KERTAS KERJA
BENGKEL KEPIMPINAN PENGURUSAN
KOKURIKULUM 2018
SMK CHERAS
1.0 Pengenalan
Bengkel Pengurusan AJK Kepimpinan
Kokurikulum diadakan seawal minggu kedua persekolahan sebaik sahaja berakhirnya
Mesyuarat Agong Kokurikulum. Bengkel ini dirancang untuk melatih AJK murid agar
dapat meningkatkan kepimpinan mereka dalam memimpin ahli pasukan
persatuan, kelab, unit beruniform dan permainan masing-masing. Melalui latihan
pengurusan, diharapkan AJK murid dapat mengendalikan pasukan kokurikulum masing
– masing ke arah kelancaran program bagi mencapai objektif perjumpaan mingguan
dan mencapai visi dan misi pasukan kokurikulum masing – masing.
Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang
diharapkan dalam mencapai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
mana enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian dan identiti nasional
dapat dicapai.
2.0 Objektif
1) Agar AJK murid
dalam aktiviti Kokurikulum dapat menguruskan aktiviti unit
kokurikulum dengan lebih terancang
2) Agar para
guru dapat mengaplikasikan kursus ini dengan membimbing AJK selaku
pemimpin kegiatan kokurikulum untuk menguruskan aktiviti kokurikulum masing –
masing dengan betul.
3.0 Tarikh
18 Januari 2018 (Khamis)
4.0 Tempat
SMK Cheras
5.0 Sasaran
2 orang AJK iaitu
Pengerusi dan Setiausaha setiap badan kokurikulum
6.0 Ahli
Jawatankuasa
Pengerusi
:
Puan Hajah Kamariah Bt
Abu
Timbalan Pengerusi :
Puan Maznah Bt Musa
Setiausaha
: Cik Hufaidah Bt Zakaria
Penyelaras
: Puan Rozinani Bt Awang
BIDANG TUGAS PROGRAM
AJK Pendaftaran
· Menyediakan
Borang Pendaftaran
· Menyediakan Buku
Program
· Menyediakan
skirting meja pendaftaran
|
Cik Hufaidah Bt Zakaria
|
AJK Modul Dan Fasilitator
· Menyediakan Modul
· Bertindak selaku
fasilitator pengurusan sukan dan kokurikulum
|
Fasilitator Pengurusan Kokurikulum
Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
Puan Raudzah Bt Ab Rahman
|
AJK Pengacara Majlis
· Selaku juruacara
program
|
Puan Rozinani Bt Awang
|
AJK Penilaian , Dokumentasi Dan Post Mortem
· Mengedarkan
borang penilaian format spsk kepada peserta
· Membuat rumusan
dari borang penilaian program
· Mengedarkan post
mortem program kepada AJK
|
Pn. Rozinani Bt. Awang
|
AJK Jurufoto
· Mengambil gambar sepanjang
program dan mencetak gambar untuk diserahkan kepada AJK Dokumentasi
|
Pn. Raudzah Bt. A. Rahman
|
7.0 TENTATIF PROGRAM
18 JANUARI 2018
10.00 pagi : Pendaftaran
10.15 pagi : Taklimat penyelaras program
10.40 pagi : Bengkel Aktiviti Ice
breaking
11.20 pagi : Latihan Dalam Kumpulan
12.00 tgh : “team Building”
12.30 : Taklimat dari
Penolong Kanan Kokurikulum
1.15 ptg : Pengurusan buku laporan kokurikulum oleh
setiausaha kokurikulum
2.00 ptg : Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan
Peruntukan Kokurikulum
1) Kertas Warna A4 1 rim x RM33.00 = RM33.00
2) Marker Pen Bewarna 2 set x RM24.00 = RM48.00
3) Paku Tekan 3 kotak x RM3.00 = RM 9.00
4) Max Guntacker 2 set x RM28.80 = RM57.60
5) Bullet Guntacker 4 kotak x RM9.40 = RM37.60
6) Double sided 3 gulung x
RM 3.00 = RM 9.00
7) Kertas keras 3 rim x RM44.00 = RM 132.00
JUMLAH = RM362.60
9.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para
peserta.
Disediakan
oleh,
Diluluskan oleh,
(Rozinani Bt Awang)
(Kamariah Bt Abu)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua