2 May 2014

PPSDM modul Kesopanan

4.00 pagi
Salam Rejab
Selamat hari pekerja

Semalam ialah projek PPSDM. Selaku pengerusi JK Wilayah Pudu seawal 5.30 pagi saya dah beri peringatan kepada semua ahli agar menghantar pelajar di SMK Alam Damai. Ini kerana saya bimbang berlaku kes seperti minggu lepas mencecah hingga 9 sekolah tidak menghantar student untuk PPSDM buli dengan alasan tiada kes..bukan dia handle la. Hingga ditegur oleh Ketua Unit SPPK untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab. Apabila projek ini diserahkan kepada 2 jawatan iaitu guru disiplin dan guru kaunseling maka perlu ada kerjasama yang baik dan saling mengingatkan untuk menghantar peserta. Ini kerana ia merupakan projek KPM yang sangat diambil berat oleh Unit HEM untuk kemenjadian pelajar yang lebih baik dari aspek sahsiah selepas program dengan pemantauan dari guru disiplin dan kaunseling selepas program. Well seawal 7.35 pagi dah berada disini selepas mengambil pelajar dari SMK Cheras untuk bertugas selaku pemantau.

 

Telegram Channel