1 April 2015

Sesi Permata Dengan Pengetua

Tamat sahaja aktiviti NILAM hari ini, pengetua ingin berjumpa dengan semua pelajar projek Permata Ting 5 dan Ting 3 di bilik mesyuarat. Perjumpaan pertama selepas ujian bulanan Mac yang lalu. Selaku penyelaras projek Permata, saya mengumpulkan semua pelajar Permata dan Pengetua menyampaikan hasrat agar semua pelajar dapat mencapai straight A untuk kecemerlangan akademik dalam SPM dan PT3. Pengetua juga meminta agar mereka tidak malu untuk berbincang masalah dengan pengetua. Perbincangan dua hala agar pelajar dapat memaklumkan mengenai masalah mereka dan kehendak mereka perlu dari pihak sekolah. Pelajar Permata juga berkongsi pengalaman pembelajaran di SMAWPKL.

Welcome April
The most hectic month
In fact...every year!
 

Telegram Channel