26 June 2014

Aktiviti Ceramah Relief Kelompok

I wish.. 
Today on your special day
I can spent time with you
Happy birthday mak

Hari ni ramai betul cikgu takda cecah 25 orang kerana menghadiri APC, kursus dan lain lain. Saya sendiri sepatutnya perlu ke kem Agrotek dengan pengawas tapi memandangkan keperluan sekolah sangat mendesak maka saya berpecah dengan Padali. Saya handle sekolah dan Padali handle prefect. Saya menguruskan semua pelajar tingkatan lima dari pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi utk slot Ting 5 iaitu Halatuju selepas SPM manakala 11pagi hingga 1.10 t/ hari untuk semua Ting 4 bagi slot Minda Sihat.
Yang bagusnya apabila mendapat kelompok relief ni, maka guru guru lain akan masuk ke kelas kelas relief dan hanya guru kaunseling yg in charge seorang di dewan. Jimat kan.

Halatuju Selepas SPM tidak berjalan lancar maklumlah pertama kali menggunakan LCD yang baru dipasang di dewan sempena Jubli Emas lepas. So masalah teknikal hanya diselesaikan hampir sejam...pergh. Minta maaf pada student maklumlah guru  IT kebetulan semuanya tiada di sekolah so hasil eksperimen student ICT mengodek sana sini dapatlah on tayangan power point di skrin. 

Ceramah minda sihat kepada semua ting 4 saya minta bantuan dari ahli PRS sebagai fasi. Berdiri selama 3 jam bukanlah satu perkara yg mudah untuk kaki ku yg bermasalah ni untuk sambung lagi dua jam berdiri. Aktiviti senaman dijalankan dan peserta bersambung dengan mengisi modul iaitu inventori daya gaya tindak sebelum diakhiri dengan ceramah minda sihat. 

 

Telegram Channel