Seriously !!! I want to vomit
After 8 hours in front of my laptop
After 8 hours in front of my laptop
Akhirnya siap juga esei ni. Bila dah siap baca balik ..aikk esei camni pun boleh berhari - hari buat!
HARAPAN
DAN WAWASAN SEBAGAI GURU CEMERLANG
“Guru
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi” merupakan
tema sambutan Hari Guru tahun 2014 selaras dengan transformasi pendidikan ke
arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Harapan dan wawasan saya adalah
untuk memenuhi seruan tersebut kerana guru bertindak sebagai pencetus idea
kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek dan berdaya saing. Oleh
kerana itu, sebagai guru cemerlang, saya perlu menjadi penggerak dan agen
perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi
dari segi personaliti, selain mempunyai pemikiran yang luas dan strategik.
Guru
cemerlang dapat ditakrifkan sebagai seorang guru yang istimewa, berdedikasi dan
bermotivasi. Melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
2008, Anugerah Guru Bestari pada tahun 2012 di peringkat Zon Pudu dan Anugerah Guru Penasihat Kelab Terbaik
selama tiga tahun berturut-turut 2011 hingga 2013 serta mempunyai rekod
kehadiran ke sekolah yang cemerlang, saya berharap agar budaya kerja cemerlang
saya dapat diteladani oleh rakan sekerja dengan menjadikan pengiktirafan budaya kerja cemerlang saya
sejak dahulu hingga kini sebagai sumber inspirasi guru lain agar
berkhidmat dengan cemerlang dan menjadi model
ikutan kepada guru–guru muda. Saya juga
bertindak selaku sumber rujukan kepada guru–guru di sekolah yang memerlukan pandangan dan
bimbingan saya untuk sesuatu program yang akan dijalankan. Wawasan saya agar
semua guru berupaya mengamalkan budaya kerja cemerlang yang kreatif dan
berinovasi agar kemenjadian murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum, dan
sahsiah tercapai seperti yang terkandung dalam Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia.
Guru
cemerlang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang
tugasnya,hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas
dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya. Saya lulus dalam peperiksaan PTK untuk kertas
bimbingan dan kaunseling dengan sekali pengambilan sahaja setiap kali
peperiksaan anjakan gaji untuk melayakkan saya mendapat anjakan tangga gaji
dari P1 ke P2 dan seterusnya ke P3 sewaktu di DG 41. Hal ini menunjukkan bahawa
saya sangat menguasai bidang kepakaran saya iaitu bimbingan dan kaunseling dan
menjadi rujukan guru–guru bahkan guru kaunseling dari sekolah yang lain untuk
mengendalikan pelbagai kes pelajar. Harapan saya sebagai guru cemerlang, saya
berupaya menguasai pendekatan kaunseling yang baru dan lebih kreatif melalui
latihan dan kursus yang tidak bersifat konvensional agar sesuai dengan
pendekatan generasi Y pada masa ini untuk membantu pelajar yang bermasalah
berfungsi kembali sebagai pelajar yang berdaya saing di sekolah. Saya mempunyai
wawasan yang tinggi untuk menghasilkan inovasi dengan pembinaan modul yang memberikan
panduan tentang teknik tertentu yang lebih berkesan berdasarkan kes-kes pelajar
mengikut kajian kes yang biasa saya kendalikan untuk dikongsikan dengan guru-guru
kaunseling yang lain.
Mengikut
dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, kuota guru kaunseling mengikut nisbah
pelajar iaitu 500 pelajar untuk seorang guru kaunseling. Oleh kerana itu, ada
sekolah yang mempunyai seorang guru kaunseling sahaja dan ada yang mencecah
lima orang guru kaunseling di sekolah menengah harian biasa. Guru kaunseling
tidak mempunyai personalia yang tepat untuk dijadikan rujukan di sekolah kerana
dikelilingi oleh guru mata pelajaran yang mempunyai skop tugas yang berbeza.
Oleh itu, mereka perlu dibimbing oleh guru kaunseling juga dari sekolah yang
lain. Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
saya yang luas. Hal ini kerana sebagai guru kaunseling yang telah berkhidmat di
sekolah selama hampir 14 tahun, saya merupakan di antara tiga orang guru
kaunseling yang paling berpengalaman di Zon Pudu ini. Berada dalam Ahli Jawatankuasa Induk Guru
Bimbingan Dan Kaunseling Zon Pudu selama tujuh tahun dan sekarang memegang
jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu menjadikan saya
sebagai guru rujukan kepada semua ahli guru kaunseling Zon Pudu. Harapan saya jika saya dilantik sebagai guru
cemerlang saya dapat menggunakan kepakaran saya untuk bergerak dari sekolah ke
sekolah yang memerlukan kunjung bantu dengan merealisasikan wawasan saya dalam membentuk
pasukan mentor mantee antara guru kaunseling baru yang berkhidmat di bawah lima
tahun dan guru kaunseling berpengalaman yang berkhidmat lebih 10 tahun. Hal ini
kerana hanya guru kaunseling sahaja memahami keperluan dan sokongan yang
diperlukan oleh guru kaunseling yang lain dan memerlukan bimbingan dari rakan
sekerja guru kaunseling dari sekolah lain yang lebih berpengalaman. Saya juga
berharap dengan status guru cemerlang saya dapat mempengaruhi Pejabat Pelajaran
Daerah Pudu untuk membantu wawasan saya dalam membentuk satu pasukan konsultan
yang terdiri dari guru-guru kaunseling berpengalaman lebih 10 tahun di Zon Pudu
untuk menjalankan program di sekolah –sekolah Zon Pudu khasnya yang
memerlukan perkhidmatan ceramah motivasi dan pembentukan sahsiah secara percuma
dengan konsep bantu- membantu sesama rakan sekerja agar kami tidak perlu lagi
membayar perkhidmatan konsultan luar yang agak mahal. Oleh kerana itu, jika ada jaringan rangkaian
yang baik pasukan ini boleh bergilir-gilir membantu menjadi konsultan kepada
sekolah lain.
Akhir
sekali sebagai seorang guru cemerlang saya ingin memastikan bahawa saya akan
melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan
berlandaskan etika perkhidmatan ke arah mewujudkan modal insan yang
unggul. Berdasarkan amalan dan
penghayatan prinsip kerja X- Plus, saya berazam agar dapat mencapai sasaran
untuk mencapai kecemerlangan yang melepasi standard yang pernah dicapai.