Di sini saya kongsikan kertas kerja untuk mengadakan program bengkel terapi seni. Personalia telah dikenalpasti cuma saya sedang mencari tajaan untuk menampung yuran dan kos mengadakan bengkel ini. Semoga dipermudahkan .
KERTAS
KERJA
BENGKEL
TERAPI SENI
GURU-GURU
KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH
WILAYAH
PUDU, KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
Terapi Seni merupakan
satu teknik yang digunakan dalam perkhidmatan kaunseling, psikoterapi, kerja
sosial, kejururawatan dan perubatan psikiatri untuk membantu mereka yang meluahkan pergolakan
dalam diri yang membebankan. Ini kerana ketidakupayaan
meluahkan permasalahan dalam diri pesakit atau mangsa yang datang kerana
terlalu berat, rumit dan kompleks untuk dilafazkan secara lisan apatah lagi
untuk dikongsi dengan orang lain. Bagi memahami pergolakan dalam diri yang
menjadi beban psikologikal yang sukar dirungkai dengan pendekatan konvensional
maka teknik terapi seni adalah salah satu alternatif teknik kaunseling yang
boleh digunakan. Teknik Terapi Seni pada asasnya ialah kaedah untuk mengingati
kembali pengalaman hidup dalam membantu memahami pelajar dengan lebih baik.
Terapi Seni ini mula mendapat tempat di Malaysia selepas peristiwa tsunami
untuk memahami pergolakan dan trauma yang berlaku kepada mangsa dengan lebih
baik. Menggunakan terapi seni memerlukan pakar profesional seperti Dr. Jamaida Bt Jamaluddin yang telah menghasilkan modul terapi seni mewarna. Melalui perkongsian dan bimbingan dari pakar terapi seni, maka dapat dijadikan panduan untuk mengaplikasikan terapi seni dengan cara yang betul dan beretika.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar guru kaunseling
mendapat input mengenai terapi seni untuk digunakan
dalam teknik membantu
2) Agar guru kaunseling
dapat meningkatkan profesionalisme mereka dengan
mempelbagaikan teknik sewaktu sesi
kaunseling dijalankan.
3) Agar guru kaunseling yang
terlibat dengan projek Smart Support Team
Wilayah Pudu dapat mengaplikasikan teknik ini
sewaktu post bencana untuk
mengenal pasti dan menangani psikologi mangsa
yang stres atau trauma.
3.0 TARIKH
24 Jun 2015
4.0 TEMPAT
Kolej YPC - IT Web
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu
Setiausaha:
En
Rohaidatul Akmal bin Rosedi
Pegawai
Bimbingan Dan Kaunseling PPWBP
Penyelaras:
Puan Nurhaiza Bt Che Mat ( SMK Cheras)
Pendaftaran:
Puan Wan Normala Bt Ali @Wan Ali(SMK Seri Permaisuri)
AJK Sijil : Puan Nor Aidawati Bt Mohammad(SMK
Orkid Desa )
AJK
Makanan: Puan Kang Kooi Li (SMK Cochrane)
AJK
Persiapan Tempat: Encik Amri Faizal Bin Mamat ( SMK Datok Lokman)
AJK
Multimedia : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat (SMK
Cheras)
AJK
Peralatan : Puan Rosmaria Bt Daud (SMK (P) Pudu)
AJK
Pengacara Majlis : Puan Siti Rohana Bt Nordin
(SMK Seri Tasik)
AJK Cenderamata : Puan Norhuda Bt Abdul Aziz (SMK Seri Bintang Selatan)
AJK Modul
: Puan Siti Salwa Bt Mohd Arshad (SMK
Alam Damai)
6.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran
8.00 pagi
: Pengenalan
9.00 pagi
: “Body Mapping”
11.00
pagi: Mandala
12.30
t/hari : Love Tracking
1.45
t/hari: Rehat/Solat/Makan tengah hari
2.30
petang: Lukisan bertema
3.30
petang: Secret Garden
4.30
petang: Bersurai
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Tajaan atau Yuran
PIBG sekolah = RM 1,800
Perbelanjaan
Yuran peserta : RM 60
x 30 orang = RM 1,800
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar
program ini dapat berjalan dengan baik dan mendapat input yang berguna kepada
semua guru kaunseling dari jurulatih profesional yang sangat mahir dalam
mengendalikan bengkel terapi seni ini. Melalui kursus yang diberikan,
diharapkan agar para peserta dapat mempraktikkan terapi seni ini dengan lebih
baik.
Majlis Baby Fira :)