Hari minggu lepas , Cikgu Padali menganjurkan party birthday anak sulungnya Khalish nun di KFC Kajang yang hanya 5 minit dari rumah saya. Selain dari adik beradik Padali, kami bertiga kaunselor perempuan pun umpama kakak kakak Padali dijemput hadir. Terasa seperti family day kaunselor Cherasian pula. Memandangkan anak-anak kami kerap berjumpa di sekolah dan program anjuran UBK pun kami sama-sama join, maka tidak hairanlah apabila bersua masing - masing dengan klik masing - masing. Geng perempuan kebetulan pula saya, Rozi dan kak Raudzah mempunyai seorang sahaja anak perempuan masing- masing, makamereka membentuk klik mereka tersendiri. Geng lelaki 5 hingga 8 tahun satu geng manakala geng lelaki bwh 4 tahun satu geng. Dengan ini bila bermain game hanya anak-anak kami yang conquer...dan menang banyak hadiah memang kalahla anak Padali yang baru 2 tahun tu :)
Program dua jam yang mengeratkan hubungan silaturahim antara kami dalam suasana yang tidak bekerja dan santai diteruskan dengan kunjungan ke rumah saya pula menyambung makan..hahhaha dan misi mengambil buah mangga yang ranum di hadapan rumah!
Sayang pada burung
Biarkan ia terbang meninggalkanmu
 |
Huhu Nana |
 |
Syoknya Farhan dalam dakapan |
 |
Happy Birthday Khalish |
 |
Mari nyanyi Happy Birthday |
 |
Jom main game |
 |
Kombinasi anak-anak kaunselor |