KERTAS KERJA
BENGKEL KEPIMPINAN PENGURUSAN 
KOKURIKULUM 2018
SMK CHERAS
1.0           Pengenalan
Bengkel Pengurusan AJK Kepimpinan
Kokurikulum diadakan seawal minggu kedua persekolahan sebaik sahaja berakhirnya
Mesyuarat Agong Kokurikulum. Bengkel ini dirancang untuk melatih AJK murid agar
dapat meningkatkan kepimpinan mereka dalam memimpin  ahli pasukan
persatuan, kelab, unit beruniform dan permainan masing-masing. Melalui latihan
pengurusan, diharapkan AJK murid dapat mengendalikan pasukan kokurikulum masing
– masing ke arah kelancaran program bagi mencapai objektif perjumpaan mingguan
dan mencapai visi dan misi pasukan kokurikulum masing – masing. 
  Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang
diharapkan dalam mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
mana enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian dan  identiti nasional
dapat dicapai.
2.0           Objektif
1)    Agar AJK murid
dalam aktiviti Kokurikulum dapat  menguruskan aktiviti  unit
kokurikulum dengan lebih terancang
2)    Agar para
guru  dapat mengaplikasikan kursus ini dengan membimbing AJK selaku
pemimpin kegiatan kokurikulum untuk menguruskan aktiviti kokurikulum masing –
masing dengan betul.
3.0           Tarikh
18 Januari 2018 (Khamis)
4.0           Tempat
SMK Cheras
5.0     Sasaran
          2 orang AJK iaitu
Pengerusi dan Setiausaha setiap badan kokurikulum
6.0     Ahli
Jawatankuasa
Pengerusi    
            :
      Puan Hajah Kamariah Bt
Abu      
Timbalan Pengerusi  :       
Puan Maznah Bt Musa
Setiausaha             
:          Cik Hufaidah Bt Zakaria
  Penyelaras             
:         Puan Rozinani Bt Awang
BIDANG TUGAS PROGRAM
| 
   
AJK  Pendaftaran 
·       Menyediakan
  Borang Pendaftaran 
·       Menyediakan Buku
  Program 
·       Menyediakan
  skirting meja pendaftaran 
 | 
  
   
Cik Hufaidah Bt Zakaria 
 | 
 
| 
   
AJK  Modul Dan Fasilitator 
·       Menyediakan Modul
    
·       Bertindak selaku
  fasilitator pengurusan sukan dan kokurikulum 
 | 
  
   
Fasilitator Pengurusan Kokurikulum 
Puan Nurhaiza Bt Che Mat 
Puan Rozinani Bt Awang 
Puan Raudzah Bt Ab Rahman 
 | 
 
| 
   
AJK Pengacara Majlis 
·       Selaku juruacara
  program 
 | 
  
   
Puan Rozinani Bt  Awang 
 | 
 
| 
   
AJK Penilaian , Dokumentasi Dan Post Mortem 
·       Mengedarkan
  borang penilaian format spsk kepada peserta 
·       Membuat rumusan
  dari borang penilaian program 
·       Mengedarkan post
  mortem program kepada AJK 
 | 
  
   
Pn. Rozinani Bt. Awang 
 | 
 
| 
   
AJK Jurufoto 
·       Mengambil gambar sepanjang
  program dan mencetak gambar untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi 
 | 
  
   
Pn. Raudzah Bt. A. Rahman 
 | 
 
7.0     TENTATIF PROGRAM
18 JANUARI 2018
10.00 pagi     : Pendaftaran
10.15 pagi     : Taklimat penyelaras program
10.40 pagi     :  Bengkel Aktiviti Ice
breaking
11.20 pagi     : Latihan Dalam Kumpulan
12.00 tgh       : “team Building”
12.30              : Taklimat dari
Penolong Kanan Kokurikulum
1.15 ptg         : Pengurusan buku laporan kokurikulum oleh
setiausaha kokurikulum
2.00 ptg          : Bersurai
8.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Peruntukan Kokurikulum
1)    Kertas Warna A4                  1 rim x RM33.00                   = RM33.00
2)    Marker Pen Bewarna          2 set x RM24.00                   = RM48.00
3)    Paku Tekan                          3 kotak x RM3.00                 = RM 9.00
4)    Max Guntacker                     2 set x RM28.80                   = RM57.60
5)    Bullet Guntacker                  4 kotak x RM9.40                 = RM37.60
6)    Double sided                                    3 gulung x
RM 3.00             = RM 9.00
7)    Kertas keras                          3 rim x RM44.00                   = RM 132.00
JUMLAH                   = RM362.60
9.0     PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para
peserta.
Disediakan
oleh,                                                                 
Diluluskan oleh,
(Rozinani Bt Awang)                                                        
    (Kamariah Bt Abu)
Guru Bimbingan dan Kaunseling                                            Pengetua