4 August 2013

Minda Sihat- Ujian DASS


Program Minda Sihat



Program di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah tentang promosi kesihatan mental. Menggalakkan saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap stress, keresahan dan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak dan warga sekolah. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah mental contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku. Memberi kemahiran kepada murid sekolah tentang cara-cara menangani stress dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku. Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental. Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

Tahun ini merupakan tahun kedua perlaksanaan Program Minda Sihat di sekolah. Sebagai
 satu-satunya sekolah perintis yang terpilih untuk projek Minda Sihat di kawasan Wilayah Pudu ini pada tahun 2012,  segala aktiviti yang dijalankan merupakan sumber rujukan kepada sekolah-sekolah lain dalam melaksanakan projek ini. 

Antara program yang telah dijalankan pada 2013:
1) Pentadbiran Ujian DASS kepada pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4:

Apa itu Ujian DASS ? Ujian DASS ialah singkatan dari Depression Anxiety Stress Scale. Ujian ini merupakan Ujian bagi menilai tahap depress, anxiety dan stress.

Pada tahun 2012 kami telah menjalankan Ujian DASS, Ujian Gaya Tindak dan Ujian 
Personaliti kepada semua pelajar Tingkatan 4 secara berpusat di dalam dewan. Antara 
masalah yang dihadapi ialah masalah memahami bahasa terutama bagi pelajar dari kelas yang lemah dan ini menimbulkan keresahan kepada pelajar dari kelas yang baik apabila dapat menyiapkan ujian dengan lebih awal.

Oleh itu pada awal tahun, kami membuat ujian secara 2 sesi bagi Tingkatan 4 iaitu 6 kelas teratas bagi sesi pertama dan 5 kelas terbawah bagi sesi kedua. Kami menggunakan khidmat PRS yang dilatih terlebih dahulu untuk mentadbir Ujian DASS. Selain itu PRS yang boleh berbahasa Cina dan Bahasa Melayu yang baik digunakan untuk menjadi fasilitator terutama bagi 5 kelas terbawah . Bagi kelas Tingkatan 2, kami bergerak dari kelas ke kelas untuk mentadbir ujian ini. Ada cadangan dari pihak JPWP meminta agar pentadbiran dan pengiraan ujian dibantu oleh guru kelas. Namun bagi saya, ia bergantung kepada kemampuan guru kaunseling itu sendiri. Bagi saya, khidmat PRS lebih berkesan kerana kami melatih mereka mentadbir ujian dan mengira skor ujian. Dengan itu, selesai sahaja pentadbiran ujian, maka pengiraan dapat dijalankan.




UJIAN STRES (DASS 21)
BAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan (skala markah 0,1,2,3) yang menggambarkan keadaan anda SEMINGGU yang lepas. Tidak ada jawapan betul atau salah. Jangan guna terlalu banyak masa untuk mana – mana kenyataan.

SKALA MARKAH ADALAH SEPERTI BERIKUT

0= Tidak pernah sama sekali        1=Jarang              2= Kerap              3=Sangat Kerap
Soalan

Tidak pernah
Jarang
Kerap
Sangat kerap
1
Saya rasa susah untuk bertenang

0
1
2
3
2
Saya sedar mulut saya kering

0
1
2
3
3
Saya seolah –olah tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali

0
1
2
3
4
Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya bernafas terlalu cepat, tercungap –cungap walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal

0
1
2
3
5
Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan sesuatu keadaan
0
1
2
3
6
Saya cenderung bertindak secara berlebihan kepada sesuatu keadaan
0
1
2
3
7
Saya pernah menggeletar ( contohnya tangan)
0
1
2
3
8
Saya rasa saya terlalu gelisah

0
1
2
3
9
Saya risau akan berlaku keadaan di mana saya panic dan berkelakuan bodoh
0
1
2
3
10
Saya rasa tidak ada apa yang saya harapkan
0
1
2
3
11
Saya dapati saya mudah resah
0
1
2
3
12
Saya merasa sukar untuk relaks

0
1
2
3
13
Saya rasa muram dan sedih

0
1
2
3

14
Saya tidak boleh terima apa jua yang menghalangi saya daripada meneruskan apa yang sedang saya lakukan
0
1
2
3
15
Saya rasa hampir panik
0
1
2
3
16
Saya tidak bersemangat langsung

