombor giliran ujian bertulis SPM

Unknown said...

asalamualaikum..
sekarang saye ni dh tak sekolah dari hujung 2013. sekarang ni saye nak mohon sekolah semula untuk tingkatan 5 tahun depan. puan rase boleh tak saye masuk sekolah balik lagi pun saya sijil pt3 saya tak ada saya takut saya akan di turun ke tingkatan 1 semula

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam Arif
Anda boleh bersekolah di ting 5 dgn subjek elektif yg minimum. Ada juga murid yg rayuan semula di ting 5 tetapi tidak pernah bersekolah di ting 4, akan daftar spm subjek teras sahaja. Anda tidak akan bersekolah di ting 1 semula walaupun anda tiada sijil pt3

Unknown said...

HI ASSALAMMUALAIKUM,SAYA SYUKRI UMUR 14 BARU DI BUANG SEKOLAH KERANA TIDAK HADIR,INGIN BERTANYA BOLEH KAH SAYA BERSEKOLAH SEMUA SELEPAS DIBUANG,AND BERAPA LAMA KAH TEMPOH UNTUK MEMOHON SEKOLAH SEMULA..SAYA TINGKATAN 2 ..BERSEKOLAH DI SMK SERI AMPANG KL..TELAH DI BUANG BRU BARU NI SAYA INGAT TAHUN DEPAN INGIN BERPINDAH KE SMK PADANG TEMBAK KL .BOLE KAH SAYA SEKOLAH SEMULA AND BERAPA LAMAKAH KENA TUNGGU RAYUAN SEMULA ..HARAP MAKLUM BALAS YA TQ CIKGU and kalau saya buat rayuan sekarang boleh kah bersekolah tahun depan 2017 bulan 1 hari pertama sekolah

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika anda membuat rayuan skrg di Pejabat Pendidikan Daerah dgn menyatakan pilihan pertama di sekolah yg baru , anda boleh bersekolah semula pada hari pertama persekolahan 2017. Cuma sekolah yg mana anda pilih dalam list pilihan anda akan dipertimbangkan berdasarkan jarak dan kekosongan tempat.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Jika anda membuat rayuan skrg di Pejabat Pendidikan Daerah dgn menyatakan pilihan pertama di sekolah yg baru , anda boleh bersekolah semula pada hari pertama persekolahan 2017. Cuma sekolah yg mana anda pilih dalam list pilihan anda akan dipertimbangkan berdasarkan jarak dan kekosongan tempat.

Anonymous said...

Aslm saye tingkatan 2 saye baru dapat surat amaran ke 3 berape hari saye kene dtg kalau nak elakkan dapat surat buang sekolah tlg jwb secepat mungkin kalau boleh ☺️☺️

im this old said...

Aslm saya baru shj dapat surat amaran ke 3 berapa harikah saye Peru dtg untuk elakkan surat buang sekolah diedarkan ke ibu saya harap cikgu boleh jwb ☺️☺️

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda akan dibuang sekolah jika tidak hadir 20 hari tetapi kiraan itu makin cepat jika berderet tidak hadir.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Bukan kiraan berapa hari yg perlu datang untuk elakkan dibuang sekolah tetapi kiraan bilangan hari yg tidak hadir untuk dibuang sekolah.

Anonymous said...

Salam
Saya haikal, saya dibuang sekolah pada tahun ini sekitar bulan april atas sebab tidak hadir le sekolah. Saya tingkatan 5 pada tahun ini dan sekarang saya tidak menduduki spm . Soalan saya, bolehkah saya memasuki kolej mahupun universiti yang memunyai kursus katering atau masakan jika saya mempunyai sijil spm persendirian kerana saya tidak ada sijil lain termasuk sijil berhenti sekolah? Adakah saya layak berkeja di syarikat tertentu misalnya sebagai setiausaha sahaja?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sijil spm persendirian boleh digunakan. Kolej dan universiti menerima kelulusan ini walaupun anda tiada sijil yg lain terutama IPT swasta. Universiti awam masih menggunakan merit koko yg sepatutnya ada di sekolah dan merit merit lain utk mengambil murid lulusan selepas spm. Ya dgn kelulusan diploma atau sijil.atau ijazah dari mana IPT atau pusat pengajian anda boleh bekerja

Anonymous said...

Salam. Maaf puan.sy Syaza kaunselor pelatih. Sy nk tanya puan, bagaimana contoh utk buat laporan konsultasi ibu bapa berkaitan dgn kes gantung sekolah? Sy keliru

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam syaza

Saya perlu tahu
1) Laporan konsultasi itu dijalankan selepas digantung sekolah atau sebelum digantung sekolah kerana pelbagai kes disiplin yang dilakukan oleh murid tersebut
2) Laporan konsultasi itu diperlukan oleh siapa,Adakah simpanan sendiri untuk fail atau pihak unit disiplin atau kepada pihak polis yang meminta kerana murid yng digantung terlibat dengan kes polis?

