29 August 2015

City Tour Kota Kinabalu


 


Throwback tempat yang kami pergi trip Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu ke Sabah. Antara tempat tempat menarik yang kami kunjungi sewaktu berada di Sabah ialah rumah terbalik, masjid terapung, menara yayasan Sabah, menikmati pemandangan matahari terbenam di tanjung Aru kawasan pelancongan pantai yang terkenal, Pasar Filifina untuk shopping mutiara dan kraftangan serta makanan laut kering untuk dicuba. Di rumah terbalik. tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut dan kebanyakan gambar memang kami ambil di kawasan luar rumah tersebut. Menarik betul dan bila kepala asyik memandang ke atas , bila keluar terasa berpusing dunia jap hahaha. Pemandangan yang benar-benar saya nikmati ialah pemandangan matahari terbenam di pantai kerana hobi saya mengumpul koleksi pemandangan matahari terbenam walau di mana sahaja saya pergi ;)

Kota Kinabalu Observatory Park juga adalah tempat wajib singgah sebentar untuk melihat panorama Kota Kinabalu di waktu petang. Pasar Filipin adalah pasar yang menjadi tarikan utama pelancong dan harganya berubah ubah dari gerai ke gerai. Oleh itu, berjalan-jalanla dan meminta harga terbaik untuk belian anda. Satu perkara yang saya diajar ialah melihat mutiara betul atau plastik sahaja iaitu meminta penjual mengikis mutiara tersebut. Jika rosak, maka ia bukan mutiara sebenar. Berada di sini menyebabkan mata anda rambang sekejap dan jika tiada matlamat ingin membeli apa, maka ia akan membeli apa-apa sahaja hihihi.

Saya paling suka dengan suasana pasar malam di sini dan tempat makan ikan bakar yang begitu sibuk dan hiruk pikuk. Menikmati pemandangan dan budaya tradisional di sini dari makanan, masakan, bahasa dan pakaian memberikan satu panorama yang bermakna. 


 Take care my lil sis
 May Allah ease your journey
 For a month backpackers

Tanjung Aru, Sabah menikmati pemandangan matahari terbenam


  
Di rumah terbalik

Di hadapan Menara Yayasan Sabah
Mutiara produk popular Sabah
Pasar Filipina


Singgah kejap di sini

Kota Kinabalu Observatory Tower




Kundasang


Masa untuk pulang. Semoga bertemu kembali Sabahan
Excoursemate dan geng  zaman U yang kini menetap di Sabah 
 

Telegram Channel