0
1
2
3
17
Saya rasa diri saya tidak berharga

0
1
2
3
18
Saya mudah tersinggung

0
1
2
3
19
Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, saya sedar akan debaran jantung saya ( contohnya degupan jantung lebih cepat)
0
1
2
3
20
Saya rasa takut tanpa sebab

0
1
2
3
21
Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi

0
1
2
3

BAHAGIAN 2
STRES
Soalan
S1
S6
S8
S11
S12
S14
S18
Jumlah










ANZIETI / KERESAHAN
Soalan
S2
S4
S7
S9
S15
S19
S20
Jumlah










KEMURUNGAN (DEPRESSION)
Soalan
S3
S5
S10
S13
S16
S17
S21
Jumlah










Selepas dijumlahkan. Sila rujuk kepada petak skor saringan dan terjemahkan skor untuk mengetahui tahap status kesihatan mental anda.


SKOR SARINGAN

Kemurungan
Anzieti
Stres
Normal
Ringan
Sederhana
Teruk
Sangat teruk
0-5
6-7
8-10
11-14
15 +
0-4
5-6
7-8
9-10
11 +
0-7
8-9
10-13
14-17
18+


Bahagian 3
Isikan dijumlahkan ( normal, sederhana, teruk atau sangat teruk ) dalam jadual di bawah

KEPUTUSAN UJIAN DASS
Ujian
Tahap
Stres

Anzieti

Kemurungan






69 comments

Saya buat ujian ni.dan results utk ketiga2 Adalah sangat teruk 😢

Anda perlu mendapatkan bantuan dan sokongam emosi dari org yg paling anda percayai. Jangan memendam masalah seorang diri krn ia akan menjejaskan kesihatan anda, menjejaskan fokus anda terhadap kerja dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Stress = 18
Anxiety = 21
Depression = 17

That's me.

dapatkan bantuan dari otg yg dipercayai sama ada kaunselor atau ahli keluarga yg lain.
Pengalaman sy mengendali 3 item yg sangat teruk skor menunjukkan anda skrg mempunyai krisis hidup yg berat dan anda tidak mempunyai daya sokongan yg kuat untuk menangani masalah anda. Anda perlu berehat dan meluahkan masalah anda kpd org yg lebih profesional atau sekurang kurangnya org yg boleh mendengar luahan hati anda dan bertindak sesuatu yg positif bagi menangani masalah tersebut.jika tidak ditangani segera, bimbang masalah kesihatan lain yg akan terganggu

stress-19
keresahan-18
kemurungan-19

assalamualaikum,apa patut sy lakukan puan.kalo blh berilah feat back kt no sy 0175380295 blh whatsup sy inginkan kepastian

Boleh email saya di nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk sebarang persoalan. Memang dari skor anda yg ketiga tiganya sgt teruk menunjukkan anda skrg mmg dlm keadaan tertekan.
Jika anda ke klinik kesihatan kerajaan sendiri pun mereka akan minta untuk anda menjalankan ujian ini jika anda membuat appointment berjumpa doktor dgn mempunyai simptom sakit perut yg , sakit kepala, pedih ulu hati, gastrik yg kerap. Ini contoh simptom yg dialami oleh murid sekolah yg mengalami ketiga tiga skor teruk dan kemahiran gaya daya tindak iaitu satu lagi ujian yg mendapat skor rendah dan result ini akan dibawa oleh mereka melalui surat saya kepada pihak klinik utk mendapat konsultasi perubatan juga.

Boleh email saya di nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk sebarang persoalan. Memang dari skor anda yg ketiga tiganya sgt teruk menunjukkan anda skrg mmg dlm keadaan tertekan.
Jika anda ke klinik kesihatan kerajaan sendiri pun mereka akan minta untuk anda menjalankan ujian ini jika anda membuat appointment berjumpa doktor dgn mempunyai simptom sakit perut yg , sakit kepala, pedih ulu hati, gastrik yg kerap. Ini contoh simptom yg dialami oleh murid sekolah yg mengalami ketiga tiga skor teruk dan kemahiran gaya daya tindak iaitu satu lagi ujian yg mendapat skor rendah dan result ini akan dibawa oleh mereka melalui surat saya kepada pihak klinik utk mendapat konsultasi perubatan juga.

