Pukul 2.00 petang para peserta Minda Sihat iaitu pelajar sasaran bersama ahli PRS yg terlibat dengan aktiviti bengkel Minda Sihat di SMK Cheras menjalani intervensi seterusnya. Program intervensi seterusnya ke Kolam Renang Desa Tasik bersama staf Klinik Kesihatan Cheras. Memang best aktiviti outdoor ini, benar benar melapangkan minda dan pelajar benar benar enjoy dengan aktiviti ini. Mereka menjalankan aktiviti riadah dan aerobik di dalam air. Satu senaman relaksasi yang menyenangkan.
Happiness is not determined
By what's happening around you
But rather what's happening
Inside You