15 May 2014

Sistem fail UBK Spsk

Deringan telefon di pagi subuh
Sabarlah teman ujian menimpa
Permudahkanlah Ya Allah
Ringankanlah penderitaannya.

Hari ni mengadap fail UBK. Berapa banyak kali daaa sistem fail dirombak. Tak kuasa nak melayan sistem fail ni kalau asyik nak ubah. Tapi gagah jugakla nak rombak sistem fail tahun ni yg entah kali ke berapa sepanjang saya menjadi guru kaunseling. Bulan jun pemantau dari luar akan datang manakala minggu depan pula audit dalaman akan check sistem fail UBK Spsk. Hmmmmm...nak gi tengok sistem fail spsk sekolah lain maklumla dalam sekolah sendiri takda rujukan. Penyelaras spsk selalu mengingatkan yang guru kaunseling akan dipanggil taklimat oleh PPD sendiri kerana penyelaras spsk tak berapa pasti tentang sistem fail UBK. So nasibla buat fail syok sendiri huhuhu...tengok tiga sekolah lain tiga style diaorg buat lagi pening adalah. At last saya make sure item yg wajib ikut spsk dan sistem pengurusan fail tu saya buat ikut rasional sendiri.
Sistem fail kena rombak
 

Telegram Channel