Aslmkm,

-->Saya baru je melaluiUjian dass dan resul 6, 11(kebimbangan), 7.

-->perlu tak jumpa pakar? sy rasa skor sy teruk sebab penyakir astma yg sy sdg hadapi.

Anxiety sangat tinggi menunjukkan kwbimbingan yg tinggi. Jika anda dapat merasakan ia berpunca dari penyakit anda sendiri dan anda mampu mengawalnya tidak perlu berjumpa pakar. Ujian DASS ini biasanya akan dibuat juga bersama Ujian Gaya Daya Tindak untuk mengenalpasti bagaimana individu bertahan dengan stres yg dihadapi.

stress - 9
anxiety - 14
kemurungan - 7

Dari skor anda menunjukkan tahap anxiety anda yg perlu diberikan perhatian. Anxiety yg tidak mampu dikawal akan mengakibatkan stress yg tinggi

Dari skor anda menunjukkan tahap anxiety anda yg perlu diberikan perhatian. Anxiety yg tidak mampu dikawal akan mengakibatkan stress yg tinggi

Stress 13
Anxiety 14
Kemurungan 12

Anxiety tinggi bersama pakej kemurungan yg tinggi menunjukkan anda perlukan bantuan dan sokongan. Ceritakan masalah anda kpd keluarga atau rakan yg dipercayai untuk membantu anda.

Stress -19
Anxiety - 17
Delression - 20

Ap saya harus buat?

Stress 20
Anxiety 16
Depression 20

Ni result...apa patut saya buat

Buat angel dan nur aina
Ketiga tiganya iaitu stress deppress dan anxiety menunjukkan pada skor yg tertinggi yg menunjukkan anda berada dalam keadaan yg sgt tertekan. Pastikan anda mengikuti cara yg betul dalam mengendalikan tekanan, bercerita dgn org yg betul yg dpt membantu anda, tidur yg berkualiti dan jgn menyendiri dan membiarkan masalah itu dgn tidur berlebihan atau mkn berlebihan yg akan memudaratkan anda. Belajar berfikiran positif.

Stress- 20
Anxiety- 16
Kemurungan- 21

Saya buat ujian ni dkt sekolah tiap tahun until last year but result yg sama jugak macam ni. How?

stres-14
anxiety-13
kemurungan-15

ni kputusan ujian sy. apa ptut sy buat ?

Stres - 16
Anxiety - 14
Kemurungan - 18

Result anda sangat tinggi untuk ketiga.tiga skor yg menunjukkan anda perlukan pertolongan profesional. Jika anda mengatakan anda telah membuat ujian ini setiap tahun, maka ada perkara yg masih lagi menjadi bebanan emosi dan rohani anda. Kadangkala kita tidak tau dan tidak ada pula org memberitahu bahawa tingkah laku kita adakalanya pelik spt dah mula bercakap sorang tanpa sedar, dah mula nangis tanpa sebab, suka mengamuk atau marah sesuka hati pernah terfikir dan terdorong membuat sesuatu yg boleh menamatkan masalah anda dgn cara yg menyalahi undang undang atau agama..dan sudah memasuki tahap skizo atau kemurungan. Minta seseorg yg anda percayai untuk membawa anda berjumpa pakar.

Stress = 9
Anxiety = 8
Kemurungan = 11

Apakah yg patut saya lakukan?

Salam puan, nak tanya pasal penggunaan Soal Selidik DASS nie, ianya boleh digunakan macam tu je ke? ataupun perlukan kebenaran dari pihak KKM dulu? sebab saya ingin menggunakannya dalam thesis untuk projek tahun akhir saya dan saya nak bangunkan sistem soal selidik DASS ini secara online.

Dapatkan bantuan profesional dan sokongan memandangkan 3 skala anda mendapat teruk dan sgt teruk

Ketiga tiga trait anda sangat teruk yg mana jika dibiarkan anda akan mengalami gangguan fisiologi dan kesihatan mental

Tahap sederhana menunjukkan anda mempunyai coping skill yg agak baik untuk masalah anda agar tidak melarat

S-8
A-12
K-7
ini saya punya..apa pendapat??

