15 August 2016

Majlis Persaraan Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum En Jamil




Taman Bunga Orkid dalam kenangan
Pagi ini seawal 6.30 pagi saya sudah tiba di sekolah untuk menguruskan majlis persaraan Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum En Jamil yg mula berkhidmat sejak 3 tahun lepas di SMK Cheras. Oleh itu mmg tidak banyak momento bersama dengannya. Seingat saya sepanjang 16 tahun saya berkhidmat hanya 3 org guru lelaki yg pernah bersara di sekolah ini. Menguruskan majlis persaraan cikgu lelaki lagi sempoi kerana susah mendapat kerjasama..hampir semua perkara yg ingin kita lakukan akan diblock oleh mereka esp bab diarak, bab persembahan,  kain rentang dan sbgainya haha dan sampai bab mkn mkn pun tak nak. Sebab tu kalo cikgu lelaki yg bersara kami akan combine dgn majlis lain di sekolah. Begitu juga dgn majlis perpisahan ini jamuan perpisahan dijalankan serentak dgn majlis RIMUP Merdekaraya dan hanya ucapan dan penyampaian cenderamata sahaja yg utama kami jalankan hari ini.
Memandangkan En Jamil baru posting di sekolah ini 3 tahun lepas, dan dalam AJK Pengurusan hanya saya yg paling muda menyebabkan beliau mudah dan selesa untuk bertanya sesuatu dan memohon bantuan. Dari situla wujudnya pelbagai komunikasi dgn En Jamil kerana guru kaunseling mmg boleh dikira hanya beberapa program yg direct di bawah PK Tadbir Kurikulum krn majoriti projek di bawah PK HEM atau direct dgn pengetua. Seorang yg sgt soft spoken dan suka bercucuk tanam. Jika ada aktiviti gotong royong di sekolah, dia boleh ditemui di celah celah pokok bunga dan tanaman. Yg paling menarik beliau bersara dgn meninggalkan taman bunga orkid yg cantik di sebelah dewan yg diusahakannya dan sebahagian atau hampir keseluruhan peruntukan kewangan taman orkid ini juga darinya.
Beliau pernah menyuarakan kebimbangan mengenai org yg akan menjaga taman orkidnya. Beliau pernah menyuarakan hasratnya sekitar Mac agar saya diamanahkan untuk menjaga taman orkid tersebut tetapi pelawaan itu ditolak secara berseloroh oleh saya. 'Tangan saya panas..nanti orkid en jamil mati' tetapi pantas dia menjawab kalo mati kamu cabut je ni..nanti tumbuh cantik lagi kat sini. Adeh...saya tak berapa suka dgn aktiviti bertanam tanam bunga ni. Pokok yg tiada bunga seperti pokok paku pakis, kaktus, pokok tanduk rusa atau pokok yg berdaun hijau tanpa bunga shj yg ada di rumah saya krn tahan lasak walau tidak terjaga ahaks :) Memang tiada pokok yg berbunga yg sy tanam. Maka saya jelaskan perkara ini agar tidak menyinggung hati. Maklumlah warga emas ni mmg sensitif sedikit jika ditolak mentah mentah tanpa penjelasan.
Pada hari terakhirnya Jumaat lepas memandangkan beliau mengambil cuti rehat minggu hadapan hingga tarikh bersara 17 ogos 2016, beliau sempat berjalan jalan di taman orkidnya sambil berbual dgn tukang kebun sekolah. Memandangkan saya ada aktiviti di dewan , maka saya memerhatikan gelagatnya yg sukar saya telah. Saya mengambil gambar terakhir beliau berkhidmat di sini dengan sporting dan spontan beliau menggayakan pelbagai pose di Taman Orkid yg diusahakannya. Sambil tersenyum gembira..beliau memaklumkan kpd saya yg dia dah jumpa org yg sanggup menjaga Taman Orkidnya iaitu Cikgu Faiza Mamat seorang guru senior yg saya rasa pilihan yg sgt tepat. Semoga generasi 2020  warga Cherasian sempat meninjau Taman Orkid En Jamil.

Tuai padi  antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan







Hadiah dari warga Cherasian
Hadiah dari pusat sumber
Hadiah dari Cikgu Chan
Add caption

Hadiah dari panitia
Hadiah dari panitia Agama
Hadiah dari koperasi
Hadiah dari PIBG berupa cek

Acara memotong kek harijadi

Acara bersalaman dengan murid


Taman Bunga Orkid yang diusahakan En Jamil
Taman Bunga Orkid dalam kenangan

 

Telegram Channel