8 March 2018

Pembinaan Modul Kompetensi Guru Kaunseling Gred 44 Dan 48





Hari ini saya masih ke Puterajaya. Dgn sekolah memberikan mesej smlm memaklumkan bahawa ada surat untuk saya attend program hari ini dan esok iaitu pembinaan modul kompetensi guru kaunseling gred 44 dan 48, aduhai tak sure samaada kerani perasan atau tidak surat utk saya keluar hari ni sahaja ada 3. Iaitu pameran kaunseling untuk Bhgn Psikologi Kaunseling sempena sedekad BPSK di Auditorium Parcel E dari semalam hingga hari ini.
Dan dlm masa yg sama ada surat untuk mesyuarat jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang WPKL hari ini yg mana saya dilantik selaku Ketua AJK Pameran Hari Guru WPKL.
Selepas ditimang timang, saya memilih untuk ke pembinaan modul konpetensi guru kaunseling gred 44 dan 48,  memandangkan boss KPM sendiri iaitu En Pilus yg menghantar surat reminder. Memandangkan ia masih di Puterajaya, saya boleh ke Auditorium juga menjenguk pameran.
Bengkel ini untuk membina modul bagi bengkel latihan guru kaunseling yg terpilih. Dengan memilih elemen elemen penting dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan untuk membina modul. Antaranya modul latihan psikometrik, modul latihan pengendalian sesi kaunseling, modul latihan perlaksanaan program kaunseling, modul latihan intervensi fokus 4 bidang, modul latihan amalan terbaik inovasi, jalinan dan jaringan.  modul latihan kajian tindakan dan penerbitan, modul latihan emosi. Saya dlm kumpulan membina modul untuk amalan terbaik dan inovasi serta kajian tindakan. Saya sengaja memilih tajuk ini untuk membina modul memandangkan saya AJK Task Force Guru Kaunseling WPKL yg juga bertanggungjawab dgn amalan terbaik dan inovasi kaunseling.

Dan utk team bagi pembinaan modul KPM ini , saya bekerjasama dgn Effa selaku johan amalan terbaik kaunseling Counselor's Buddy 2017 dan partner KIK team BPSK 2017. Dan Hafizah yg dikenali dgn Hero Gunung top 3 analan terbaik kaunseling 2016 peringkat kebangsaan. 













Selamat Hari Wanita
 

Telegram Channel