Salam Izzati
Anda boleh menghubungi KKM untuk kepastian kerana di sekolah..soal selidik dibekalkan oleh KKM untuk murid sekolah

stress - 13
anxiety - 6
depression - 16

saya selalu sakit kepala, dan saya x boleh fikir. saya rasa kosong. tak tau nak buat ape.

S - 21
A - 19
S - 20

Saya nak minta pendapat puan, saya student kaunseling psikologi dan akan lakukan praktikan awal tahun depan dan saya dapati result stress saya agak teruk. Saya dibebani dgn banyak masalah sekarang dan saya jenis seorang yg suka memendam dan gemar bersendirian jadi saya tak mudah berkongsi perasaan dengan kawan-kawan ataupun keluarga. Boleh berikan beberapa tips untuk saya tangani stress saya?

S : 20
A : 21
D : 20

Berumur 22 tahun,terpaksa berhenti kerja pada 2015 kerana simptom2 semakin teruk. Semakin cenderung ke arah membunuh diri tetapi berputus as a berbuat demikian,emosi yang tidak menentu dan memendam segala kekacauan,ingatan semakin hilang dan merasakan ada orang lain yg berbicara menggunakan badan dan minda saya,dalam kata lain seperti ada orang ketiga,keempat dan seterusnya. Melakukan ujian ini dari 20008-2012 do sekolah menengah sebulan sekali atau 3 bulan sekali dan masih tiada perubahan. Saya juga merahsiakan ujian ini dari keluarga kerana tidak mahu terus menerus dipandang seperti orang 'gila'

Semua sangat teruk . Saya takut dengan semua benda . Saya juga takut jadi semakin teruk . Kerap sedih dan menangis.saya tak rasa nak meluah pada sesiapa.rasa seperti tiada guna. Tetapi saya ingin mendapatkan bantuan agar semua rasa ini pergi jauh dari hidup saya. Siapa yang harus saya rujuk ?

Stress- 16
Anxiety- 6
Depression- 19

Assalammualaikum..saya baru sahaja buat test ini..

Stress - 12
Anxiety - 8
Depression - 14

Assalamualaikum

Saya baru buat test ni

Keputusan
Stress - 23
Anxiety - 17
Depression - 14

Apa perlu saya lakukan

Stress 17
anxiety 17
kemurungan 15

mmg ini Masaalah sy doc dh suruh sy jmpa psy tp xpergi lagi sbb sy
kurang keyakinan diri sgt teruk apa yg sy lalui sy pernah belari tanpa haluan seperti maut mengejar allahu azab rasanya sudah 5bulan sy hadapi tahap kesihatan sy agak teruk apa yg sy lalui hari2 adalah sepi kosong tiada gelak tawa kegembiraan...mcm mna sy nk kembalikan diri yg dulu😂😂😂😂 01121357572

saya punya

S- 17
A- 8
K- 17

SY PERNAH CUBA BUNUH DIRI PADA USIA SY BELASAN TAHUN..SEKARANG NI SY BERUSIA 22 THN....BELAJAR TENANGKAN DIRI SENDIRI WAKTU TENGAH STRESS...DUDUK DLM BILIK MENANGGIS SEPUASNYA.LEPAS PUAS NANGGIS BAGI TAU KAT DIRI SENDIRI.."BILA BANGON PAGI ESOK LUPEKAN APA YANG BERLAKU HARI NI,ESOK ADALAH HARI YANG BAIK DARIPADA SEMALAM NIE"...
SY STRESS DISEBABKAN FAMILY...BUKAN NK BURUK KAN FAMILY SENDIRI..EMAK SY SEORANG BEZA KAN KASIH SAYANG, ANTARA SY DAN KAKAK SY, MAYBE KORANG CKP SY TAK MATANG..
TAPI SIAPA YANG TAHAN..BILA KAKAK SENDIRI SALAH YANG KENA MARAH SAYA..BILA SAYA KATA KAKAK BUAT...EMAK DIAM TERUS TAK CAKAP APA...ADIL KE..? BUKAN SY SEORANG YG PERASAN EMAK LEBIHKAN KAKAK..ADIK BERADIK LAIN PON SAMA..
KADANG-KADANG EMAK BERKASAR DENGAN SAYA.
MACAM MANA SEKALI PON SAYA USAHA AMBIL HATI EMAK..EMAK TAK PENAH PANDANG SAYA..
SEKARANG NIE SAYA AMBIL PERKARA NI POSITIF.."SAYA DAN EMAK MEMANG TAK SEBULU"...WALAUPON AMBIL POSITIF AIR MATA TETAP MENGALIR...

