11 July 2016

Pra pembentangan Kumpulan Inovatif Kreatif Guru Cemerlang WPKL


Hari Isnin pertama setelah bercuti selama 11 hari cuti beraya. Of course cuti yang lama...mamai mamaila sikit. Pagi ini saya ke JPWPKL untuk menghadiri prapembentangan Kumpulan Inovatif Kreatif Guru Cemerlang WPKL. Walaupun kumpulan KIK SMK Cheras ada 7 orang ahli, tetapi yang pra pembentangan hari ini hanya melibatkan ahli KIK guru cemerlang. Jadi saya dan Cikgu Sharin Hanum guru cemerlang Sains sekolah saya akan berduet berdua untuk prapembentangan ini. Pada mulanya Puan Sharin menerangkan proses KIK dan disambung oleh saya mengenai perlaksanaan inovasi e-klien. Sasaran jawatankuasa sektor akademik untuk mencari 3 pasukan terbaik KIK WPKL untuk mewakili WPKL tahun hadapan. 

Hari ini saya mendengar pelbagai isu yang ditangani untuk KIK pelbagai jenis sekolah. Satu lontaran idea yang menarik untuk diserap oleh minda saya. Semua peserta perlu menghantar pada 2 September 2016 persembahan power point yang telah dibuat. dan pasukan penilai akan datang ke sekolah untuk menghakimi pertandingan ini. Rasa-rasanya dari tepukan gemuruh macam ada peluang...tetapi tak taulah jika sewaktu 2 September nanti masing-masing polish idea mereka dan berjaya implikasikan projek KIK mereka. Huhu berangan dulu dan bermimpi indah adalah elemen penting dalam proses cuba jaya menghasilkan  projek. Doakan kami :)

Monday blues












 

Telegram Channel