24 January 2015

Bengkel Kepimpinan Pengawas

Serentak projek 5S
Gotong royong sekolah


Bengkel Kepimpinan Pengawas bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.00 pagi. Semua pengawas sesi pagi dan petang terlibat dengan bengkel pada hari ini. 

Slot bermula dengan ucapan aluan dari PK HEM, diikuti dengan taklimat guru disiplin oleh Encik Mohd Noor Bin Mat Deris, slot ketrampilan diri pengawas oleh guru pengawas iaitu Puan Khairul Akhmar Bt Omar. Barulah slot Cikgu Padali berjalan iaitu pengurusan dan bidang tugas pengawas bersama simulasi di tapak perhimpunan.

Selepas rehat, saya mengambil alih dengan aktiviti pengucapan awam untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai ucapan spontan dan keberanian untuk bercakap di khalayak ramai dengan yakin. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu tajuk untuk bercakap dengan spontan selama 2 minit. Aktiviti seterusnya setiap kumpulan memilih wakil untuk bercakap di atas pentas selepas mencabut tajuk dari guru diatas pentas. Yang menariknya kita dapat melihat kepimpinan semula jadi pelajar yang memang berbakat dan mempunyai aura. Pakej yang menarik apabila ada gaya dan petah bercakap sambil berkomunikasi spontan dengan penonton. Namun ada juga yang terketar - ketar bercakap dan tidak dapat menghabiskan ayat mereka. Ada yang tenang dan dapat bercakap dengan baik tanpa ekspresi muka...yang ni perlu dilatih bercakap di hadapan.

Habis slot saya, Cikgu Padali mengambil alih untuk penyusunan tugas pengawas dan lokasi masing masing sewaktu menjalankan tugas.
 

Telegram Channel