stress - 10
keresahan - 12
kemurungan - 7

Stress-18
Anxiety-11
Deppression-17

Stress-18
Anxiety-11
Deppress-17

Stress-14,anxiety-7,depression -14

stress - 16
anxiety -21
kemurungan - 7

adakah results sy ni teruk sgt???

Stress - 14
Anxiety - 12
Kemurungan - 14

Macam mana dengan saya punya?

- Pelajar stress

stress-17
anxiety -13
kemurungan -16

saya ada anxiety yang sangat teruk dan doktor mencadangkan saya berjumpa pakar psikitari .apa yng perlu saya lakukan?

Stress=3
Anxiety=2
Depression=26
Got full mark in depression.
Congrats dearself.😊

Stress=3
Anxiety=2
Depression=26
Got full mark in depression.
Congrats dearself.😊

Stress=17
Anzieti=13
Depression=10

Stress=17
Anzieti=13
Depression=10

Stress-11
axienty - 8
depression - 13

The hustle and bustle of everyday life often all gets a bit too much
so its really nice to seek out some workout routines that actually deal with controlling our mind
and thoughts to make us happier individuals.

Hello! This is kind of off topic but I need some advice from an established blog.

Is it very difficult to set up your own blog? I'm not very techincal but
I can figure things out pretty fast. I'm thinking about creating
my own but I'm not sure where to start. Do you have any tips or suggestions?

Cheers

mohon share alat ujian Dass 21 ni yer Puan Nurhaiza. Terima Kasih.

tahap bimbang-8
tahap murung-10
tahap stress-16

macam mana ye?

Stres : 13
Anzieti : 15
Keresahan : 21

Kemurungan/Depression:
12 (Ringan/Mild)

Keresahan/Anxiety:
28 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

Stress:
32 (Teruk/Severe)

depress: 18
anxiety : 26
stress :27

Perlukah jumpa doktor? If my result teruk and Sgt teruk? Kalau boleh control sendiri perlu ke?

Perluka? Junpa doktor if I bole control even results dia teruk Dan Sgt teruk

Jika anda mendaPat result yang teruk atau sangat teruk, tetaPi memPunyai coPing skill yang baik dalam inventori gaya daya tindak, ini bermakna anda mamPu mengawal stress tanPa Perlu berjumPa dengan doktor. Dinasihatkan berjumPa doktor jika anda tidak daPat mengawal stres anda hingga menjejaskan kesihatan, keselamatan anda dan orang di sekeliling anda

Stress - 17
Depress- 18
Anxiety- 18
-semua teruk , saya takberani nak minta bantuan sebab saya takpercayakan sesiapa, mereka semua akan cakap yang saya ni MINTA PERHATIAN including my family , saya takmampu nak pendamkan semua kesakitan yang ada dalam hati saya tapi apa boleh buat semua yang datang pasti akan pergi:)

I)stress - 20
II) depress - 21
III) anxiety - 17
Is that still okay?

I)stress - 20
II) depress - 21
III) anxiety - 17
Is that still okay?

stress - 14
anxiety - 13
depression - 8

saya baru sahaja kena panggil oleh cg kaunseling sebab anxiety..tapi lepas join sesi rasa lebih down.keluarga pun buat tak endah je..

Stress_12
Anxiety_12
Depression_19

Kerana tekanan mengenai hati dan perasaan..rasa bersalah.dan saya xpenah menunjukan masalah sy pada sesiapa.sy xberani nk minta bantuan sesiapa.

Stress_12
Anxiety_12
Depression_19

Kerana tekanan mengenai hati dan perasaan..rasa bersalah.dan saya xpenah menunjukan masalah sy pada sesiapa.sy xberani nk minta bantuan sesiapa.

Stress :13
Anxiety :11
Depress: 9

Stress:15
Anxiety :9
Depress:8

Selalu dpt truk😌

 

Telegram Channel