30 September 2018

Teknik VAKS di Majlis Mohon Restu PT3




Semoga murid PT3 dapat fokus dalam peperiksaan PT3 walau apa sahaja masalah mereka. Sebaik sahaja Majlis Mohon Restu selesai dijalankan, semua murid Islam ke dewan untuk solat hajat. 

Kemudian taklimat PT3 oleh setiausaha PT3, penyelaras tingkatan 3 dan guru disiplin sekolah. 

Saya dan Rozinani mengajar teknik Super VAKS iaitu visual, auditori, kinestetik dan spiritual untuk anak anak PT3 ini fokus dengan peperiksaan PT3 ini dan abaikan halangan yang lain. 

Teknik ini saya pelajari dari Guru Bimbingan Kaunseling SK Seksyen 1, Bandar Kinrara yang mendapat johan amalan terbaik kaunseling pada tahun 2015. 

Saya bimbing murid dengan kata kata berikut
sewaktu berdoa mengikut agama masing masing dengan diiringi lagu yang menenangkan minda

Ya Allah! Permudahkanlah urusanku menghadapi peperiksaan  PT3. Tingkatkan fokusku terhadap peperiksaan. Aku sedar aku mempunyai masalah dengan.............Aku tidak mahu ia menjadi penghalang kepada fokusku untuk berjaya dalam peperiksaan. 

Maka sewaktu aktiviti visual pandang tangan, picit telinga, gerakkan kaki dan tangan dan berdoa sentiasa ulang kata kata Aku ingin fokus dalam peperiksaan. Aku tidak mahu masalah ........menjadi penghalang fokusku. Aku nak berjaya! Berjaya!

Semoga kejayaan milik anda semua

Ambang PT3
Terima kasih buat doa yg baik baik
Good luck Farietz


Saya share langkah - langkah meningkatkan fokus dalam SUPER VAKS














































 

Telegram Channel