dan saya tak sempat melawat setiap booth untuk melihat apa yang mereka lakukan dan saya juga tidak berkesempatan untuk melihat semua pembentangan. Tahun ini juga buku program tidak disediakan yang mengandungi sinopsis setiap booth peserta menyebabkan semakin sulit untuk saya mengenal pasti apa yang dilakukan oleh setiap wakil peserta negeri.
pada gambar setiap negeri di bawah, saya berkongsi amalan terbaik mereka. Dan tempat ke 4 dan ke 5 untuk sekolah menengah saya tercicir maklumat tersebut. Semoga bermanfaat untuk menjadi contoh diimplimentasikan di sekolah masing - masing.
Throwback ..
to make my day
Johan: Anugerah Amalan Baik SSDM
SMK Tinggi Klang
Program meningkatkan amalan baik murid yang dikey in ke dalam SSDM.
Kemudian anugerah diwujudkan dari amalan baik SSDM tersebut. Impaknya meningkatkan amalan baik murid di sekolah
Naib Johan Amalan Disiplin Kebangsaan:
SMK Paya Rumput
Program I SEE
Program ini melibatkan
I Card iaitu kad untuk murid datang lewat ke sekolah atau lewat perhimpunan
(dilengkapi dengan kod QR dan borang atas talian)
I Notification melibatkan SMS yang dihantar kepada ibu bapa murid secara on the spot. Menggunakan aplikasi "BULK SMS"
(Muat turun percuma Google Play Store)
I Class Kelas imbuhan untuk murid lewat ke sekolah/ lewat perhimpunaan 3 kali dan ke atas pada setiap bulan
(Modul PDPC: Kepentingan Masa & Sejarah)
I Touch Sesi kaunseling Secara Individu/ Berkelompok Yang Dikendalikan Oleh Guru Kaunseling
(Nama murid lewat: Imbasan QR)
(Perekodan Data: Note Everything Pro)
I Reward Pemberian Sijil Penghargaan Khas,
Vaucer kepada kelas yang murid-muridnya datang awal 100% dan murid yang menunjukkan pengurangan datang lewat
I Parole
Kad Lapor Diri Untuk Murid - Murid Yang Datang Lewat Ke Sekolah/ Lewat Ke Perhimpunan 10 kali dan ke atas sepanjang sesi persekolahan
(Dilengkapi kod QR dan borang atas talian)
Ketiga : Program Sekolahku Maruahku
Anugerah Emas Pameran Dan Anugerah Perak Dokumentasi
SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, Perak
Program ini melibatkan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dari 87% pada tahun 2016 hingga 96% pada 2017. Antara program yang terlibat ialah Sentuhan Pengetua, SOP Kehadiran Harian Dan Bulanan, Seronok Ke Sekolah, Jalinan PIBK, Sesi kaunseling, SOP Murid Ponteng KPM .
Maaf saya tak dapat mencari maklumat tempat ketiga dan keempat tak tertulis di catatan saya kerana sibuk mengambil hadiah sebelum itu.
Kelima: Kuala Lumpur
SMK Cheras
Anugerah Emas Pameran Dan Dokumentasi
Program Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah melalui
Program SUIT
Sahsiah Unggul Individu Terbilang Melalui
Program Zoom, Kad SPOT The Butterfly untuk murid berisiko kecciciran sekolah.Impak surat amaran berkurang dari 1040 pada tahun 2015 ke 300 lebih pada tahun 2017, bilangan murid kehadiran penuh meningkat 3 kali ganda dari 2015 - 2017.
AMALAN TERBAIK DISIPLIN SEKOLAH RENDAH 2017
Johan:
Negeri Perak
Anugerah Perak Untuk Pameran Dan Emas Untuk Dokumentasi
Program POLO (Ponteng 0 Lewat 0 )
SK Convent Ipoh
Naib Johan
Negeri Sembilan
Anugerah Gangsa Pameran dan Dokumentasi
Program : My Punch Card
Murid -murid datang sekolah dan punch card mereka sendiri iaitu melubangkan kad pada tarikh kehadiran ke sekolah. Program ini menarik minat murid untuk ke sekolah dan diawasi oleh pegawas sekolah.
Ketiga: Kuala Lumpur
Anugerah Perak Dokumentasi Dan Pameran
Program: Kadet Kehadiran
Meningkatkan kehadiran murid ke aktiviti kokurikulum dengan memakaikan lencana penghargaan pada pakain beruniform murid.
No 4
SK Pokok Sena , Kedah
Anugerah Emas Untuk Pameran Dan Buku Dokumentasi
Program SWEET T.A.S.B.I.H
T- Tak Nak Buli
A - Azam Untuk Berubah
S - Sopan Dengan Kawan
B -Beradab Dengan Guru
I - Ikon Teladan
H - Hati Mengingati Allah
Tempat Ke 5
SK Alma, Pulau Pinang
Program : Istiiqamah Atur Dan Adab
Anugerah Emas Pameran Dan Dokumentasi
Tempat Ke enam: Puterajaya
Maaf saya tidak mencatat nama program dan tak sure gambar yang mana satu
2 comments
Wah! Macam-macam program dan pendekatan yang dilaksanakan sekolah-sekolah tersebut. Terima Kasih sebab berkongsi ilmu.
Sama sama kita memanfaatkannya