Majlis pelantikan ketua dan penolong ketua tingkatan telah diadakan pada hari Isnin lepas di mana guru guru kaunseling bertindak selaku penyelia peserta. Sesi pagi diadakan di dataran perhimpunan manakala sesi petang diadakan di dewan. Bagi tahun ini penampilan ketua dan penolong melalui imej name tag berwarna hijau yg dipakai bersama tali leher hijau tetapi dlm gambar ni..tali leher hijau belum siap untuk dirasmikan.
Bengkel kepimpinan ketua dan penolong ketua tingkatan diadakan pada hari aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru kaunseling selaku penyelaras iaitu pn rozinani bekerjasama dgn unit majlis ketua tingkatan iaitu puan salina dan puan suhaily.
Boleh klik di sini untuk contoh kertas kerja
Kami membahagikan slot antara kami dengan aturcara berikut
Ucapan Aluan PK HEM iaitu
Pn Cheong Moi Lian
Taklimat mengenai pengurusan program Zoom Kehadiran Murid, program RAI hari jadi, Sambutan RIMUP di sekolah serta mentor mantee oleh Pn Nurhaiza
Taklimat keselamatan dan salah laku dalam kelas untuk ditangani oleh ketua dan penolong ketua tingkatan oleh Che Mohamad Padali
Taklimat pengurusan kelas seperti buku kawalan kelas, pass keluar kelas, kebersihan dan keceriaan kelas, pengurusan data kehadiran murid dalam kelas dan lain lain oleh setiausaha Majlis Ketua Tingkatan iaitu Pn Salina.
Pelantikan AJK Majlis Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan untuk sesi pagi dan sesi petang. Tahniah kepada Aliff Bin Abu Bakar selaku pengerusi majlis ketua tingkatan yg merupakan PRS.saya hihi dan tahniah pada Athirah juga naib pengerusi Majlis Ketua Tingkatan yg juga ahli PRS.
Semoga bengkel hari ini mencapai impak yg tinggi untuk kepimpinan yg dilantik.
#leaders lead and boss drive hmmm well said
Tahniah Aliff pengerusi dan Athirah Naib Pengerusi Majlis Ketua Tingkatan. Bergambar sebelum program bermula.