Sila email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk saya bantu memberikan contoh

Unknown said...

salam . saya nak tanya tentang adik saya . adik saya berumur 16 tahun (tingkatan 4) dan tidak dibuang sekolah . menurut adik saya, dia mengisi borang berhenti sekolah selepas bergaduh dengan guru disekolah. borang tersebut dia isi secara senyap senyap tanpa dimaklumkan kepada keluarga dan borang itu telah diserahkan kepada guru tersebut. kemudian dia terus tidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini. kejadian ini berlaku pada bulan Ogos 2016. akhir akhir ini adik saya ada menyatakan yang dia hendak ke sekolah semula untuk ambil SPM pada tahun 2017.

soalan saya:

boleh ke adik saya sambung sekolah semula untuk ambil SPM ?
macam mana cara permohonan untuk adik saya ke sekolah semula ?
adik saya boleh sambung ke sekolah yang sama ke ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Adik anda boleh memohon bersekolah semula. Sila buat segera.
Cara memohon ialah ke Pejabat Pendidikan Daerah yg berhampiran dan memohon borang rayuan bersekolah semula berwarna merah. Sila lengkapkn borang tu berserta dgn dokumen yg diminta. Dan perlukan sokongan pengetua dari sekolah lama.

Adik anda boleh menyambung ke sekolah sama atau ke sekolah lain

Anonymous said...

Salam

Saya ingin bertanya, layakkah saya ingin menjadi seorang guru sedangkan saya dibuang sekolah dan tidak ada sijil tamat sekolah serta sijil lain? Saya cuma ada slip spm persendirian 5A. Bolehkah saya menjadi guru dengan kelayakkan begini sahaja?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam

Jika anda maksudkan untuk menjadi guru untuk Kementerian Pendidikan Malaysia maka laluan tersebutsukar dgn latar belakang akademik anda yg sedemikian lebih lebih lagi selepas pengambilan ke Institut Perguruan semakin tinggi kualitinya.

Unknown said...

Salam . Saya nak tanya . Adik saya dibuang sekolah pada umur 15 tahun sebelum menduduki pt3 . dibuang kerana ponteng sekolah pengaruh rakan sebayanya . saya dan family bertindak memohon kemahiran giatmara dan adik saya dipanggil temuduga . semasa orang tu call saya , saya terus cerita masalah adik saya ni . selepas tu orang tu cakap suruh saya jumpa guru displin sekolah lamanya dan guru tersebut akan uruskan ataupun ke kpm . saya sebenanya kurang faham . Boleh tak saya mintak penjelasan ? terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Bagi memasuki giat mara, institusi ini memerlukan surat dari pihak sekolah yg menyatakan adik anda sudah tidak bersekolah sama ada surat berhenti sekolah atau surat dibuang sekolah. Mungkin itu yg dimaksudkan oleh pegawai giat mara. Tetapi jika anda merujuk sekolah lamanya anda boleh merujuk kepada PK HEM sekolah tersebut untuk mendapatkan salinan surat buang sekolah. Ini adalah prosedur bagi pelajar giat mara yg berumur bwh 17 tahun

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya nak bertanya, saya berhenti sek pada ting.3 dan memasuki kolej giatmara selama setahun dan bagaimanakah saya cara hendak memohon bersekolah semula..

Unknown said...

Assalamualaikum , saya ingin tanya . maaf kalau lari dari tajuk asal . Saya cuma ingin kan kepastian , adakah pelajar yang masih di sekolah menengah yang berkahwin (bukan disebabkan terlanjur) masih boleh bersekolah ? Atau akan diberhentikan sekolah ? Sekadar kemusykilan sahaja :)

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Anda perlu ke Pejabat Pendidikan Daerah di mana terlwtaknya sek yg anda ingin didaftarkan. Cthnya sek A terletak di PPD Sentul maka anda perlu ke PPD tersebut untuk mendapatkan borang rayuan bersekolah semula. Lengkapkan borang trsebut dgn dokumen yg diminta. Sertakan bersama surat berhenti sekolah sewaktu di ting 3. Atau surat berhenti dari giat mara dann ingin bersekolah semula.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Murid yg berkahwin boleh bersekolah. Cuma kwbiasaanya apabila murid berkahwin, mereka yg memohon berhenti sekolah krn tidak dapat menyesuaikan diri dgn tekanan hidup yg baru.

Anonymous said...

