31 December 2017

Coretan Pengalaman Pahit Manis 2017




31 Disember 2017...penamat untuk tahun 2017 dan saya bercadang ingin berkongsi pencapaian dan kejayaan kami Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang mewarnai perkhidmatan saya pada tahun ini.

Perkara paling menceriakan hari saya :)
Tentulah kemenangan demi kemenangan yg saya kecapi sepanjang 2017

Kebangsaan:
- Anugerah Pingat Perak Pertandingan Inovasi Modul Kaunseling Kebangsaan
- Finalis dan Anugerah 3 bintang Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif KPM Peringkat Kebangsaan
-Tempat keenam Amalan Disiplin Terbaik Kebangsaan
-Anugerah Emas Dokumentasi Amalan Terbaik Disiplin Kebangsaan
- Anugerah Emas Pameran Amalan Terbaik Disiplin Kebangsaan

Negeri:
- Johan Amalan Terbaik Disiplin WPKL
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPWPKL
- Naib Johan Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya WPKL (Guru Pembimbing)

Daerah
- Johan Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya Pudu (Guru Pembimbing)
- Naib Johan Video Kreatif  ( Guru Pembimbing)


Peringkat sekolah:
- Anugerah Inovatif (Peringkat Sekolah)
- Anugerah Kelab Aktif (Kelab Kerjaya) Anugerah Kokurikulum Sekolah
- Anugerah Guru Penasihat Kelab Persatuan Terbaik (Kelab Kerjaya)
- Anugerah Pengurusan HEM Cemerlang
- Anugerah Khas Kajian Tindakan Dan Inovasi
- Anugerah Kehadiran Penuh
- Anugerah Guru Pembina Site VLE Terbanyak (Ketiga)
Banyaknya sijil dan trofi tahun ni..bab tulah yg menyeronokkan. 




20 April 2017 : Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kali kedua dalam perkhidmatan dalam Majlis APC JPWPKL

Image result for anugerah perak inovasi modulImage result for anugerah perak inovasi modul
24 Mei 2017 : Pertandingan Inovasi Modul 
Alhamdulillah mendapat anugerah perak untuk modul menangani murid berisiko keciciran sekolah di pertandingan inovasi Konvesyen Kaunseling kali ke 20 anjuran PERKAMA ( Persatuan Kaunseling Malaysia) . Modul ini dirangka berdasarkan pengurusan kehadiran murid Zoom In dan pengurusan ...



6 Julai 2017
Naib Johan Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya Pudu


6 Julai 2017
Johan Penjelajahan Kerjaya Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 

Image result for karnival kaunseling kerjaya wpkl 2017
26 Julai 2017
Naib Johan Penjelajahan Kerjaya WPKL 


4 Oktober 2017
Johan Amalan Disiplin Terbaik WPKL dengan projek SUIT



12 Oktober 2017
Finalis ke Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif KPM 2017
Anugerah 3 bintang (bintang tertinggi dalam KIK) bagi semua finalis




14 Oktober 2017
Anugerah HEM dengan 2 kategori
Anugerah Pengurusan HEM Cemerlang 
Anugerah Khas Kajian Tindakan Dan Inovasi 



14 Oktober 2017
Anugerah Kokurikulum  dengan 2 kategori anugerah
Guru Pembimbing Terbaik
Kelab Persatuan Terbaik 2017



1 November 2017
Tempat Ke 6 Amalan Terbaik Disiplin Kebangsaan
Anugerah Emas Pameran Dan Dokumentasi



28 Oktober 2017
Anugerah Kehadiran Penuh


28 Oktober 2017
Anugerah Guru Inovasi Berkumpulan

28 Oktober 2018
Anugerah Tempat Ketiga Pembina Site Terbanyak Dalam VLE Frog


Perkara yg membuatkan saya teruja kerana impian menjadi kenyataan
Pertama kali saya menyusun modul modul saya dalam bentuk buku dan mendapat anugerah inovasi modul peringkat kebangsaan!

Pertama kali saya menulis artikel jurnal untuk jurnal BPSK dan diterima untuk diterbitkan dalam bentuk jurnal dengan ulasan diterima dengan sedikit pindaan .

Alhamdulillah...i make it.

Perkara yg membuatkan saya gundah gulana

Reshuffle untuk guru yg telah lama berkhidmat dalam sekolah. Maklumlah saya dah nak masuk tahun ke 18 berkhidmat disini dan partner saya Rozinani tahun ke 13. Setiap tahun pegawai dok usik lama sgt di sini..huhu tapi alhamdulillah masih kekal di sini. 

Perkara yg buat saya tersenyum  krn berjaya capai lagi :)
KPI kehadiran penuh ke sekolah untuk 4 tahun berturut 2014 hingga 2017. Yeah dapat sijil lagi :) Sepanjang 16 thn servis, saya menerima 10 kali sijil kehadiran penuh bekerja. Alhamdulillah sekali lagi atas kesihatan dan kemudahan untuk berkhidmat.

Perkara yg membuatkan saya sedih

Partner kaunseling saya iaitu Cikgu Che Mohamad Padali bertukar ke KPM setelah 10 tahun dia bersama sama UBK SMK Cheras membina kecemerlangan bersama kami. Sungguh kami terasa terutama apabila pergi bertanding rasa kekok tinggal bertiga. 

Perkara yg membuatkan saya sentap dan marah:

Bila marah lebih baik diam. Jika dibalas dan bersoal jawab maka takdalah bezanya saya dgn org itu yg memang dikenali dgn personaliti org yg suka jerit jerit dan marah org lain ikut tahap kemarahan dia tanpa peduli keadaan orang ramai di sekeliling. Cuma tahun 2017 saya pula yg terkena. Bila saya memilih diam dari menjawab dan membuat dingin dgn menjarakkan diri dari didekati,  dengan sendirinya org itu akan faham saya sudah terasa hati dan mendekati untuk memohon maaf. Maaf diterima tiada masalah krn saya sudah memaafkan. Kita semua bukan manusia yg sempurna. 

Perkara yg membuatkan saya TAK TERKATA.
What? Gambar dalam blog saya digunakan dalam buku teks murid tingkatan 2 dalam Bahasa Malaysia 2018 tajuk kepimpinan . ..satu penghargaan untuk saya. Terima kasih.

Bye 2017.

Salam Subuh
Kluang, Johor. 

2 comments

Semoga tahun 2018 dan tahun seterusnya menjadi lwbih baik dr tahun sebelumnya.

Aamin. Terima kasih atas doa anda 😊

 

Telegram Channel