28 September 2018

Majlis Apresiasi Guru Kaunseling Pudu 2018




Majlis Apresiasi adalah program tahunan yang diadakan setiap tahun untuk guru kaunseling Pudu. Kami akan mulakan dengan mesyuarat dan makan tengah hari akan dijalankan serentak dengan cabutan bertuah dan pertukaran hadiah. 
Setiap tahun saya akan cuba pastikan kehadiran saya ke majlis ini. Walaupun koordinat saya pada tarikh tersebut tidak berada di Kuala Lumpur, saya akan mencari masa juga untuk keberadaan saya bersama 'adik beradik' saya ini. Kami menjalankan mesyuarat, saling bertukar hadiah dengan ahli guru kaunseling yang lain dan menunggu dengan sabar jika dapat cabutan bertuah hihihihi. Dan yang paling saya tunggu majlis ini adalah saya dapat berjumpa, bergurau senda dan saling ketawa kegembiraan antara 'adik beradik' saya ini dan rasa seronok terpancar pada wajah saya.
Oleh sebab itu saya asyik menjeling ke arah jam sewaktu lawatan penandaaras PK HEM Terengganu ke sekolah saya semalam kerana saya tidak sabar untuk bergegas ke Berjaya University di Times Square. Sebaik pulang sahaja tetamu pada pukul 1.15 tengah hari, saya dan Rozi terus meluru ke arah Grab menuju ke Times Square . Memang rezeki kami, tiba sahaja di sana memang tengah makan kerana baru sahaja taklimat dan mesyuarat selesai.
Tahun ini saya bertukar cenderamata dgn Aziati dan Norazlina. Saya menghadiahkan Aziati buku saya Anekdot Dan Cerita Kehidupan. Manakala Azlina pula menghadiahkan saya cerek elektrik :)
Pada majlis ini kami meraikan Puan Liew Siew Fong yang naik pangkat sebagai Penolong Kanan HEM. Wah! Saya percaya bahawa beliau akan menjadi Penolong Kanan HEM yang cemerlang! Seorang yang lemah lembut dan baik orangnya.
Perut saya terasa sangat ketat kerana dipenuhi dengan pelbagai makanan dan saya pula asyik ketawa. Seronok kan release tension sekali sekala.
Terima kasih kepada setiap orang yang menceriakan hari saya.

Tahniah Kak Roszita
Semoga terus cemerlang di SMKYL










J






 

Telegram Channel