Assalam cikgu, saye kene buang sekolah sebab ponteng waktu tingkatan 3(2014). saye tak ambik pt3. sekarang ni saye umur saya 18 tahun (2017).
ape yang perlu saye buat untuk masuk sekolah balik.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Salam
Pertama sekali anda kena tahu tujuan anda bersekolah semula krn kebiasaanya murid akan mengatakan ingin bersekolah semula krn ingin menduduki SPM. Jika itu niat anda, anda boleh memohon sbg calon SPM persendirian dgn belajar 6 subjek teras sahaja iaitu BM/BI/ Sejarah/ Sains/ Agama/Math. Jika anda ingin kembali ke sekolah kerana anda ingin suasana bersekolah kembali, sebenarnya tidak semudah itu. Anda berumur 18 tahun yg mana anda perlu membuat rayuan di PPD tempat anda ingin belajar. Biasanya umur 18 tahun di ting 5 hanya untuk murid yg datang dari kelas peralihan atau dari sekolah tahfiz yg bertukar aliran. Selebihnya ialah murid yg gagal SPM dan mengulang semula persekolahan ting 5 kerana ibu bapa tidak mampu membiayai kelas tambahan setiap bulan untuk persediaan spm calon persendirian. Ini kerana di sekolah kerajaan hanya perlu membayar yuran sekali setahun itupun duit untuk PIBG.
Jika anda tetap ingin berada di ting 5 bersekolah, anda perlu bersedia mental krn murid kategori ini sensitif dgn rakan sekelas mahupun dgn guru subjek dan perlu menyertai aktiviti kokurikulum.
Anda akan diletakkan dalam kelas yg lemah yg mana elektif subjek sama ada tiada atau yg paling rendah tahap kesukarannya. Anda tidak boleh memasuki kelas kemahiran krn kelas mpv atau pvma perlu dari ting 4 lagi. Cikgu puji niat awak untuk meneruskan pelajaran tetapi cikgu menerangkan realiti sebenar murid 18 tahun yg kembali semula ke sekolah setelah sekian lama sukar menyesuaikan diri dan agak tertekan. Jika anda masih berniat belajar anda boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran tanpa perlu SPM sepwrti giat mara untuk memperolehi skm tahap 1 dan tahap 2. Atau automotif di ICAM. Apabila bekerja anda boleh top up lagi pengalaman kerja dan skm tersebut kpd diploma kemahiran. Jika anda masih lagi ingin mendapatkan SPM anda boleh mwngambil spm persendirian. Ini krn murid keciciran ini mmg mendapat result cukup makan untuk SPM dan ending dgn mengambil skm tahap 1 juga selepas SPM kerana gagal dalam SPM atau kelulusan yg sgt minima. Tetapi jika anda masih ingin meneruskan niat anda untuk bersekolah semula, cikgu harap awak berjaya dalam SPM dan berhati cekal dan kental dgn cabaran yg akan dihadapi..dan sentiasa ingat kembali niat anda untuk bersekolah semula sbg peniup semangat dan pembakar motivasi anda

Anonymous said...

Salam cikgu,
Anak saya dibuang sekolah atas kesalahan berat pada tahun ini (2016)dimana dia tidak dibenarkan menghadirkan diri disekolah tetapi dibenarkan menduduki peperiksaan PT3. Walaubagaimanapun, keputusan nya amat lemah dan dia juga gagal matapelajaran BM dan Matematik. Bagaimanapun, beliau amat cenderung dalam bidang automatif melalui pengalaman membantu adik saya di kampong yang membuka workshop kenderaan. Dia amat berharap dapat memohon untuk memasuki Sekolah Vokasional. Bagaimanapun, saya tidak dapat access online application kerana database beliau telah pun dikeluarkan dari sekolah lama dan juga keputusan PT3 beliau yang agak lemah.
Soalan saya:
a. Adakah anak saya boleh mengulangi tingakatan 3 dan PT3 tahun ini (2017) di sekolah kerajaan? Saya telah bertanya sekolah persendirian untuk kemasukan semula anak saya mengulangi tingakatan 3 dan PT3 tahun 2017.
b. Adakah permohonan anak saya utk masuk vokasional pada tahun 2018 akan dipertimbangkan kalau beliau menduduki PT3 di sekolah persendirian?
c. Sekiranya anak saya meneruskan tingkatan 4, masih adakah peluang beliau untuk mendapatkan keputusan yang baik utk SPM?
d. Adakah anak saya akan menghadapi masaalah sekiranya dia mengambil SPM pada usia 18thn dan tidak 17thn seperti pelajar yg lain?

Terima kasih didahului diatas pandangan Cikgu.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 378   Newer› Newest»