10 October 2017

Konvensyen KIK KPM 2017: Persembahan SMK Cheras




Dari 10 hb Oktober 2017,  kami ke Auditorium Putrajaya untuk pertandingan KIK Kebangsaan anjuran KPM. Ini kerana kami layak ke final KIK. Cabutan undi nombor 7 menunjkkan presentation kami hari ini selepas makan tengah hari. Melihat persembahan demi persembahan org lain menyebabkan kami wow..adeh.
Presentation tahun ini mujurla gaya persembahan mengikut kandungan bukannya persembahan berbentuk lakonan, nyanyian dan sebagainya. Hanya isi isi kandungan KIK sahaja yg dipersembahkan. Tahun ni masih lagi KIK lama yg bermaksud tanpa viva iaitu tanpa pembuktian dokumen sokongan.
Saya share pada youtube presentation kami :)

Pengalaman yg berharga buat kami kerana saya tidak pernah menyaksikan persembahan KIK secara langsung hanya mendengar sahaja tentang KIK. Tiada budaya pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif di Kuala Lumpur. Malahan saya pertama kali didedahkan dgn KIK ini ketika kursus untuk Guru Cemerlang WPKL. Dan kami diminta untuk balik ke sekolah membentuk pasukan KIK kami. Hanya presentation ketika Hari Inovasi WPKL 2016 lalu dan kami membentang tanpa mengetahui adakah betul atau salah tools yg digunakan untuk mencari punca masalah atau menyelesaikan masalah. Tiada juri yg memberi komen dan hanya pembentangan semata mata tanpa bintang untuk mengetahui status projek KIK berada di tahap mana. Oh ye kami hanya menerima anugerah penyertaan terbaik. Tapi tidak dinyatakan bintang. Tidak seperti di Selangor yg membudayakan KIK ini hingga banyak penyertaan final dari sekolah sekolah di Selangor. Agaknya penyertaan awal pun memang Selangor yg ramai. Terima kasih kpd Bahagian Psikologi Kaunseling KPM yg menjemput kami menyertai pertandingan KIK ini dan saya mengajak team KIK 2016 yg telah ditubuhkan di sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Kursus demi kursus bagi memantapkan isi kandungan KIK kami benar benar membuka mata dan belajar kemahiran dalam penyelesaian punca masalah yg berlaku dalam pengurusan. Tak sangka kami boleh terpilih ke peringkat akhir dari 60 lebih penyertaan seluruh Malaysia. Ia sudah membuatkan kami tersenyum dan seronok.

Just klik link ini untuk melihat persembahan kami 15 minit yg terawal.

https://youtu.be/nmv4WaXy3bU


#No butterfly in my stomach
# confident

Kenangan bersama kump Effamasis dari SMK Khir Johari, Perak dan Abqari G-Bazz dari SAM Bestari Selangor yg berguru dgn Pn Maznah







Debaran menunggu giliran




Kump Sejiwa dari SMK Taman Perumahan Bedaun WPLabuan dgn tajuk Sistem Sejiwa


Kump My ISO dari BTPN Terengganu dgn tajuk Sistem Pendaftaran Kehadiran S-Regatt BTPN Terengganu


Kump KIK Pembina dari DBP dgn tajuk Kadar Pemasukan Data Korpus Yang Rendah






Kump Synergy dari BTPN KL mengenai kekerapan kelewatan pembaikan kerosakan yang tinggi di BTP.








 

Telegram Channel