Tumpat-Rantau Panjang - KL - Kajang
Checkout 8.30 am Tumpat
Check in 11.55 pm Kajang
Long hours on the road...
Checkout 8.30 am Tumpat
Check in 11.55 pm Kajang
Long hours on the road...

Perjalanan yg agak lama. Bermain mesej dengan geng UBK mengenai pengurusan 4 projek UBK iaitu mentor mantee Guru Penyayang, LPPKN, bengkel pengurusan kokurikulum dan bengkel kepimpinan pengawas. Dah lama UBK tidak menguruskan bengkel kepimpinan kokurikulum. Seingat saya kali terakhir sewaktu PK Kokurikulum perempuan iaitu Pn Azizah Majid 2009. Tahun ni PK Kokurikulum yg baru juga minta saya organise bengkel pengurusan kokurikulum, so share disini kertas kerja bagi projek tersebut.
KERTAS
KERJA BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM
1.0 PENGENALAN
Bengkel
Pengurusan Kokurikulum merupakan bengkel untuk meningkatkan kemahiran dan
kepimpinan dalam kalangan AJK Tertinggi kelab dan persatuan,badan beruniform
dan sukan serta permainan. Melalui pengurusan ini, diharapkan agar AJK
Kokurikulum dapat meningkatkan daya kepimpinan mereka memimpin organisasi
masing-masing bagi mencapai misi visi Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan
Cheras iaitu melestarikan aktiviti kokurikulum yang berkualiti untuk melahirkan
individu yang berketrampilan dan berdaya saing bagi memenuhi aspirasi negara. Oleh
itu satu bengkel dianjurkan untuk membantu ahli jawatankuasa memahami bidang
tugas masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengaktifkan
organisasi mereka agar semua ahli dapat memanfaatkan pelbagai kegiatan yang
menyeronokkan dan menarik perhatian semua ahli untuk sentiasa hadir setiap kali
perjumpaan kokurikulum diadakan
2.0 OBJEKTIF
1) Agar dapat membimbing AJK untuk memimpin
organisasi masing- masing
2) Agar dapat melatih AJK menyediakan kertas
kerja program
3) Agar dapat membimbing AJK menyediakan
laporan kewangan dan laporan
Aktiviti
3.0 TARIKH
26 Januari 2015
4.0 MASA
12.00 tengah hari hingga 3 petang
5.0 AHLI
JAWATANKUASA
Pengerusi : Puan Kamariah
Bt Abu
(Pengetua
SMK Cheras)
Timbalan Pengerusi : Puan Maznah Musa
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Encik Alias
Mohamad
Penyelaras program : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Buku Program : Encik Che Mohamad Padali Bin Che
Mat
AJK Persiapan Tempat : Puan Rozinani Bt Awang
AJK Pendaftaran : Encik Alias Mohamad
AJK Penilaian Program : Puan Haslina Abd Rahim
AJK Makanan : Puan Raudah Bt Abd Rahman
AJK Buku Program : Cik Hufaidah Zakaria
AJK Dokumentasi : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
6.0 TENTATIF
PROGRAM
11.50 pagi : Pendaftaran
12.20 tengah hari : Ucapan
aluan PK Kokurikulum – Pn Maznah Musa
12.30 tengah hari : Slot
Motivasi & Kepimpinan oleh Encik Che Mohamad
Padali Bin Che Mat
1.10 tengah hari : Makan
tengah hari dan solat Zohor
1.40 petang : Penyediaan Kertas Kerja oleh Puan Nurhaiza
Bt Che Mat
2.00 petang :
Bengkel Menulis Kertas Kerja Dan
Pembentangan
2.50 petang : Penilaian program
3.00 petang : Bersurai
7.0 ANGGARAN
KEWANGAN
Pendapatan
Wang suwa : 100 X RM5 = RM 500
Perbelanjaan
Makanan : 100 x RM 5 = RM
500
8.0 PENUTUP
Diharapkan bengkel ini berjalan dengan
lancar agar AJK dapat menjalankan
tugas
dengan baik dan berkesan. Melalui program ini diharapkan agar ahli
jawatankuasa
dapat berkhidmat dengan lebih baik mengikut bidang tugas
masing-masing
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)
Guru Kaunseling Pengetua