26 November 2017

Penulisan Laporan Kaunseling Mengikut Piawai Lembaga Kaunselor

Hari minggu saya dan Kak raudzah dan Rosmaria ke SBPI Rawang untuk menghadiri bengkel penulisan laporan kaunseling mengikut piawai lembaga kaunselor . Selepas terlepas dari bengkel penulisan laporan kaunseling oleh Prof Madya Dr Salleh Bin Amat kerana macam gorang pisang panas...saya baru nak mendaftar selepas membaca mengenai bengkel tersebut pada surat yang diedarkan ke sekolah, tetapi urusetia mengatakan dah penuh dan tidak mengambil peserta lagi. Tarikh berikutnya pula bertindan dengan program sekolah kerana diadakan pada hari persekolahan. Oleh kerana tiada pun guru kaunseling dari zon saya malahan guru-guru kaunseling yang saya kenal menghadiri kursus ini, maka tidak nampak langsung bagaimana ingin membuat penambahbaikan pada laporan kaunseling saya. 

Seperti pucuk dicita, ulam mendatang apabila saya mengetahui En Esa iaitu senior dalam perkhidmatan kaunseling di Selangor mengadakan bengkel ini di hari cuti persekolahan hari minggu dan walaupun jauh nun di rawang..alhamdulillah ada juga yang sudi mengajar. Walaupun handout prosedur penulisan dibekalkan, tetapi jika anda tidak berguru bagaimana ingin menulis ia bukanlah mudah seperti yang disangka. Saya share bahan prosedur penulisan ini dan bagaimana kami berbengkel untuk menulis dengan betul dengan panduan prosedur tersebut tetapi bukan mudah jika anda tidak berguru dengan betul. Melalui bengkel, kami belajar bagaimana contoh - contoh kes menggunakan teori yang berbeza tetapi kes yang sama akan menghasilkan cara penulisan laporan sesi kaunseling yang berbeza.

Cikgu Esa masih aktif dalam menjalankan bengkel penulisan laporan kaunseling mengikut format piawai lembaga kaunselor dan sijil juga diberikan dan boleh diperakui untuk pengiraan pengumpulan point mata pembelajaran berterusan untuk renew lesen berdaftar Lembaga Kaunselor tahun 2019 nanti. Boleh hubungi beliau jika ingin menjemputnya untuk mengendalikan bengkel di tempat anda dgn bilangan tertentu seramai 3 org pun boleh. 

Saya share antara tips yang berguna dan nota 2 muka surat ttg format pelaporan menulis laporan sesi kaunseling. 
Pengenalan
Laporan Kaunseling merupakan bukti pelaksanaan sesi kaunseling yang sah (legal) dari segi perundangan.
Keselamatan dan kebajikan kaunselor dan klien dapat dijaga sekiranya laporan sesi ditulis dengan baik.
Sebarang maklumat dalam sesi kaunseling (termasuk laporan kaunseling) tidak boleh didedahkan kepada pihak yang lain tanpa kebenaran / persetujuan termaklum oleh klien. [Aspek kerahsiaan perlu ditekankan sebaik sahaja pada peringkat penstrukturan dan dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan sesi kaunseling.]

Maklumat klien boleh didedahkan atas arahan daripada mahkamah (sepina).

Kaunselor yang tidak bertindak atas sepina mahkamah akan mendapat “contempt of court”. [Law supersedes ethics.]

Limitasi Kerahsiaan: Maklumat boleh didedahkan sekiranya membahayakan diri klien dan orang lain.


Tahniah Cikgu Marodzi
Kenduri kahwin KIP Sri Bintang Selatan
Tahniah Fahri
Maaf tidak sempat ke Klang...


Format pelaporan sesi kaunseling



















7 comments

Terima kasih atas perkongsian. Maklong rasa amat gembira dapat berjumpa dan berbengkel bersama-sama. Moga kita terus ke arah ke arah kecemerlangan.

Sesi perkongsian kes yg bermsnfaat. Terima kasih Mak Long karipap yg menyelerakan.

sgt bermanfaat..saya copy ye kak

Boleh. Saya izinkan. Semoga bermanfaat kpd Ana

 

Telegram Channel